Sembilan warga asing dan seorang rakyat tempatan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — sebahagian daripada usaha menangani aktiviti pengganas, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Mereka ditahan baru-baru ini kerana ada kaitan dengan rangkaian pengganas dan keganasan antarabangsa, kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengesahkan kesemua 10 individu itu ada hubungan dengan pertubuhan pengganas antarabangsa.
Bagaimanapun kata beliau, mereka tidak merancang sebarang bentuk serangan di Malaysia.
“Kami sedang bekerjasama dengan agensi antipengganas antarabangsa,” katanya.
Beliau juga tidak mendedahkan di mana dan bila mereka ditahan.
“Buat masa sekarang saya tidak berupaya menyatakan kerana ada ancaman amat serius kepada negara.
“Ia membabitkan kerjasama daripada agensi-agensi antarabangsa,” katanya.
Kata beliau “majoriti daripada mereka” baru tiba di Malaysia.
Beliau memberitahu tindakan terpaksa diambil untuk mengelakkan sebarang kemudaratan jangka panjang.
Tambah beliau itu sebabnya ISA sangat penting di Malaysia.
27 January 2010
10 pengganas antarabangsa ditahan bawah ISA
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
alat bn
,
mansuh isa
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment