BlogList Malaysia

09 November 2009

Pemuda Pas Akan Bertemu Tokoh Akademik

Dewan Pemuda PAS pusat (DPP) akan mengadakan pertemuan lanjut dengan dua ahli akademik - Prof Dr Abdul Aziz Bari dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah - bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai kertas kerja yang mereka bentangkan dalam seminar politik PAS Sabtu lalu.

NONEDi sampung itu, Ketunya, Nasrudin Hassan berkata, pihaknya juga akan mengadakan pertemuan dengan seorang lagi ahli akademik - Prof Dr Agus Yusof - Rabu ini bagi tujuan yang sama.

Katanya, surat mengenai pertemuan tersebut akan dihantar kepada Dr Abdul Aziz di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dan Dr Abu Hassan di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Nasrudin berkata, perjumpaan ahli-ahli akademik akan membolehkan Pemuda PAS mendapatkan pandangan lanjut mengenai perkembangan politik semasa yang membabitkan parti.

"Mungkin beliau (Dr Abu Hassan) ada alasan dan pandangan tertentu untuk (pertimbangan) Pemuda PAS.

"Manakala mengenai kritik keras Dr Abdul Aziz terhadap PAS, saya telahpun bertemu dengan beliau mendapatkan penjelasan lanjut.

"Kita senentiasa bersikap terbuka walaupun kritikan itu tegas dan mengecilkan hati. Kita bersedia mendengar pandangan beliau, kalau ada lagi pandangan khusus mengenai PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Nasrudin berkata, pihaknya merancang mengenai Dr Abdul Aziz dan Dr Abu Hassan dalam tempoh satu hingga dua minggu ini.-mkini

1 Komen :

jantan ibnu jantan ,  November 9, 2009 at 4:48 PM  

sepatutnya kita kena senyum lebar bila kita dapat membaca atau mendengar komen daripada org yg pakar dan celik politik...walau pun komen tu tak memuji kita tapi komen yg membina yg di beri pada kita itu sepatutnya kita ucapkan jutaan terima kasih kerana masih ada org yg ambil berat kat kita...saya ahli pas sejak bulan disember 1983 dan mula sokong dan mirip ke PAS sejak thn 1967 lagi dan saya ahli pas seumur hidup....saya pernah pegang beberap jawatan sebagai setiausaha cawangan,ajk dewan pemuda pas kawasan dan ajk pas kawasan sekitar tahun 80an....sampai sekarang saya masih lagi mengambil tahu dan membuat sedikit sumbangan untuk pas,saya ingat lagi dulu org yg jadi ahli pas kebanyakkannya org yg sekolah pun tak pas...tapi sekarang dah ramai org yg masuk pas dan mengerakkan pas org2 yg bijak2 dari kalangan lulusan agama dan akademik,ramai intelektual2 yg ada dalam pas sekarang...tapi saya sangat2 hairah kenapa org2 yg bijak pandai ni ,bila di tegur ada yg melenting mcm org tak berani terima kenyataan...kita tak nampak kalau kalu ada tompokan najis da dahi kita tapi org lain nampak dan bila di tegur kita marah org tu....kita kata aku taknak tengok muka kau lah....nak kata apa tu....nak kata org mcm tu hati nya dah keras...kotor ke....dah gelap ke....angkuh ke sombong ke...berlagak ke...dan dan dan apa2 le lagi agaknya....kan nadi bersabda ADDIN ANNASEHAH....AGAMA ITU NASIHAT.....hai entah lah....jgn lah kesombongan kita itu nanti di hukum oleh ALLAH SWT dgn kekalahan.....kita dah kearah kemenagan....mentari bertambah sinar nya....rakyat marhaen yg di tindas selama ini menaruh harapan sebesar gunung terhadap kemenangan kita agar kita dapat membawa mereka keluar dari kezaliman B.N. .....TAK PANDAI TAKPE ...TAPI JADI LAH ORG CERDIK YG BOLRH BERTINDAK MENGIKUT KEADAAN SEMASA YG BERPANDU HUKUM ALLAH DAN SUNNSAH RASUL....JGN IKUT PERTASAAN....AKU KAN USTAZ...AKU KAN ULAMAK...AKU KAN BIJAK PANDAI.....AKU AKU AKU AKU DAN AKUUUUUU....

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas