Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin hari ini menolak permohonan untuk menangguhkan perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan prosiding akan diteruskan jam 2.30 petang esok.
Sebelum ini, Anwar telah memfailkan permohonan semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuannya bagi mendapatkan lebih dokumen dan bukti-bukti untuk membuat persiapan menghadapi perbicaraan kes liwat terhadapnya.
Beliau juga turut memfailkan permohonan di mahkamah yang sama untuk menangguh, dan untuk menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi, bagi mendapatkan tarikh awal pendengaran semakan semula itu.
Peguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.
“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.
Pagi tadi, Hakim Mohamad membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.
Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.
Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan – sebagai mahkamah tertinggi di negara ini – mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.
Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya.-mkini
Anwar akan sapena Najib, Rosmah jadi saksi
Perbicaraan kes liwat Anwar ditangguh ke petang
Ibu biar budak 5 tahun pandu kereta
1 hour ago
0 Komen :
Post a Comment