BlogList Malaysia

05 February 2010

Ramlang Porigi Dedahkan Penipuan Saiful Bukhari

Bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat ekoran pendedahan di sebalik sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan tahun lalu, tetap menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Ramlang Porigi yang kini bekerja sendiri mendakwa, anggapan beliau adalah berdasarkan sumpah laknat Saiful di masjid Wilayah yang mana beliau jadi saksinya, terdapat banyak keraguan dan telah dijadikan bahan kempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh tahun lalu.

Berucap dalam majlis Solat Hajat dan Taklimat sempena perbicaraan kes liwat Anwar, di Balai Islam Darul Islah Paya Kechik, dekat sini 1 Februari lalu, beliau sendiri telah diarahkan oleh Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) supaya tampil menjadi saksi yang mengaitkan tuduhan liwat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Menceritakan secara terperinci kronologi sumpah bekas pembantu peribadi Anwar itu, beliau pada asalnya tidak tahu menahu perancangannya kerana pada hari Isnin minggu berkenaan beliau bercuti.

Selasa hingga Khamis berkursus jurunikah di Instititut Latihan Islam Bangi dan majlis sumpah tersebut diadakan pada hari Jumaat iaitu sehari sebelum hari penamaan calon PRK Permatang Pauh.


“Pada hari itu saya menerima arahan dari pegawai saya untuk menjadi saksi satu majlis sumpah yang mengatakan dia menerima arahan dari Pengarah Jawi. Sebelum itu saya bertugas menikahkan satu pasangan, setelah selesai saya lihat sudah ramai wartawan dah sampai termasuk krew televisyen”.

“Memeranjatkan saya, Saiful dikawal oleh pegawai polis dari balai Sentul dan Pengarah Jawi pun ada pada masa itu. Bila bos pun ada sekali saya terima saja arahan itu tanpa saya memikirkan apakah sebenarnya yang berlaku”.

“Pada majlis itu sendiri saya sudah nampak berlaku kejanggalan dan keganjilan. Mulanya Saiful mengaku diliwat oleh Anwar pada 26 haribulan kemudian tukar tarikh, lepas itu sebutan sumpah salah hingga saya perbetulkan,” katanya.

Menurut Ramlang, mengikut hukum Islam sepatutnya Anwar sebagai orang yang dituduh yang kena bersumpah, kenapa pula Saiful. Jadi ini tidak lain dan tidak bukan untuk mengaibkan Anwar Ibrahim, tetapi perancangan Allah lebih baik di mana.

“Jadi, letak imam itu untuk saksikan sumpah itu sahaja... itu hanya sekadar nak masuk televisyen dan siarkan tunjuk pada orang kampung. Saya tak sangka apabila hanya menerima arahan tapi akhirnya menjadi bahan fitnah termasuk dituduh menerima duit’.

“Sumpah itu menjadi bahan kempen di Permatang Pauh dan saya diberitahu dah ramai orang percaya kerana bersumpah dalam masjid, pegang Al-Quran pula itu”.

“Kadang-kadang memang kita hairan bagaimana konspirasi sebegini boleh dikaitkan dengan masjid, tapi cuba fikir...apa benda yang manusia tak berani lakukan kerana duit”.

Menurut Ramlang, beliau terpaksa membuat penjelasan kerana tidak sanggup lagi dirinya difitnah dan disumpah seranah oleh masyarakat.

“Cukuplah penyiksaan yang saya rasa bila dihighlightkan dalam TV3 saya jadi bahan kempen Umno, saya mengambil keputusan mendedahkan perkara sebenar melalui pentas ceramah setelah peribadi saya dikorek, iaitu dua hari sebelum PRK Permatang Pauh”.

Walau bagaimanapun, Ramlang berkata beliau terpaksa korbankan jawatannya.

“Selepas saya naik pentas dedahkan perkara sebenar, saya ditukar ke Jakim, selepas empat bulan saya terima notis pemberhentian kerja tanpa sebarang pampasan. Kita minta Allah gagalkan rancangan jahat dan konspirasi terhadap Anwar Ibrahim ini”. SidangOnline

2 Komen :

BAM February 5, 2010 at 6:03 PM  

Salam tuan, mohon link-kan blog saya dlm blog list tuan ~ http://berani-anak-melayu.blogspot.com

bloglist malaysia February 5, 2010 at 8:40 PM  

berani anak melayu telah dimasukkan ke bloglist 5. Harap maklum dan terima kasih jika Tuan juga berbuat demikian pada blog tuan..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas