Malaysia hari ini mencatat sejarah penting apabila pemimpin lima agama utama negara — Islam, Kristian, Budha, Sikh dan Hindu bertemu dan makan tengah hari bersama bersama Mursyidul Am PAS.
Mereka bertemu di sebuah hotel di sini atas inisiatif Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Majlis ini pada asalnya adalah kunjungan hormat dari para paderi Kristian kepada Menteri Besar Kelantan sempena persidangan paderi gereja se Malaysia di Kota Bharu.
Pertemuan muhibbah ini berlangsung ketika negara sedang diadu domba oleh pihak-pihak yang tidak bertangungjawab ekoran permohonan majalah Herald, sebuah majalah Katolik, yang mahu menggunakan perkataan Allah dalam versi bahasa Melayunya bagi menggantikan perkataan “God” dalam Bahasa Inggeris.
PAS telah mengambil sikap “Islam tidak menghalang Kristian menggunakan nama Allah tetapi jangan sampai ia bertujuan untuk mengelirukan orang Islam”.
Hari ini, Jakim dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara mengadakan sessi khas di Putrajaya untuk menerangkan pendirian penggunaan nama Allah oleh Kristian ini.
Baru-baru ini dalam wawancara dengan Harakahdaily, Nik Aziz berharap, selepas pertemuan ini, “Saya harap akan bertambah ketenangan, keselesaan hidup masyarakat di negeri ini.”
Dalam pada itu, Nik Aziz mengutuk tindakan pihak yang melontar kepala babi hutan di dua masjid di Lembah Klang semalam.
Kata beliau semua agama tidak boleh menerima perbuatan seumpama itu kerana ia bukan budaya rakyat negara ini.
“Perbuatan mereka yang cuba membakar dan melemparkan sesuatu yang haram dari segi agama di rumah ibadat adalah perbuatan tidak bermaruah dan dikutuk oleh semua agama,” kata beliau mengulas mengenai kejadian dua bungkusan kepala babi di lontar ke dalam kawasan Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan dua lagi di Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya.
28 January 2010
Nik Aziz rai 200 pemimpin agama makan tengah hari
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
tgna
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment