Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim ditangguhkan sehingga 2.30 petang ini sementara menunggu permohonan semakan pihak pembelaan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak membenarkan Anwar mendapatkan dokumen dan bahan penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Anwar, Karpal Singh, berkata pihaknya akan menemui Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bagi mendapatkan tarikh segera untuk pendengaran semakan itu.
Penasihat PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan jam 4.30 petang 26 Jun 2008.
Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Berikut rentetan peristiwa pagi tadi:
9.50 pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah menangguhkan prosiding sehingga jam 2.30 petang, di mana peguam Anwar dijangka berhujah bagi menangguhkan prosiding.
9.45 pagi: Peguam Anwar - Karpal Singh - memohon untuk menangguhkan prosiding pagi ini ekoran temujanji dengan Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi berhubung semakan semula keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen berhubung kes liwatnya.
9.26 pagi: Buat pertama kalinya, Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri perbicaraan kes liwat Anwar, tiba.
9.18 pagi: Pasukan pendakwaraya dan peguam masuk ke dewan mahkamah.
9.17 pagi: Anwar sempat berjenaka dengan Ragunath apabila gagal membuka pintu kamar perbicaraan. Beliau berseloroh: "Kamu lebih berpengalaman, selepas 11 tahun, saya masih tidak dapat membukanya".
9.00 pagi: Pemimpin-pemimpin Pakatan, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang, presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail, timbalannya Dr Syed Husin Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail semuanya sudah tiba di mahkamah.
8.51 pagi: Ketibaan Anwar, anggota keluarganya dan Lim disambut dengan laungan "reformasi" dan hidup Anwar".
8.46 pagi: Pihak pendakwaan Nordin Hassan dan Mohd Yusof Zainal Abiden tiba di mahkamah.
8.42 pagi: Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan tiba sebagai pemerhati untuk kes berprofil tinggi itu.
8.35 pagi: Ketibaan pemimpimpin-pemimpin Pakatan, Dr Syed Husin Ali dan dua exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar.
8.33 pagi: Anwar, Wan Azizah dan dua anaknya keluar daripada rumah mereka di Segambut.
8.25 pagi: 50 penyokong berkumpulan di sekitar bangunan mahkamah
8.15 pagi: Beberapa wakil rakyat PKR berkumpul di rumah Anwar.
8.00 pagi: Bapa kepada Mohd Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim tiba.
7.57 pagi: Pihak diplomat daripada Britain, Jepun, Switzerland, Canada telah tiba, lebih ramai dijangka hadir.
7.55am: Kira-kira 30 penyokong PKR dan 10 wartawan masih beratur bagi mendapatkan pas masuk.
7.43 pagi: Polis hanya membenar 30 wartawan mengikuti perbicaraan, setiap organisasi hanya dibenarkan menghantar seorang wartawan
7.00 pagi: Anggota keselamatan telah berkumpul di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Kawalan keselamatan ketat.
Wartawan telah sedia menunggu sejak daripada jam 6.25 pagi lagi.-mkini
2 maut Perodua Kancil bertembung treler
1 hour ago
0 Komen :
Post a Comment