BlogList Malaysia

20 November 2009

Menteri Besar Kelantan kais pagi makan pagi

Pada persepsi umum atau minda awam, mereka yang menjadi Menteri Besar atau berkaitan dengan menteri diklaskan sebagai pemimpin, sudah tentu banyak wang.

Masyarakat melihat pada zahir menteri tinggal di rumah besar, menaiki kenderaan mewah ketika menemui rakyat maka sinonimnya sudah tentu gaji besar, wang banyak dan harta bertambah.

Mereka yang rapat pada mata rakyat seperti Ahli Parlimen contohnya boleh berubah mendadak daripada miskin kepada kaya selepas terpilih menjadi wakil rakyat maka tidak hairan kepada persepsi tersebut keatas menteri.

Rakyat tidak akan kata menteri tidak ada duit. Lepas bersara atau yang paling hebat, baru sahaja naik menjadi menteri, sudah terdengar tanah dan rumah di sana sini. Kereta menjalar daripada buruk kepada baru malah tidak mampu dibilang. Tambah kata orang, pencen pun tak habis makan.

Maka kalau itu persepsi yang sudah menjadi informasi, kenapa Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan terus hasratnya menunaikan Haji pada tahun ini apabila isu penajaan mengerjakan Haji beliau menjadi bahan perbincangan umum.

Beliau sudah menjadi Menteri Besar selama 19 tahun, maka tidak hairan kalau tajaan menjadi isu, beliau boleh menunai Haji dengan wang sendiri tetapi kenapa ditangguh sehingga tahun depan?

(Gambar: Nik Aziz tidak mempunyai harta...apa orang akan percaya tetapi itulah realiti sehingga tidak boleh menunaikan haji tahun ini.)

Inilah perkara yang tidak mampu difikir kerana persepsi sudah menjadi informasi maka tidak terlintas kepada minda orang ramai bahawa Nik Abdul Aziz sebenarnya tidak ada wang.

Tidak terlintas langsung pada pemikiran awam bahawa Nik Abdul Aziz bekerja sebagai Menteri Besar selama 19 tahun dengan gaji beribu sebulan tetapi masih tidak ada wang mahu mengerjakan Haji.

Boros sangat Nik Abdul Aziz sehingga tidak ada langsung wang dalam simpanan! Cuba tengok menteri lain berapa banyak wang dalam bank? Simpanan dekat bank di Swiszeland, entah berapa gunung jumlahnya.

Cuba bertanya kepada orang Umno, kemana hilang wang projek pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT) sebagaimana yang didedahkan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa lebih RM47 juta duit lesap di Terengganu dan di Kelantan. Ini semasa Datuk Anuar Musa jadi Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Datuk Seri Idris Jusoh jadi Menteri Besar Terengganu.

Ada pihak yang mendengar khabar Idris serta kroni berebut sakan dengan wang tersebut telah terbangkan ke Swiszeland. Itu cerita lama yang sampai sekarang hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Itu cerita lama, kepada Melayu mudah lupa memang sudah lupa.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo hanya dua penggal memegang jawatan tersebut tetapi sudah mempunyai rumah bernilai RM24 juta sebagaimana didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ng Suee Lim.


Baca seterusnya :
http://nanbinjai.blogspot.com

1 Komen :

hj jamaludin ,  November 20, 2009 at 1:37 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kais pagi makam pagi , kais petang makan petang .Kalau kita baca kolum ini , Siapa bodoh dalam kes macam ini ? TG Nik Aziz bodoh kah ? Atau Pemimpin Umno bodoh ? TG Nik Aziz boleh di ibaratkan macam peribahasa melayu " Bagaikan kera mendapat bunga " Atau Pemimpin UmNo BN bijak bagaikan " Sambil menyelam , minum air atau Kill two birds with one stone .Jadi renungkanlah .

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas