BlogList Malaysia

15 September 2009

SPR + SPRM + PDRM =


Memang sah,SPR tu maksudnya Seteru Pakatan Rakyat.Aku dah cakap depa mesti buat pilihanraya kecil Bagan Pinang pada hari cuti punyalah.Lihat posting pada 7 September di sini: SPR akan buat PRK Bagan Pinang Pada Hari Cuti

Bila kena dun yang kosong itu milik BN depa kasi adjust mengundi pada hari cuti. Contoh terbaru dun Bagan Pinang ni depa akan buat pilihanraya pada 11 Oktober 2009 hari Ahad,manakala contoh lalu ialah PRK Kuala Terengganu dun asal milik BN dibuat pada 17 Januari 2009 iaitu hari Sabtu.

Kena dun yang kosong milik PR depa buat mengundi hari bekerja.Memang poyo la beb SPR ni. Entah apa pula alasan depa buat pilihanraya pada hari cuti setelah beberapa pilihanraya lalu dibuat pada hari bekerja? Persoalan itu sengaja aku ajukan walaupun dalam kepala otak kita memang sudah ada jawapannya.Ia tak lain tak bukan demi menyelamatkan BN.

Nampaknya SPR telah menggunakan dua mazhab yang berbeza dalam menghisab hari mengundi bagi parti politik di Malaysia. Seperti juga kaedah untuk menetapkan hari raya iaitu melalui kaedah hisab atau rukyah.Kali ini time BN depa guna hisab,bila tiba time PR depa guna rukyah pula.Semakin hari semakin terserlah kepoyoran SPR.

biaqpila

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas