BlogList Malaysia

05 December 2009

SUK buat laporan polis blog dedah tajaan haji Nik Aziz

Sekumpulan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menggelar dirinya sebagai Suara Umum Rakyat Kelantan (SUK) hari ini membuat laporan polis berhubung artikel dalam blog mendedahkan skandal punca pembatalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan keluarganya, mengerjakan haji ke Makkah atas tajaan seorang usahawan terkemuka.

Laporan itu dibuat oleh ketua kumpulan itu, Zulkifli Mohd Zain, 49, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Baharu, di Pengkalan Chepa, dekat sini pada pukul 12.50 pagi.

Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata, laporan itu dibuat supaya polis menyiasat artikel yang mendakwa Nik Aziz menerima tajaan daripada pengusaha terbabit bagi pemergiannya ke Tanah Suci membabitkan kos RM65,000.

Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdullah ketika dihubungi Bernama mengesahkan menerima laporan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas