Ada berani ka?
Aku tersenyum sendiri membaca sms dari kawan aku, katanya 'nazri kepala hotak, cakap tak pakai otak'Aku tau dia merujuk pada tingkah laku DS Nazri Aziz yang telah diluar sedar mencabar Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh supaya mewakili Peguam Negara untuk mendakwa Lingam. 'Cakap guna kepala lutut' herdiknya lagi yang juga AJK Umno cawangan kampung aku.
Dan hari ini Karpal Singh telah menyahut cabaran DS Nazri Aziz untuk mendakwa Datuk V.K Lingam sekiranya Peguam Negara memberikan kuasa kepadanya untuk bertindak.
Dalam usaha menunjukkan tiada sebab dipihak kerajaan melalui Peguam Negara melindungi Lingam dari didakwa dalam kes 'correct, correct, correctnya' itu, Nazri telah diluar sedar menyorong bantal pada orang yang teramat mengantuk. Dan yang anehnya, Nazri kini seakan terpinga pinga dan hilang setelah Karpal menyahut malah mendesaknya menyerahkan bantal empuk untuk diganyang.
Mengikut Karpal lagi, terdapat peruntukan undang-undang untuk Peguam Negara mengeluarkan perintah memanggil DS Nazri bagi menasihati Peguam Negara mengeluarkan surat perintah untuk mendakwa V. K. Lingam. Malah Nazri juga boleh menasihati Peguam Negara untuk melantik Karpal mendakwa Lingam bagi pihak kerajaan.
Karpal sedar malah percaya Peguam Negara tentu lebih dari tahu tentang saranan dari Suruhanjaya Diraja yang kini diabaikan pemerintah. Peguam Negara adalah penasihat undang undang pada kerajaan dan kerajaan tentunya boleh mengarahkan penasihatnya menjalankan pendakwaan sekirannya perlu. Pastinya, Karpal rasakan keperluannya mendakwa V.K. Lingam dibawah seksyen 4, akta hasutan.
Amacam Nazri, ada berani ka?
shalehudin
0 Komen :
Post a Comment