Datin Seri Rosmah Mansor menyifatkan peruntukan RM100 juta untuk program Permata dalam Bajet 2010 merupakan satu pengiktirafan terhadap kepentingan pendidikan dan penjagaan kanak-kanak di peringkat awal di Malaysia.
Isteri perdana menteri berkata ini akan membolehkan projek-projek yang sudah dirancang di bawah inisiatif Permata dapat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai rakan kongsi termasuk kementerian dan institusi pengajian tinggi.
"Saya gembira dengan perkembangan ini kerana ini bermakna lebih ramai kanakkanak, termasuk di kawasan luar bandar, akan dapat belajar di taman didikan kanakkanak yang baik menggunakan sukatan pelajaran terkini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri dan Deepavali dengan rakyat Malaysia yang tinggal di Emeriyah Arab Bersatu (UAE) di sini pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM100 juta itu semasa membentangkan Bajet 2010 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Program Permata termasuk usaha untuk menubuhkan pusat-pusat Permata Negara bagi kanak-kanak di bawah umur lima tahun.
Program itu setakat ini telah diperkenalkan di 457 pusat jagaan kanak-kanak dan berjaya mendidik 17,565 kanak-kanak.
Pelajar yang memiliki kepintaran luar biasa dijangka mencapai kecemerlangan menerusi program Permata Pintar yang akan dilaksanakan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama University of Johns Hopkins, Amerika Syarikat.
Mengulas lanjut, Rosmah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Dasar Permata Negara, berkata Malaysia memerlukan program khusus untuk membimbing kanak-kanak yang mempunyai kepintaran luar biasa supaya ibu bapa mereka tidak perlu menghantar mereka ke negara lain untuk pendidikan.-mstar
25 October 2009
Rosmah Gembira Dapat Peruntukan RM100 Juta
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
rosmah
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment