Berikutan insiden keganasan terhadap beberapa petugas PAS dan Unit Amal, PAS menggesa semua jentera dan petugasnya untuk meningkatkan tahap kesiap sigaan dan keselamatan yang tinggi demi mengelakkan kejadian tidak diingini itu berulang.
Pengarah Pilihanraya PAS Pusat Dato' Ustaz Abdul Halim ketika ditemui Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang memberitahu, bahawa persediaan menjaga keselamatan diri ini merupakan perkara yang dituntut oleh agama.
"Dalam al-Quran jelas menyatakan kewajaran manusia menjaga keselamatan diri masing-masing di mana mereka berada daripada ancaman pihak musuh.
"Justeru menjadi kewajipan bagi umat Islam khususnya kepada para petugas PAS dan penyokong untuk mempertahankan diri sekiranya berlaku tindakan-tindakan provokasi dan menyerang oleh pihak musuh.
"Kita tidak akan memulakan tindakan melangkaui agama tetapi jika ada ancaman dan serangan, kita mesti pertahankan diri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pengakalan Chepa
Beliau kesal dengan sikap ganas yang ditunjukkan oleh parti lawan yang dilihat begitu tertekan untuk memenangi kerusi DUN Bagan Pinang ini.
Sambil menasihati para petugas untuk turun bekerja buruk berlaku seperti kejadian semalam.
Petang dan malam semalam, lebih enam orang petugas dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk di Bagan Pinang.
Selain kecederaan, beberapa kenderaan juga turut mengalami kerosakan akibat tindakan ganas itu.
Mengutuk dan menyelar sikap biadap dan kurang ajar itu, Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat Ustaz Firdaus Jaafar begitu kesal dengan pihak berkuasa seperti polis dan SPR yang tidak mengambil tindakan cepat untuk memastikan kejadian ganas itu daripada berlaku.
Ini dilihat seolah-olah ada usaha terancang diantara pihak lawan dan polis untuk melumpuhkan dan merosakkan jentera Pakatan Rakyat melalui tindakan provokasi.
Beliau menyebut beberapa contoh aduan yang dilayan sambil lewa oleh polis seolah-olah 'membiarkan ' sahaja kejadian itu berlaku terlebih dahulu.
Firdaus turut membidas kenyataan Exco Pemuda Umno Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid yang bersifat mencabar dan cuba mencetuskan suasana tegang sewaktu kempen di Bagan Pinang.
Megat dilaporkan mengarahkan sejumlah 4,000 pemuda Umno Malaysia untuk turun ke Bagan Pinang dan 'menggantikan' tugas polis untuk menjaga keselamatan jika pihak berkuasa itu gagal mengawal keadaan.
"Dia sudah menghina polis dan dia kata akan turun pasukan pemuda ala komando. Ini satu kenyataan dan tindakan provokasi dan ada usaha merancang untuk mencetuskan huru hara di sini.
"Saya minta polis sdiasat segera kenyataan beliau dan juga insiden yang membabitkan petugas PAS yang dipukul dan dibelasah," katanya ketika ditemui di lokasi yang sama.
Beliau tidak mahu Pemuda PAS mencetuskan provokasi sebaliknya akan bekerja keras untuk melakukan yang terbaik untuk Pakatan Rakyat dengan mengikut lunas-undang-undang yang ada.
"Ada maklumat yang kita dapat kata polis suruh tangguh dulu, ada yang makan dulu dan lambat sampai ke tempat kejadian.
"Kenapa polis lembap...kenapa mahu tunggu bila sudah parah dan cedera baru mahu bertindak," katanya yang juga Ahli Parlimen Jerai.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi tadi, sekumpulan 100 lelaki bermotosikal memakai baju BN telah menyerbu dan menceroboh markas induk DPP dan menumbuk petugas yang berada di situ.
Sewaktu kejadian lebih kurang 40 orang petugas berada di markas tersebut.
Selain ditumbuk, kesemua mangsa juga dihalau keluar meninggalkan markas itu.
Turut difahamkan ramai lagi petugas PAS di pukul malah ada juga yang dikejar dengan parang hingga ke rumah.
Firdaus juga mahu polis beri jaminan segera keselamatan petugas Pakatan Rakyat di sini dan supaya semua petugas dapat berkempen dengan selesa.
"Walaupun jentara pemuda cedera parah, semangat pemuda tidak pernah luntur sama sekali dan akan terus bekerja untuk menang di Bagan Pinang ini," katanya yang mahu jentera pemuda PAS untuk bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan._hrkh
08 October 2009
Bagan Pinang - Wajib Pertahan Diri, Pemuda PAS Diminta Siap Siaga
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 Komen :
JOM SEMUA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT KITA KE BAGAN PINANG !!!
Post a Comment