Kenapa siakap akhirnya jadi Pencuri?
Salam Pencerahan!
“Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama jadi A _ _ _ mi…”
Dulu, saya tidak bersetuju dengan pantun sinikal di atas, apabila ada seorang siswa Kelantan di UM memperdengarkan pantun demikian.
Apabila saya bertemu sendiri dengan pemuda tersebut minggu lepas, saya rasa beliau lebih layak dipanggil Si P.E.N.C.U.R.I dari dipanggil ‘Siakap yang pembohong’.
Tiga hari lepas, saya mendapat tahu Si Pencuri itu berbohong lagi dengan Bapa Mentuanya tentang tujuan kedatangannya ke Kuala Lumpur 7 Disember lalu.
Dia tidak mengaku, kedatangannya ke KL waktu itu untuk melobi Bloggers supaya memburuk-burukkan seorang Exco Kanan di Kelantan dan membersihkan beberapa dakwaan rasuah/penyelewengan kuasa yang sedang membelit lehernya.
Awalnya, saya sendiri tidak tahu niat sebenar Si Pencuri itu.
Oleh kerana beliau mahu penjelasan lanjut berhubung beberapa dakwaan saya sebelum ini, saya sedia bertemu atas nama kebenaran.
Itu etika kewartawanan saya. Itu etika penulisan saya sebagai Bloggers!
Saya sendiri bersama seorang Ustaz pergi mengambil Si Pencuri di hotel mewah, Nikko.
Pertemuan itu membawa kami menikmati secangkir kopi di Restoran Taqwa (Baru) di Gombak.
Selain Ustaz itu, salah seorang Naib Presiden PAS dan 2 Bloggers ‘power’ pun ada di situ.
Kenapa takut nak mengatakan yang benar di depan Bapa Mertua? Takut hilang jawatan CEO?
Takkan nak tunggu saya hantarkan gambar dan rakaman MP3 tentang angkara Si Pencuri itu kepada Bapa Mertuanya di Kelantan, baru nak buat pengakuan sebenar?
Sekarang, saya boleh bersetuju dengan pantun sinikal di atas.
Malam ini, saya nekad berdoa Si Pencuri segera dipecat daripada jawatan CEO yang disandangnya, supaya dia tidak lagi menipu rakyat Kelantan dan orang-orang PAS atas nama baik Bapa Mertuanya.
Bab kecurian, nanti akan saya tuliskan dalam ‘Bahagian II’. Jangan marah…
Esok malam, saya akan ke Kelantan.
Nantilah saya cerita mengapa saya ke negeri Serambi Mekah itu.
KEFAHAMAN MENGASAK PERUBAHAN
ZainulFaqar Yaacob
12 December 2009
Tembelang Sebenar Ariffahmi Bakal Terbongkar
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
-bro, jgn ckp jer..dlu wak banjar tue mcm nie gak..ckp ade rakaman itu la, bukti ini la..tp bile jpa ngan org2 besar pas, nahh, trus layu,wala' trussss...padahal sblmnye bria2 jnji nk dedahkan lepas mesyuarat khas tue..
-zargus-
Post a Comment