BlogList Malaysia

06 October 2009

Nasib Mahathir Makin Malap Dan Kelam Selepas Ini

Pemilihan Tan Sri Isa Samad sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) dan perlantikan Omar Mustafa Ong sebagai ahli lembaga pengarah Petronas membuktikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Muhamad semakin dipinggirkan oleh Dato' Seri Najib Tun Razak.

Dua perkembangan terbaru itu membuktikan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak kini tidak lagi sehaluan dengan mentornya, Tun Mahathir Muhamad - individu yang lantang mengkrtik Tun Abdullah hingga terpaksa melepaskan jawatan Perdana Menteri lebih awal - yang dilihat banyak menganggu pentadbiran beliau (Najib).

Selain memilih Isa (Tan Sri) dan melantik Omar Ong, pentadbiran Najib juga pernah mengenepikan pandangan Mahathir ketika pilihanraya kecil Dun Penanti, dimana ketika itu bekas Presiden Umno itu berpendapat Umno-BN perlu bertanding tetapi Najib tetap dengan keputusan untuk tidak bertanding atas alasan tidak mahu membazirkan wang rakyat.

Selain dari itu pentadbiran Najib juga memutuskan untuk memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - dasar yang diperkenalkan oleh Mahathir - biarpun Mahathir menganggap dasar itu perlu dikekalkan.

Perkembangan terbaru ini membuktikan hubungan renggang antara Mahathir dan Najib semakin ketara dan ia khabarnya amat dinanti-nantikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri menggunakan peluang kerengganan hubungan antara Mahathir dan Najib untuk menonjolkan dirinya sebagai pemimpin Umno yang masih menghargai Mahathir.

Bairpun beliau (Muhyiddin) mengetuai Kementerian Pelajaran - yang memutuskan untuk memansuhkan PPSMI pada 2012 - tetap setia kepada Mahathir dan mahu dilihat sebagai hero Melayu dengan menyerang penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim - musuh ketat Mahathir - setiap kali menjelang pilihanraya kecil.

Muhyiddin menggunakan peluang ini untuk menekan Najib yang lebih muda dari beliau supaya jawatan Perdana Menteri dapat diserahkan kepada beliau.

IRWAN MUHAMMAD ZAIN

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas