BlogList Malaysia

08 October 2009

Musa Hassan Apasal Diam, Ada Yang Berdarah Nie!!

PAS mahukan jawapan polis, seru rakyat tolak parti samseng

PAS mendesak pihak polis membuat penjelasan berhubung insiden terbaru membabitkan tindakan ganas Pemuda Umno terhadap petugas PAS.

Ketua penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan berkata, Polis seperti membutakan mata dan memekakkan telinga apabila sehingga kini belum ada apa-apa penjelasan dibuat sedangkan inseden petang semalam dan malam tadi itu mengancam nyawa sesorang.

"PAS menuntut agar pihak Polis mengambil serius akan kesemua kes yang telah berlaku ini dan tidak memekakkan telinga atau menutup mata hanya kerana yang menyerang itu adalah Pemuda Umno. PAS mahu jawapan dan mendesak agar Polis membuat siasatan serta tangkapan bagi kes serangan yang telah dilaporkan ini dengan segera," ujarnya.

"Polis sememangnya mengetahui bahawa Umno mempunyai rangkaian samseng yang ganas tetapi masih berpeluk tubuh bila melihat rakyat yang tidak berdosa diganyang hingga ada yang terkorban."

Beliau juga memberitahu, tindakan ganas dan samseng Umno BN bukan perkara baru dan dai yakin polis juga sedia maklum perkara itu.

Tegasnya, sebelum ini sudah beberapa kali kejadian serupa berlaku sehingga ada yang terbunuh.

Namun lebih dikesali apabila pihak polis dilihat tidak pernah mengambil pengajaran dari apa yang pernah berlaku.

"Ini bukan kali pertama petugas PAS diserang, di Ijok peristiwa serangan yang serupa berlaku tetapi polis gagal membuat sebarang tangkapan.

"Peristiwa pembunuhan Ketua Pemuda PAS yang juga ahli Parlimen, Abdul Samad Ghul; pembunuhan Pesuruhjaya PAS Perlis, YB Haji Tahrim Ali dan serangan 200 pemuda Umno di Felda Lubuk Merbau hingga mengorbankan Saudara Osman Talib hingga kini belum ada jawapan dari pihak Polis."

Desakan ini katanya bukan kerana ia berlaku kepada PAS, tetapi keganasan ini sudah lama bersarang dalam Umno BN sendiri.

"Bukan sahaja ahli PAS, sesama Umno juga mereka sanggup berbunuhan kerana berebut kuasa. Pembunuhan di Gemenceh, Negeri Sembilan yang melibatkan Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Datuk Taha Talib oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim kerana berebut jawatan di Bahagian Tampin membuktikan bahawa Umno sanggup melakukan apa sahaja demi kuasa.

"Kes ini telah disiasat oleh Tan Sri Musa Hassan yang kini sudah menjadi Ketua Polis Negara.

" Kita tidak mahu kes pembunuhan di Gemenceh berulang barulah Polis dan pengundi membuka mata. Cukuplah apa yang berlaku hari ini menjadi jawapan kepada pengundi untuk membuat perubahan. PAS menyeru agar pengundi menghukum BN dengan menolak pemimpin rasuah dan parti samseng di Bagan Pinang."

Malam tadi, Sebilangan petugas yang bertugas di Markas Induk Pemuda diserang sekumpulan samseng penyokong Umno menggunakan senjata tajam.

Sebahagian mereka ditumbuk manakala ada juga yang di tetak menggunakan parang.

Kejadian serupa turut berlaku petang semalam apabila beberapa pemuda PAS diserang oleh ratusan Pemuda Umno di Taman Dato Hj Abdul Samad.

Tindakan ganas Pemuda Umno ini kata Ustaz Idris, telah mencemar suasana Pilihanraya yang sepatutnya berjalan dengan aman.

Sehubungan itu beliau mendesak agar rakyat Bagan Pinang membuat pilihan yang betul kerana Tan Sri Isa Samad yang menjadi calon BN bukan sahaj terlibat dengan rasuah malah menggunakan samseng dan kaki pukul untuk menjatuhkan calon Pakatan Rakyat.

1 Komen :

anakpahang ,  October 8, 2009 at 8:25 PM  

Salam.

Kalau banyak sangat makan suap , maka butalah hati dan pekaklah telinga.

Pembunuhan orang Islam yang tidak ada dosa terhadap UMNO, telah dibunuh beramai-ramai di Memali .

SEHINGGA HARI INI POLIS masih lagi buta dan pekak dengan isu itu.

Polis tidak berminat untuk isu begini, mereka berminat untuk menangkap dan menghumban penyokong dan pemimpin PR ke dalam penjara.

TAKBIR!!!!!!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas