Woi Munkee.. Nak tanya.. Yang ni macam mana pulak? Tak nak buat laporan polis jugak ker? Benda ni tak melibatkan wang ker? Cerita nie bukan berlaku 10 tahun yang lalu,. Baru je tahun lepas berlaku.. Bukan setakat Nallakarupan saja yang tahu cerita ni dan boleh jadi saksi, Semua yang ada dalam video ini campur 1 Malaysia boleh tumpang jadi saksi nie.. BANGANG
Pergerakan Pemuda Umno menuntut supaya pihak polis menyiasat kesahihan berhubung akuan berkanun yang pernah dibuat oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kira-kira 10 tahun lalu.
Sehubungan dengan itu ketua pergerakan tersebut, Khairy Jamaluddin berkata, Pemuda Umno akan memfailkan laporan polis untuk dimulakan siasatan terhadap Anwar berhubung isu ini seperti yang telah dibangkitkan semula oleh bekas rakan karibnya, Datuk S. Nallakarupan.
"Jika orang lain yang bangkitkan isu ini mungkin kita tidak berapa peduli, tapi ia dibangkitkan semula oleh Datuk Nallakarupan yang kita tahu mempunyai hubung yang akrab dengan Anwar dahulu.
"Datuk Nallakarupan mendakwa Anwar diketahui mempunyai pelbagai sumber kewangan yang besar seperti yang pernah didedahkan oleh Datuk Abdul Murad," katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) bagi peti undi Kampung Bharu Si Rusa di sini hari ini.
Tambah Ahli Parlimen Rembau itu, Pemuda Umno memandang berat mengenai perkara tersebut dan berharap agar pihak polis menyegerakan siasatan berhubung kes ini kerana mempunyai kepentingan terhadap negara.
"Kita akan ketengahkan isu ini dan kita berharap ia akan mendapat perhatian dari pihak kerajaan dan agensi-agensi berkenaan terutamanya daripada pihak polis untuk memulakan siasatan.
"Saya merayu supaya buatlah siasatan yang rapi sebab semua butiran dan maklumat sudah ada (dalam kenyataan berkanun Abdul Murad).
"Mereka sudah boleh mulakan siasatan, saya sedih dan tak puas hati apabila Datuk Nallakarupan sudah bangkitkan tapi tak ada apa-apa tindakan susulan... sekurang-kurangnya mesti ada siasatan," katanya.
1 Komen :
Suara KJ tenggelam tanpa Pak Lah. Siapalah KJ tanpa Pak Lah di tampuk kuasa.
Post a Comment