Jelas dalam seminar tersebut, apabila perkataan ini diungkapkan oleh Dr Abu Hasan Hasbullah, maka mendapat tepukan gemuruh dari para hadirin seminar. Berbanding dengan laungan takbir sewaktu Bakar Chik atau Mohd Adram atau Kamarulzaman berucap, hanya dua-tiga kerat sahaja yang menyahut. Assalamualaikum,
Signal mahukan perubahan kepada pimpinan parti adalah jelas dari para hadirin. Kalau dilihat dari penanya soalan yang anti kepada Aziz Bari, soalan2 tak lari dari meminta bukti sebagaimana dalam mahkamah. Padahal apa yang diungkapkan Aziz Bari adalah persepsi semata-mata. Persepsi tidak semestinya benar dan tidak semestinya salah, TAPI, persepsi akan menentukan siapa yang menang dalam pilihanraya dan siapa yang akan kalah. Oleh sebab itu persepsi harus dijaga dan dikawal supaya tidak merugikan PAS.
Yang lebih memberangsangkan adalah penanya2 negatif kepada Aziz Bari adalah rata-rata datang dari golongan Pemuda PAS yang masih belum matang dalam politik Sebab tu mereka cukup emotional dan tidak dapat mengawal perasaan serta emosi mereka. Jelas, mereka2 ini meletakkan kepentingan jawatan seseorang pemimpin lebih tinggi dari kepentingan parti.
Bagi saya, kalau ada kajian menunjukkan persepsi rakyat pada Tok Guru Nik Aziz negatif, maka saya akan usulkan Tok guru letak jawatan dan diganti. Ini kerana parti lagi penting dari pimpinan. Namun, persepsi rakyat pada kepimpinan Tok Guru Nik Aziz adalah AMATTTT POSITIF. Ertinya menyokong Tok Guru adalah menyokong untuk kebaikan PAS.
Para pemuka2 Pemuda PAS masih tidak dapat membezakan antara mana yang lebih penting; pemimpin atau parti. Kajian yang dibuat oleh kedua2 professor ini adalah kajian ilmiyyah dan saintifik. Kalau tidak setuju, harus melawan dengan hujjah2 saintifik dan ilmiyyah juga. Bukan menyerang Dr Aziz Bari seterusnya menampakkan kejahilan masing2.
Saya mengalu-alukan saranan Ketua Pemuda PAS untuk bertemu semula dengan Professor Aziz Bari bagi menjernihkan lagi keadaan.
Mulanya Persepsi Negatif Terhadap PAS
Bagi saya persepsi negatif terhadap PAS bermula dari saat pecahnya berita PAS mengadakan rundingan dalam gelap dengan UMNO. Di kala itu, persepsi terhadap pimpinan PAS terutama yang dikaitkan dengan rundingan dalam gelap ini sudah jatuh.
Namun, rakyat masih memberi peluang kepada PAS untuk membetulkan keadaan. Tapi, selang masa berlalu PAS dilihat makin berani menyerang Pakatan Rakyat dalam berbagai isu terutama di Selangor. Dan PAS Pusat pula senyap sunyi tidak ambil apa2 tindakan pada Hasan Ali.
Kemuncaknya adalah pada PRK Bagan Pinang bila kawasan yang PAS menang dulu pun kita kalah balik.
Saya bersyukur kerana pembentangan kedua2 professor mendapat sokongan yang besar dikalangan perwakilan yang hadzir pada hari itu. Jelas, ahli dan perwakilan2 PAS mahukan perubahan.
Bagi saya, perlu diadakan EGM dengan kadar segera untuk melakukan perubahan yang diharapkan bagi menyelamatkan PAS.
Tulang Besi
UAE tahan 3 suspak berkaitan pembunuhan rabbi Israel
20 minutes ago
1 Komen :
Kata TulangBesi,
"Kemuncaknya adalah pada PRK Bagan Pinang bila kawasan yang PAS menang dulu pun kita kalah balik."
BILA MASA PAS MENANG DI BAGAN PINANG ? Pening.......pening....
"Kajian yang dibuat oleh kedua2 professor ini adalah kajian ilmiyyah dan saintifik. Kalau tidak setuju, harus melawan dengan hujjah2 saintifik dan ilmiyyah juga. Bukan menyerang Dr Aziz Bari seterusnya menampakkan kejahilan masing2."
Kalau professor yg cakap, semua ilmiyyah ke? semua saintifik ke? Apa maksud saintifik dan ilmiyyah? Ilmiyyah pada mata Islam ialah berpandukan Qur'an dan Hadis. Saintifik pula memang berasal dari perkataan sains yg bermakna ilmu. maknanya Ilmiyyah la. melainkan hang nak pisahkan antara agama dan bidang keduniaan.
Saya tegaskan kita tidak boleh memakai hujjah Abu Hassan yang mengatakan sesiapa yg menolak persepsi adalah primitif. Persepsi merupakan tanggapan, dan tanggapan dalama Islam dipanggil dhann. Sila rujuk surah al hujurat ayat 12. Maksudnya, " WAHAI ORANG2 YG BERIMAN, JAUHILAH KAMU DARIPADA BANYAK PRASANGKA(MELETAKKAN SANGKAAAN BURUK TRHADAP SAUDARA KAMU). SESUNGGUHNYA SETENGAH DARIPADA SANGKAAN BURUK ITU ADALAH BERDOSA, DAN JANGAN KAMU MENGINTIP2 KESALAHAN ORG LAIN DAN JANGAN KAMU MENGUMPAT KEPADA SETENGAH YG LAIN. ADAKAH SESEORANG DI KALANGAN KAMU SUKA KALAU DIA MEMAKAN DAGING SAUDARANYA SESUDAH MATI SEDANGKAN DIA TIDAK MENYUKAINYA. DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH. SESUNGGUHNYA ALLA ITU MAHA PENERIMA TAUBAT LAGI MAHA PENYAYANG."
Post a Comment