Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang ini faham atau tidak tujuan TGNA meminta diadakan muktamar khas tuh? Memang betul muktamar yang lalu sudah memberi mandat kepada presiden untuk menangani masalah Kerajaan Perpaduan (UG). Yang menjadi isu utama sekarang ini bukan kerajaan perpaduan.., Isunya sekarang ini ialah tindak tanduk puak-puak pro Kerajaan Perpaduan sejak kebelakangan ini yang menyebabkan sebahagian besar sokongan kepada Pas terutamanya dari kalangan masyarakat cina dan india sudah lari daripada Pas. Tindak tanduk Hassan Ali dalam isu SELCAT dan kepala lembu antara contoh dan penyebab kepada masalah ini.
Dalam hal ini kelihatan Pas melalui tindak tanduk Hassan Ali telah mengambil sikap anti-Cina dan anti orang bukan Islam. Hassan Ali telah secara sengaja telah memainkan isu perkauman bermula dari isu perlantikan Madam Low sebagai Pengerusi PKNS.
Selepas itu beliau mengamuk pasal isu arak dengan membuat kenyataan tanpa mengira sensitiviti kaum di Selangor dan menyuruh Ronnie Liu letak jawatan. Selepas itu dalam isu Kepala Lembu dan Kuil Seksyen 23 Hassan Ali dan kepimpinan tertinggi Pas hanya berdiam diri walaupun telah berlaku penghinaan kepada agama Hindu. Malahan dalam isu pembunuhan Teo Beng Hock juga telah melihatkan sikap Hasan Ali dan Presiden PAS masih lagi berdiam diri.
Kemuncak kepada masalah ini ialah apabila Hasan Ali menyokong pegawai-pegawai kerajaan dan menghentam SELCAT yang cuba untuk menyiasat salah guna kuasa dan korupsi melibatkan para pegawai kerajaan.
Siapa Hassan Ali ini sebenarnya? Hassan Ali adalah 'budak suruhan' kepada Presiden Pas, Timbalan Presiden Pas, Mustafa Ali dan dan geng-geng Pas Terengganu yang masih mengidamkan jawatan Menteri Besar dan lain-lain jawatan palsu kabinet yang dijanjikan Umno / BN dalam usaha terancang menghancurkan kebangkitan parti Pas dan Pakatan Rakyat.
Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Yusni Mat Piah tidak bersetuju untuk diadakan muktamar agung khas seperti dicadangkan oleh Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melalui blog beliau baru-baru ini.
Menurut Yusni lagi keputusan dalam muktamar yang baru berlalu masih lagi boleh diterima pakai dan tidak perlu untuk dibuat semakan semula.
"Muktamar yang lalu juga telah memberi kepercayaan penuh kepada presiden parti untuk menangani isu kerajaan perpaduan yang dilaung-laungkan sebelum ini."
"Namun perkara itu telah pun ditolak dan tiada akan wujudnya kerajaan sedemikian yang akan bersekongkol dengan Umno," katanya lagi.
"Oleh kerana itu maka apa yang telah diputuskan dalam muktamar yang lalu haruslah dihormati sebagai satu keputusan yang telah dipersetujui bersama. Maka itu isu untuk mewujudkan kerajaan perpaduan ini tidak wujud sama sekali."
25 October 2009
Lembabnya Otak Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
hassan ali
,
pas terengganu
,
ug
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment