BlogList Malaysia

28 January 2010

ISA : 12 Orang Masih Ditahan

Sebuah pertubuhan hak asasi manusia mendakwa seramai 50 orang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Khamis lalu.

Bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka yang ditahan di Kuala Lumpur dibebaskan.

Presiden Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim berkata hanya 12 masih ditahan manakala yang lain dibebaskan pada jam 3 pagi, sehari selepas ditahan.

Katanya, kumpulan berkenaan yang kebanyakan pelajar asing ditahan sepasukan polis ketika menghadiri kelas agama di Sungai Cincin, Gombak.

Syed Ibrahim berkata antara mereka yang ditahan itu yang diperolehi oleh GMI menunjukkan empat orang adalah rakyat Syria, dua rakyat Nigeria, seorang Yemen, seorang Jordan manakala seorang lagi adalah rakyat Malaysia.

"GMI percaya penahanan terbaru ISA mungkin sebagai tindak balas tekanan antarabangsa berhubung ancaman pengganas di Malaysia," katanya.

Pada sidang media hari ini, dia ditemani oleh seorang daripada tahanan ISA yang dibebaskan oleh polis minggu lalu.

Semua tahanan didakwa sebagai kumpulan yang dikaitkan dengan Umar Farouk Abdulmutallab, 23, rakyat Nigeria yang ditahan di Amerika Syarikat.

Dia didakwa cuba meletupkan bahan ledakan yang disembunyikan di seluar dalamnya ketika cuba menaiki pesawat 253 Penerbangan Northwest yang dijadualkan dalam perjalanan dari Detroit ke Amsterdam.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengesahkan sepuluh orang ditahan mengikut ISA kerana terbabit dengan kegiatan keganasan.

Dia bagaimanapun tidak memberikan butiran penahanan berkenaan. - tvs

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas