BlogList Malaysia

03 October 2009

Kalau Tak Merepek Bukan Hishamuddin Namanya..

Dia ni nama saja menteri. Tapi pemikiran dia tidak bertaraf menteri sikit pun. Di kementerian sebelum ini pun dia merepek. Merepek dengan keputusan-keputusan peperiksaan sehingga ramai para pelajar menjadi mangsa. Dengan PPSMI juga dia merepek.

(Kurangkan kehadiran penyokong dari luar, kalau tidak.......)

Pergi ke kementerian polis nampaknya lagi menjadi merepek dia. Tadi dalam berita TV dia kata jumlah penyokong parti perlu dikurangkan sewaktu penamaan calon. Mengganggu katanya. Cakap dia tu macam tuju kepada pembangkang kepada UMNO. Maksudnya penyokong pembangkang perlu dihadkan kehadiran mereka!

Itulah taraf pemikiran seorang menteri yang esoknya Perdana Menterinya akan ke Paris, menghadiri dan berucap di UNESCO. Menteri ini masih dalam kejumudan pemikiran. Nak kurangkan kepada berapa orang. 100 orang? Kalau kurang 100 orang, awak tuduh juga, pembangkang dah tak kuat, dah tak ada penyokong...teruknya pembangkang, heboh satu dunia !

Takut kena belasah, maka perlu kurangkan 100 orang?

Kalau kurangkan pun, kalau penyokong PAS nak belasah, apa ingat tak boleh ke? Hantar Mat Sabu seorang je, bagi dia pembesar suara, tak payah penyokong ramai-ramai, habis UMNO/BN dia belasah.

Soalnya, betulkah belasah-belasah ini!? Selalunya dari pengalaman-pengalaman yang lalu, UMNO dan kempen-kempen UMNO ni kuat menipu! Tengok dulu kes Abe Jak dituduhnya selak kain Puteri UMNO. Hari ini dituduh pulak Putera UMNO kena belasah. Orang tak buat, kata orang buat. Dia yang buat pun, kata orang buat! Ni lah UMNO ! Hishamuddin kan UMNO !

Hishamuddin kata yang ramai datang semasa perhimpunan penamaan calon ialah penyokong-penyokong dari luar. Laa... awak tu dari Bagan Pinang ke ? Kerana menteri ? Okay, Azeez yang bukan menteri tu duduk kat Bagan Pinang ke ?

Inilah yang dikatakan merepek. Gagal kumpulkan penyokong UMNO untuk menandingi penyokong PAS yang datang dengan duit sendiri terus bagi cadangan hadkan jumlah penyokong. Merepek sungguh ngko !!

Berhentilah berfikiran tidak standard ini. Berfikiran tinggilah sedikit. Awakkan menteri ! SPR jangan nak ikut pemikiran merepek ini, tau !

accudo

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas