BlogList Malaysia

09 September 2009

Umno Minta Talian Hayat Lagi Dari Pas

Rundingan di dendang Lagi - Ketua Pemuda PAS

1. Saya tidak hairan apabila Datuk Seri Najib Abd Razak sekali lagi mendendangkan lagu klasiknya yang berjudul "rundingan" . Entah kenapa Najib atau UMNO dan BN minat sungguh dengan rundingan mutaakhir ini .

2. Masa orang nak berunding dengan mereka dulu , mereka kelihatan acuh tak acuh dan enggan berbuat demikian .. Apabila orang melihat tiada kesungguhan dan keikhlasan bagi UMNO dan BN , barulah mereka bercakap soal rundingan .

3. Saya melihat beberapa perkara berkait isu rundingan yang lapuk ini . Biarpun lapuk ia kelihatan sangat relevan buat siapa sahaja untuk mencari kebenaran , kebaikan dan kesejahteraan .

4. Pertama : Berunding atau berbincang adalah suatu yang sangat dituntut oleh Islam asal sahaja ia bertujuan untuk meninggikan kalimah Allah swt atau dalam keadaan yang lain ialah untuk menegakkan yang ma'aruf dan mencegah kemungkaran . Sebagaimana perbincangan juga adalah sangat digalakkan bagi mencari damai dan sejahtera dalam hidup kita bermasyarakat . Cari kata sepakat dan menghindarkan khilaf yang membawa retak dan belah kepada ummat ini .

و إن طائفتان من المؤمنين اقتتلون فأصلحوا بينهما فإن بغت احداهما على الأخرى فقاتلوا التي تبغى حتى تفئ إلى أمر الله

Jika dua golongan dari kalangan orang yang beriman saling berperang antara satu sama lain maka damaikanlah antara keduanya maka jika salah satu dari dua golongan itu enggan untuk berdamai dengan satu golongan yang lain , maka perangilah mereka hingga mereka kembali berlindung atau tunduk kepada keputusan Allah swt .

al Hujurat

5. Kedua : Namun perundingan atau perbincangan untuk mengukuhkan kemungkaran dan kemaksiatan yang dilakukan oleh UMNO dan BN atau menyembunyikan kebenaran dan menegakkan kebathilan adalah perundingan atau perbincangan yang wajib ditolak .

6. Ketiga : Saya perhatikan lagu rundingan ini kembali berkumandang apabila menghampiri pilihanraya dan kali ini pilihanraya kecil di Bagan Pinang Negeri Sembilan . Seperti ianya menjadi umpan untuk memancing undi dengan menunjuk sikap suka buat baik dan gemar kepada perdamaian . Lepas pilihanraya kelak , lagu rundingan ini akan terus lenyap terutama jika mereka mencapai kemenangan .

7. Keempat : Rundingan akan dimelodikan apabila terdesak . Memerlukan sokongan pelbagai kaum agar turun mengundi mereka dalam pilihanraya kelak , setelah mereka dipalit politik perkauman yang sangat jijik . Rundingan ini bukan sahaja tidak ikhlas tetapi jelas tidak akan berjaya lantaran rakyat kini rata - ratanya sudah bijak menilai umpan politik .

8. Kelima : PAS sebagai sebuah Gerakan Islam senantiasa bersikap terbuka . Siapa jua yang mahu berunding , berbincang , berdialog dan berhujjah dengannya , sangat dialu - alukan asal sahaja ia membawa pulangan yang lumayan dan bermanafaat buat Islam dan ummatnya termasuklah negara dan rakyat .

9. Datuk Najib mengajak PAS untuk berunding atau berbincang kononnya untuk memastikan masa depan ummat Islam terus utuh dan hebat . Lihat kepada tujuannya , aduss sungguh manis kata - kata itu , tetapi malangnya ia dilafazkan oleh seorang yang sukar dipercayai kenyataannya . Kata orang tua , orang seperti ini samalah seperti menanam tebu dibibir mulut . Orang sudah hilang kepercayaan kepadanya .

10. Namun begitu , masa belumlah terlambat bagi menunjukkan UMNO dan BN benar - benar ikhlas dan jujur dengan rundingan atau perbincangan ini malah kembali meraih sokongan atau kepercayaan masyarakat . Mudah sahaja sebenarnya , terpulang kepada UMNO dan BN , nak ke tak nak ? ... ialah ... , kalau dah mahu berunding dan berbincang , janganlah lagi sakiti PAS , dera PAS , tohmah PAS macam - macam dan banyak lagi lah . Seperti saya sebut dulu UMNO dan BN mestilah membuang segala unsur yang mencetus sengketa dan perbalahan antara PAS dan UMNO barulah wujud suasana kondusif untuk perbincangan . Jika tidak UMNO dan BN jangan harap lah !

a. Kembalikan kerajaan Negeri Perak , baru kemas kita nak berunding !
b. Kembalikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu dan Kelantan .
c. Hapuskan undi pos. Biar rakyat mengundi secara saksama untuk menentu pemimpin .
d. Hentikan tekanan dan deraan ke atas negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat .
e. Isytiharkan pilihanraya kecil di DUN Seputeh Kedah mengikut perlembagaan negeri .
f. Pulihkan institusi seperti SPRM , PDRM dan lainnya agar tidak dilihat menjadi alat UMNO
g. Banyakkan kawasan pilihanraya bagi kawasan majoriti muslim melalui persempadanan semula yang adil dan saksama .

Mudahkan ? guano Najib ? lepas tu , barulah kita berunding . Bolehlah nak berunding gapo pun?

HAJI NASRUDIN HASSAN TANTAWI
KETUA DPPP

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas