Please! Don’t try this at home.
Hangpa biasa tengok wrestling? Memang syok..orang tu hentam orang ni. Orang ni hentam orang tu. Ingatkan Big Show dah boleh menang bila dia terajang Undertaker. Tengok-tengok…referee hilang ditarik oleh orang lain. Bila Big Show beralih, Undertaker bangun dan sepak teloq Big Show dan terus buat chokeslam…gedebooomm!! Big Show pengsan…referee pun tiba-tiba menjelma entah dari mana. Dan Undertaker menang!!
Ciss…Semua kena tipu. Itu hanya lah hiburan. Kita seronok bila ditipu. Kita seronok bila orang tipu kita. Bila orang bagi tau kat kita…hangpa semua kena tipu!! Kita pun jawab..”tak apa…janji seronok.” Tipu dah diterima sebagai hiburan.
Bila Nasha dan Mustafa Ali berpeluk dalam gelap di London dengan disaksikan oleh wakil Ikhwanul Muslimin… ramai orang tau. Raja Petra tau. Bakaq Penarik Beca tau. Matsamankati pun tau.
Tapi bila blogger-blogger cikai ini menulis dalam blog, riuh rendah sekeliling alam, mengatakan blogger-blogger ini penipu…pemecahbelah…tukang fitnah!! sampai ada yang nak menyaman blogger kerana menyebarkan fitnah. Hadi, Presiden Pas pun sama…tak mengaku adanya perjumpaan dalam gelap di London!
Dan tukang-tukang ampu Nasha dan Mustafa Ali pun riuh rendah melabelkan blogger-blogger sebagai penyebar fitnah. Mahfuz nak saman blogger yang menyiarkan cerita berpeluk dalam gelap!! Nasha pun nak saman blogger yang menyebar fitnah!!
Tup-tup…akhirnya mereka mengaku. Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah?
Oleh kerana Presiden yang bohong, oleh kerana Timbalan Presiden yang bohong, oleh kerana orang kuat Presiden yang bohong…maka orang menerima bohong itu sebagai dakwah dan perjuangan.Orang masih wala’ kepada Presiden, orang masih pilih Nasha sebagai Timbalan Presiden. Depa bohong tak pa. Bohong diterima demi dakwah dan perjuangan.
Selepas pilihanraya ke 12, Hasan Ali berlari berjumpa Khir Toyo untuk membentuk kerajaan baru. Tapi apabila gagal…masing-masing menafikannya. Masing-masing berbohong.
Tapi cerita itu disebarkan oleh blogger-blogger cikai yang kemudiannya dilabelkan sebagai tukang penyebar fitnah dan pemecahbelah. Teruk la blogger-blogger ini kena hentam kiri dan kanan oleh mereka yang wala’ kepada Presiden dan kepimpinan.
Hasan Ali terus juga dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor. Hasan Ali bohong tak apa…demi dakwah dan perjuangan. Bohong diterima demi Islam dan perjuangan.
Di Perak, ada pemimpin yang memujuk Ahmad Awang untuk membawa PAS bersekongkol dengan Umno untuk membentuk kerajaan perpaduan. Masing-masing menafikannya…masing-masing berbohong. Yang salah ialah blogger penyebar fitnah. Yang cuba memecahbelahkan Pakatan Rakyat ialah blogger-blogger penyebar fitnah.
Tup-tup, Ahmad Awang sendiri memecahkan rahsia. Siapa yang bohong? Siapa yang menyebar fitnah? Kerja blogger jugak?
Orang tak kisah sapa yang memujuk Ahmad Awang. orang tak tak mau tau siapa pemimpin yang cuba memujuk Ahmad Awang. Bohong diterima demi kesinambungan Islam dan perjuangan.
Siapa yang berlari berjumpa Pak Lah untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan?
Mana ada!!! itu hanya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh blogger-blogger cikai macam Bakaq Penarik Beca! Itu hanyalah imaginasi liar dari Raja Petra! Dan yang sedihnya, blogger-blogger Pas juga turut sama menyebarkan fitnah dan dakyah untuk menghancurkan Pakatan Rakyat!!
Tup-tup, Pak Lah mengaku. Memang betui ada perjumpaan. Khalid Samad mengaku…memang ada perjumpaan.
Sapa yang bohong? Sapa yang menyebar fitnah?
Tapi pembohongan itu dimaafkan. Pembohongan itu diterima…bukan sahaja sebagai hiburan, malah diterima demi Islam dan perjuangan.
Tipu dan bohong sudah menjadi budaya.Ia sudah diterima demi menegakkan Islam dan perjuangan. Pirrrrah!!
Baru-baru ini keluar pula berita, TG Nik Aziz diherdik oleh ABC. Bohong!!!
Maka keluarlah kenyataan-kenyataan dari mereka yang wala’ kepada Presiden dan Timbalan Presiden…itu semua bohong. Itu semua kerja penyebar fitnah dan mereka yang cuba memecahbelahkan Pas.
Sama ada blogger tersebut berbohong atau tidak…cuma masa yang menentukan.
Tetapi buat sementara waktu…marilah kita berhibur dengan bohongmania. Kita berhibur dengan pemimpin-pemimpin yang suka berbohong, kerana tidak salah kita menerimanya demi menegakkan Islam dan perjuangan.
Pemimpin bohong tak apa. Blogger bohong…saman!! labelkan mereka sebagai pemfitnah atau pun pemecah belah parti.
Tidak salah kita berbohong. Tidak salah kalau kita menipu.
But please….don’t do this at home.
mat saman kati
09 November 2009
Bohongmania Kepimpinan Pas
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
cilaka
,
pas terengganu
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment