Dewan Pemuda PAS Terengganu bersetuju supaya diadakan satu Muktamar, sekiranya ia menepati peruntukan yang terkandung dalam perlembagaan PAS.
Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata demikian ketika dihubungi Buletinonline sebagai respon kepada perkara yang dilontarkan oleh Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
”Kita tidak ada masalah, menyokong, sekiranya ia bertepatan dengan memenuhi kehendak menurut peruntukan perlembagaan PAS,”ujarnya.
Menurut Fasal 16 Bab Ke 5 Perlembagaan PAS, Muktamar Khas PAS boleh diadakan beberapa kali dalam setahun sekiranya dikehendaki oleh presiden atau dengan permintaan bersurat daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau satu pertiga daripada PAS Kawasan-kawasan.
Fasal tersebut menyatakan lagi, maka dalam Muktamar Khas ini tidaklah boleh, dibincangkan apa-apa perkara selain daripada perkara yang kerananya Muktamar itu diadakan.
Dato’ Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dalam posting terbarunya dalam laman weblognya www.blogtokguru.com. menyokong saranan seorang ahli akademik Dr Abdul Aziz Bari.
”Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16,” tulisnya, sebagaimana yang tedapat dalam lam weblog itu.
Tulisan Dr. Aziz Bari telah mendapat perhatian dan respon pro dan kontra dari beberapa pihak dalam PAS, termasuk dari Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Institut Kajian Polisi Negeri Terengganu (IKPNT) yang disiarkan dalam laman ini dua hari lalu.
Mengulas lanjut, Ustaz Mohd Nor berkata Dewan Pemuda PAS Pusat akan memanggil satu mesyuarat segera bagi membincangkan perkara tersebut.
Kelantan: Pengedar dadah menyamar jadi pegawai risik tentera
39 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment