BlogList Malaysia

08 October 2009

Jangan Jadikan Bagan Pinang Sebagai Lubuk Merbau Ke-2

LUBUK MERBAU DI BAGAN PINANG JIKA POLIS TIDUR MATI!

Serangan samseng yang memakai baju BN bukan perkara baru dalam politik umNO. Sememangnya petanda umNo bimbang ialah menggunakan samseng upahan. Sebahagian besaarnya kaki tarik kereta Pakeda. Biasanya mereka ini orang luar supaya tidak dikenali. Sameng ini menggunakan nama Pakeda bagi menghalalkan tindakan mereka walaupun hanya Pakeda jadian.

Bagi yang mengenali sejarah umNo dan PAS tentu masih ingat peristiwa Berdarah Felda Lubuk Merbau Kedah sekitar tahun 80an. Ia adalah siri keganasan pemuda tahan lasak umNO sekitar 80 sebelumpolis mengambil alih siri keganasan tersebut melalui peristiwa Memali Baling Kedah. Bagi saya yang berumur belum mencecah 10 tahun ketika itu masih ingat bagaimana pembunuhan Almarhum Ustaz Osman Talib. Beliau dipukul bersama beberapa pemuda PAS kerana mempertahankan bendera PAS. Peristiwa berlaku ketika kempen pilihanraya kecil Padang Terap Kedah.

Kejadian serangan di Markaz besar PAS Bagan Pinang itu melambangkan keganasan kempen dan petanda umNO bimbang dengan perkembangan yang berlaku. Ia juga melabmangkan kegagalan polis yang menghabiskan duit rakyat untuk berkampung di setiap pilihanraya kecil. Ternyata kehadiran ramai polis gagal menangani keganasan jika keganasan itu dicetuskan umNO.

Peristiwa berlaku juga mungkin sebagai " balas dendam" mat rempit umNO kerana bos mereka yang " ditumbuk tangan ghaib" hingga terlantar di hospital. Jadi mudah untuk mencari siapa angkara semua ini. Azeez mat rempit adalah pencetus kekacauannya.

Satu perkara yang mesti diingat oleh mat rempit yang biasanya berani bila beramai ramai dan selalunya dibawah pengaruh "khayal" .... pemuda PAS datang tanpa upah. Yang mereka cari ialah Redho Allah. kemuncak dan titik akhir perjalanan serta destinasi pemuda PAS ialah kematian di jalan Allah. Kami di ajar agar tidak mencarimusuh sebagaimana pesanan Baginda nnabi SAW.... " jangan bercita cita mencari musuh, jika bertemu musuh jangan berganjak"...jadi jangan cari pasal.... markas PAS adalah kubu kami.... kubu boleh bertukar menjadi kubur bila bila masa.... Islam melarang menyerang..tetapi mempertahankan hak adalah kewajipan.

Peristiwa lubuk Merbau cukup menjadi ingatan bahawa pemuda PAS tak pernah berganjak. Seruan Ketua Pemuda PAS agar pemuda seluruh negara turun mempertahankan kubu PAS adalah isyarat awal kepada pemuda umNO dan Polis! -

anak sengat

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas