BlogList Malaysia

05 February 2010

Pulau Pinang Semakin Hampir Jatuh Ke Tangan Umno/BN

Aktivis Islam dari pelbagai NGO mengadakan demonstrasi di sebuah masjid di Jalan Macalister, Georgetown sebelum dan selepas solat Jumaat hari ini kerana membantah layanan kerajaan negeri terhadap orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Demonstrasi selama hampir 45 minit di luar masjid yang terletak kira-kira 100 meter dari Komtar itu, adalah anjuran Sedaq - gabungan kira-kira 50 NGO Melayu-Islam.

Ia diadakan sebagai membantah dakwaan berlakunya diskriminasi dan peminggiran orang Melayu-Islam di Pulau Pinang oleh kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sambil memakai ikat kepala sambil meluangkan 'Sedaq' dan laungan 'Hidup Melayu', mereka mengecam kerajaan negeri kerana didakwa tidak memperduli dan menghiraukan nasib orang Melayu-Islam Pulau Pinang.

Kain rentang anti-kerajaan negeri turut dibawa oleh mereka yang menyertai demonstrasi tersebut.


Enam pemimpin Sedaq, termasuk presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen dan presiden Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS), Jais Karim , menyampai ucapan mengecam pentadbiran Guan Eng, sambil dipantau oleh pihak polis.

Demonstrasi tersebut diadakan selepas mendapat permit polis yang dikeluarkan oleh pemangku ketua polis daerah Timur Laut, Gan Kong Meng.

Bagaimanapun, para pegawai polis mahu menghenti ucapan mereka daripada diteruskan selepas didakwa "melampau hadnya".

Mereka kemudiannya berucap dalam nada yang agak lebih lembut.

Selepas solat Jumaat, kira-kira 300 orang berarak ke Komtar untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Guan Eng.

Mereka juga bertindak membakar patung Guan Eng di luar bangunan Komtar, dan anggota bomba kemudian memadamkannya.

Sebelum itu, kerajaan negeri telah menaikkan kain rentang yang memaparkan data bantuan yang diberi kepada golongan miskin pelbagai bangsa.

Ia menjelaskan bahawa tindakan mengusir penjaja tanpa lesen di negeri itu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang adalah dibuat secara saksama.

3 Komen :

Anonymous ,  February 6, 2010 at 1:06 AM  

ni satu sbab nape org melayu tak brapa nak sokong pr

yg ni tak plak kau kata puak perpaduang ek

bangang!

hj jamaludin ,  February 6, 2010 at 3:06 AM  

BISMILAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
Adakah Level peniaga peniaga Melayu hanya mampu membuka perniagaan hanya setakat "warung" di tepi lonkang . Wal hal berbagai pinjaman seperti TEKUN atau MIKRO telah mereka ambil (pinjaman ala ALONG melayu ).Duit pinjaman telah diperolehi kenapa masih berniaga di tepi longkang .
Eh! Berapa teruklah perniaga Melayu di Malaysia . Saya kagum dengan bangsa Melayu Thai di mana 75 % di seluruh Malaysia bangsa Melayu Thai mampu menyewa bangunan untuk berniaga masakan Thai seperti Tom Yam tanpa meminjam tekun atau mikro. Dan begitu juga dengan bangsa Mamak , mereka juga mampu menyewa bangunan untuk berniaga Bistro 24 jam . Rata rata bangsa Melayu Thai atau bangsa Mamak mengikut peraturan yang di tetapkan oleh PBT disetiap negeri dan mereka memperolehi LESEN untuk berniaga oleh PBT .
Saya kira perniaga peniaga Melayu Malaysia harus berubah cara berniaga kalau mahu bersiang dengan perniaga Melayu Thai dan perniaga Bangsa Mamak . Kalau peniaga peniaga Melayu Malaysia masih nak dicucuk hidung ( diperbodohkan) oleh UMNOBN . Sampai matilah peniaga Melayu berniaga di warung tepi longkang atau ditepi jalan raya . Kalau benarlah puak 50 NGO NGO Melayu mahupun UMNOBN nak tolong perniaga Melayu untuk berniaga ,bantulah mereka untuk menyewa premis SHOPLOT bukan cara berdemo tak tentu pasal .Seperti menegakkan benang yang basah . Tak malu ke kita Melayu Malaysia kat Bangsa Mamak dan Bangsa Melayu Thai.Pikir Pikirkan lah wahai perniaga Melayu Malaysia.

PasPisPus ,  February 6, 2010 at 10:28 AM  

Anon.. Melayu Umno ngan melayu Pas ada beza la.. Ko tu yang bangang nak mampuss.. Masi lagi tebal dengan sindrom penafiaan..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas