Apabila Najib berjaya mengambil alih jawatan Presiden UMNO dari pimpinan Abdullah Badawi dalam pemilihan UMNO pada bulan April lalu, seluruh Dewan Merdeka PWTC gegak gempita seolah menyokong pelan peralihan kuasa parti tertua di Malaysia itu.
Dari situ anak kepada Bapa Pembangunan Malaysia itu mengorak langkah memperkenalkan konsep 1 Malaysia untuk cuba menyekat momentum yang cuba di lakukan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Dari situ beraraklah jentera kerajaan dan media nasional membawa slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian diutamakan, suatu istilah yang mampu memberi imej positif kepada UMNO dan BN jika dilihat dengan mata kasar.
Dari situ juga maka berjanjilah pimpinan UMNO untuk bersama Najib memperkasakan UMNO, dari nawaitu memperkasakan media baru yang tertinggal sebelum ini hinggalah program bertemu rakyat jelata semuannya meniti dibibir mulut pemimpin UMNO.
Kesan konsep 1 Malaysia, dari kedudukkan tewas dari serba serbi kepada Pakatan Rakyat, slogan yang dibawa Perdana Menteri Malaysia itu mula memberi sinar dan harapan baru kepada orang awam yang sebelum ini muak perkataan UMNO dan BN.
Namun selepas beberapa bulan slogan 1 Malaysia dilaungkan, dan KPI dilakukan kepada Kabinet maka hari ini kita melihat masih banyak lagi kelompangan yang wujud pada UMNO.
Najib dilihat seakan bersendirian untuk melaksanakan 1 Malaysia, manakala pemimpin UMNO masih lagi enak dibuai mimpi di suite Hotel Mewah dan tergilakan pangkat dan perempuan. Manakala pemimpin di akar umbi masih teraba-raba apa yang harus dilakukan untuk menandingi musuh lawan.
Sesungguhnya 1 Malaysia hanya gah di media dan jabatan kerajaan sahaja, namun jentera UMNO langsung tidak melakukan kerja untuk memenangi semula hati rakyat jelata. Malah yang menyedihkan pemimpin yang berkarat pun masih enak di kerusi pimpinan bahagian dan cawangan masing-masing.
Mereka menjadikan jawatan ketua bahagian atau cawangan seolah milik peribadi dan tidak sanggup menyerahkan kepada yang lebih layak. Golongan berpendidikkan dan professional dihalang dari mendapat tempat dalam pimpinan.
Sikap pemimpin UMNO yang jauh dari kelompok islam menyebabkan semua institusi islam semakin jauh dari UMNO, dari pelajar-pelajar berteraskan islam hinggalah kepada NGO islam, semuanya tidak selesa dengan UMNO dan ingin lari daripada parti Melayu tersebut.
Jika dahulu kelompok yang liberalis dan berpendidikkan barat ramai berada di dalam UMNO, kini kesan dari momentum yang dibawa Anwar yang menjanjikan pelbagai agenda yang sinonim dengan barat menyebabkan kelompok ini menjadikan PKR sebagai sarang baru untuk menjayakan agenda mereka.
Akhirnya UMNO kini hanya diisi oleh golongan masyarakat luar bandar yang mempunyai pemikiran konservatif, dan kelompok yang hanya inginkan kuasa meraih kekayaan. Kelompok ini apabila turun bertemu dengan rakyat akan mempamerkan kehebatan kereta dimiliki diikuti dengan kekayaan masing-masing.
Walhal bukan ini yang rakyat inginkan dari pimpinan mereka, tetapi kelompok pimpinan UMNO menjadikan ini sebagai budaya untuk diikuti oleh mana-mana pemimpin selepas mereka.
Sementara itu Nazri Aziz Menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen sibuk memperlekehkan institusi kerajaan sendiri hingga sanggup mengelarkan Mahathir Mohamed sebagai bapa perkauman Malaysia gara-gara isu BTN.
Akhirnya usul bajet hanya mampu diluluskan dengan undi tipis kerana ramainya wakil rakyat dari BN tidak hadir, ia seolah menampakkan Nazri Aziz terlalu leka bergaduh sesama sendiri hingga melupakan musuh yang berada di depan mata.
Semua ini menyebabkan jantung Najib akan sentiasa berdebar dan bertiup kencang memikirakan strategi mengatasi kemelut parti UMNO, Itu tidak termasuk kisah wakil rakyat BN yang masih sibuk mengumpul bini kedua termasuk mengambil selebreti sebagai isteri kedua hingga menenggelami posisi asal sebagai wakil rakyat.
Sementara itu, di dalam gabungan Pakatan Rakyat pula walaupun wujud pelbagai kekecohan dalaman samada di dalam PAS, PKR dan DAP, namun ia dilihat mampu dilindungi oleh kecacatan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.
PAS umpamanya sehingga kini masih aktif menggerakan jenteranya memasuki semua kawasan di seluruh Malaysia, di Selangor umpamanya jentera parti tersebut saban malam mengadakan program di kawasan dimenangi UMNO dan PKR . Dan dalam masa yang sama UMNO langsung tidak melakukan aktiviti sehebat apa yang dilakukan PAS.
Selain itu jentera PAS sanggup meredah panas dan hujan mendekati pelbagai kelompok masyarakat bagi memenangi hati pengundi, itulah kekuatan yang ada pada Parti yang berteraskan islam ini dan sukar dilawan oleh jentera UMNO.
Kebijaksanaan PAS memenangi golongan berpendidikan dan diberi tempat sewajarnya menyebabkan semakin ramai golongan tersebut berada didalam parti tersebut. Seharusnya ia merupakan satu perkembangan yang menakutkan bagi UMNO kerana dalam tempoh terdekat ini situasi ini dirasakan akan berterusan sehingga pilihanraya akan datang.
Zakri Ahmad
22 December 2009
Najib Kini Bersendirian : Umno Terlalu Lemah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment