Menantu menteri besar Kelantan, Abdul Ariffahmi Ab Rahman akan meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa 23 Mac 2010.
Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul berkata, berdasarkan terma surat pelantikannya, beliau perlu memberi notis 90 hari untuk meletak jawatan.
Berikutan itu, katanya, beliau akan memberi notis peletakan jawatannya pada 24 Disember ini.
"Ini bermakna tarikh akhir saya akan berada di pejabat ialah pada 23 Mac 2010," katanya.
Menurutnya, perkara itu diputuskan setelah mengambil kira masa yang perlu diambil oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk mencari penggantinya untuk menerajui PMBK.
Abdul Ariffahmi berkata, ia bertujuan untuk memastikan PMBK dapat beroperasi seperti biasa setelah ketiadaan beliau.
"Dalam tempoh yang sama, tempoh ini akan diambil untuk menyiapkan kerja-kerja akhir merujuk kepada beberapa perkara yang telah diputuskan oleh ahli lembaga pengarah PMBK sebelum ini," katanya.
03 December 2009
Ariffahmi Letak Jawatan Mac 2010
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment