BlogList Malaysia
Showing posts with label vk lingam. Show all posts
Showing posts with label vk lingam. Show all posts

07 February 2011

Panel pita Lingam 'dibenar cabar' keputusan

Mahkamah Persekutuan hari ini meluluskan permohonan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi mencabar keputusan Mahkamah Rayuan, tahun lalu yang membenarkan dua bekas hakim negara dan peguam Datuk VK Lingam mencabar penemuan suruhanjaya berkenaan berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim.

Panel tiga anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff membenarkan permohonan yang dibuat oleh suruhanjaya berkenaan yang diwakili oleh pendakwaraya kanan persekutuan, Azizah Nawawi.

Anggota lain adalah hakim Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin dan Datuk Abdull Hamid Embong.


Ketiga-tiga halim itu bersetuju membenarkan persoalan: 'Sama ada penemuan Suruhanjaya Siasatan Diraja yang ditubuhkan mengikut Seksyen 3, Akta Suruhanjaya Inkuiri 1950 boleh disemak mengikut Peraturan 53, Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980...'

Tahun lalu, Mahkamah Rayuan dalam keputusan dua lawan satu, memutuskan Lingam mempunyai hak untuk mencabar penemuan suruhanjaya berkenaan.

Hakim Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud dan Datuk Zaharah Ibrahim membenarkan rayuan yang dibuat oleh Lingam dan dua bekas ketua hakim negara - Tun Eusoff Chin dan Tun Sheikh Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus membantah.

Pada 12 Dis, 2008, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa keputusan suruhanjaya tidak boleh disemak atas dicabar kerana ia bukan satu keputusan dan ia tidak memberi kesan terhadap hak individu atau obligasi mereka yang terbabit.

Dalam laporan siasatan mereka, lima anggota panel itu, mendapati bahawa video klip menunjukkan Lingam dalam satu perbualan telefon dengan Ahmad Fairuz berhubung pelantikan hakim, adalah tulen.

Suruhanjaya itu memperakukan agar tindakan yang sesuai perlu diambil terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, Mohd Eusoff, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana salah laku.

Suruhanjaya itu mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan AktaProfesion Undang-undang 1976.

Kecuali Dr Mahathir, kelima-lima mereka mengemukakan permohonan agar mahkamah mengadakan semakan semula bagi membatalkan hasil siasatan suruhanjaya itu.

Bagaimanapun, Tan dan Tengku Adnan menarik balik rayuan mereka awal tahun ini.

Suruhanjaya itu, yang dipengerusikan Tan Sri Haidar Mohd Noor dan dianggotai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Amar Steve Shim Lip Kiong, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas peguam cara Puan Sri Zaitun
Zawiyah Puteh dan Professor Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim bersidang selama 17 hari untuk menyiasat klip video 14 minit itu dan menyelesaikan siasatan pada 15 Feb 2008. - mkini

Read More...

11 December 2010

UBN Bikin Wayang Lagi

Prosiding disiplin ke atas Lingam Isnin ini

Meskipun kerajaan telah memutuskan supaya tiada tindakan diambil ke atas peguam Datuk VK Lingam berhubung isu video kontroversi yang mengaitkan peguam kanan itu dengan pelantikan hakim-hakim, namun beliau berkemungkinan diheret ke Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara.

Bermula Isnin ini, sebuah jawatankuasa disipilin bebas yang ditubuhkan oleh Majlis Peguam akan bersidang dan menyiasat aduan yang dibuat ke atas Lingam (bertali leher merah).

Pengadu dalam kes ini adalah Majlis Peguam sendiri.

Adalag difahamkan inkuiri itu tidak akan dibuka kepada orang ramai tetapi sebaliknya hanya mengumpulkan fakta-fakta terhdap Lingam dan berlarutan beberapa hari.


Berikutan rumusan lembaga itu, laporan akan dihantar kepada Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara yang mempunyai 17 anggota. Mereka kemudiannya akan memutuskan sama ada tindakan wajar dikenakan ke atas Lingam.

Lingam juga difahamkan akan diberi peluang mempertahankan dirinya pada jawatankuasa disiplin dan juga lembaga berkenaan.

Lembaga itu secara rasmi ditubuhkan pada 1992 mengikut Akta Profesion Undang-undang 1976. Ia kini dipengerusikan oleh bekas peguam dan bekas pemangku ketua menteri Pulau Pinang, Khalid Ahmad Sulaiman.

Selain pengerusi lembaga berkenaan yang dilantik oleh Ketua Hakim (Malaya), anggota lain termasuk presiden Majlis Peguam dan 15 peguam.

Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, apabila dihubungi mengesahkan bahawa jawatankuasa disiplin akan memulakan prosiding ke atas Lingam bermula Isnin ini.

Panel lima anggota suruhanjaya diraja sebelum ini mendapati klip video yang menunjukkan Lingam sedang bercakap dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim mengenai pelantikan hakim, adalah tulen.

Surahanjaya itu juga memperakukan agar tindakan sewajarnya dikenakan terhadap enam individu iaitu Lingam, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mohd Eusoff kerana salah laku.

Suruhanjaya itu juga mendapati ada bukti yang cukup bagi menyiasat keenam-enam individu mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Undang-undang 1976.

Read More...

13 December 2009

Karpal Tunggu Sijil Kuasa untuk Dakwa Lingam

Pengerusi DAP dan peguam veteran, Karpal Singh hari ini berkata, beliau mengharapkan peguam negara akan mengeluarkan sijil fiat (yang berupa sijil kuasa) sebelum hujung tahun ini bagi memberi kuasa kepadanya untuk mendakwa Datuk V.K. Lingam atas pertuduhan cuba melobi pelantikan hakim-hakim.

Karpal, yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menambah, sejak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mencabar mana-mana peguam supaya menggunakan hak yang mereka ada untuk mendakwa Lingam, masa telah berlalu lebih sebulan tanpa ada apa-apa kebenaran diberikan oleh pejabat peguam negara untuk beliau berbuat demikian.

Selepas Nazri membuat tawaran itu, hanya Karpal yang tampil ke hadapan menyahut cabaran tersebut.

"Dia (Nazri) yang membuat cabaran itu dan selepas saya menyahut cabarannya, dia bertukar nada dengan berkata, dia perlu menyakinkan peguam negara untuk memberi sijil kuasa kepada saya untuk berbuat demikian," kata Karpal dalam satu sidang akhbar yang dipanggilnya untuk bercakap tentang hal ini, Ahad.

Read More...

12 November 2009

Lingam - SPRM Akur Kritikan Rakyat?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan pihaknya akan mendapatkan kebenaran Jabatan Peguam Negara untuk membuka semula kes peguam Datuk V K Lingam selepas empat hari ia berhadapan dengan tekanan dan kritikan pelbagai pihak.

Isnin lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengumumkan tiada sebarang tindakan diambil terhadap Lingam sehingga kini kerana beliau didapati tidak melanggar sebarang undang-undang kerana melobi pelantikan hakim walaupun beliau dipaparkan cuba berbuat demikian dalam satu klip video.

Nazri menjelaskan, kerajaan telah melihat kes berkenaan daripada pelbagai segi termasuk Akta Hasutan 1948, tetapi mendapati tiada mana-mana akta di negara ini yang boleh mensabitkan beliau melakukan salah guna kuasa dalam isu pelantikan hakim.

Bagaimanapun hari ini, Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil yang juga bekas Ketua Audit Negara berkata, kebenaran untuk membuka semula kes itu akan diperoleh atas faktor kepentingan orang ramai.

“Saya sedang memikirkan untuk menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk meminta agar kes ini diketengahkan kepada panel ini.

“Kami berminat untuk mengetahui apa yang berlaku demi kepentingan orang ramai,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.

Meskipun langkah meneliti semula siasatan kes Lingam bukan dalam skop panel berkenaan, beliau berkata, kepentingan orang ramai harus dipertahankan.

Oleh itu jelas beliau, panel itu mempunyai hak untuk memberi pandangannya.

Semalam Majlis Peguam melahirkan kekecewaan dengan pendirian kerajaan dalam kes kontroversi Lingam dengan mendakwa ia telah menjejaskan imej sistem kehakiman negara.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan tahun lalu mengesyorkan agar tindakan diambil ke atas Lingam dan beberapa personaliti lain termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim serta ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan.

Kelmarin Pakatan Rakyat mengemukakan saksi utama untuk memperkukuhkan tuntutan mereka bahawa Lingam dan Eusoff Chin telah merancang percutian bersama di New Zealand, sekali gus dikaitkan dengan skandal ini.

Saksi utama itu menurut PR ialah bekas setiausaha Lingam, Jayanthi Naidu.

Jayanthi, yang merupakan antara saksi kes berkenaan, mengakui percutian Lingam dan Eusoff Chin bersama keluarganya ke New Zeland pada 1990 dirancang dan dibayar oleh Lingam.

Jayanthi ialah bekas setiausaha Lingam sehingga 1995.

Bagaimanapun semalam Nazri dan SPRM menafikan saksi yang dibawa PR kelmarin merupakan saksi yang dicari oleh suruhanjaya bagi membantu siasatan.

Menurut SPRM semalam, Jayanthi telah pun selesai diambil percakapannya dan diambil kira keterangannya apabila keputusan dibuat oleh Bahagian Perundangan dan Pendakwaan suruhanjaya itu.

Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam Ragunath Kesavan berkata, pihaknya kini lega dengan syor dikemukakan Panel Penilaian Operasi SPRM.

“Kami berharap agar sesuatu yang positif akan diperoleh kelak,” kata beliau semasa dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Read More...

09 November 2009

Kerajaan Cuba Tutup Kes VK Lingam

Meskipun jenayah VK Lingam disahkan oleh Suruhanjaya Siasatan Di-Raja, namun kerajaan Barisan Nasional enggan mengiktiraf penemuan tersebut dan mengganggap tidak ada sebarang kesalahan dilakukan peguam tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencetuskan kegemparan di Dewan Rakyat hari ini dengan berkata VK Lingam mungkin seorang penipu amatur yang berlagak seperti seorang bookie badan kehakiman, dan demikian itu kerajaan berpendapat VK Lingam tidak melanggar undang-undang.

Tv Selangor mendapatkan reaksi daripada naib presiden PKR yang seorang peguam, sivarasa Rasiah berkenaan isu ini dan ini reaksi beliau.

" Bagi saya menteri Nazri dengan kenyataan itu membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat politik untuk berbuat apa-apa tentang masalah rasuah ini. Ini kerana mereka tahu tentang hal ini, bukan sahaja Tun Eusoff Chin tetapi banyak hakim-hakim telah dibabitkan" ujarnya.

Sivarasa berkata penemuan Suruhanjaya Di-Raja membuktikan adanya konspirasi antara VK Lingam dan hakim-hakim terbabit. Komplot ini didokumentasikan dengan baik, berdasarkan kepada gambar percutian bersama VK Lingam dan seorang hakim terkemuka negara.

Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet. Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali.

" Seorang peguam yang membela kes-kes di hadapan hakim itu juga di Mahkamah Persekutuan lalu membawa dia bercuti bersama. Jelas kalau itu bukan rasuah, jadi apakah rasuah? Kalau menteri Nazri tidak memahami ini, saya minta dia turun kembali dan tengok buku asas lah" katanya.

Menurut Sivarasa, sekiranya kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang sebegini besar, maka kerajaan akan dilihat gagal untuk mengembalikan reputasi kehakiman negara yang telah tercalar sejak sekian lama.

" Mungkin itu tujuan mereka kalau mereka kata kes ini tidak ada bukti, kes ini ditutup. Dan mereka harap rakyat boleh menerima, badan kehakiman sudah bersih. Tapi tidak logik. Ia logik lah. Hakim-hakim yang dilantik dulu di bawah hakim-hakim yang rasuah ini masih ada dalam sistem sekarang. Kita tidak boleh asingkan sistem dan hakim-hakim sekarang daripada sistem dahulu. Mereka yang mewarisi masih duduk di atas, di semua peringkat" tambahnya lagi.-tva

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas