BlogList Malaysia

15 September 2009

Allah SWT Sengaja Panjangkan Umur Tun Mahathir

Allah SWT telah pun mengkabulkan segala doa dan hajat kita selama ini. Setelah sekian lama kita berdoa dan melakukan sembahyang sunat hajat, malahan kita telah diajar oleh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz agar sentiasa berdoa supaya musuh-musuh Islam akan jahanam dan berpecah sesama meraka.

Kini, ternyata doa kita telah dimakbulkan. Musuh utama terhadap perjuangan Islam di negara kita iaitu UMNO telah mula berpecah dan bersengketa. Siapa pernah menyangka Tun Mahathir yang telah mengangkat Pak Lah sebagai PM selepasnya, kini mengecam Pak Lah dengan seribu jenis kecaman. Siapa pula terfikir bahawa dahulu kalau Dato' Nazri tak pernah jemu mencium tangan Tun Mahathir, kini menyalak setiap hari mengecam mantan PM yang pernah digelar `Mujaddid' itu.

Begitu jugalah kebanyakan tukang-tukang kipas dalam UMNO sekarang yang tidak lagi terfikir bahawa mereka telah beberapa tahun `disuap makan' oleh Tun Mahathir. Kini, tangan yang menyuap mereka bukan lagi Tun, tetapi Pak Lah. Mereka tidak pernah ada akal untuk berfikir apakah yang disuap itu makanan atau `najis' asalkan perut mereka kenyang.

Bersyukurlah, Tun Mahathir masih hidup. Kita semua dapat melihat bagaimana ahli-ahli UMNO sendiri mulai pening dengan pemimpin UMNO. Mereka mulai melihat betapa jijik dan jeleknya tingkah laku pemimpin-pemimpin mereka, betapa tidak bermaruahnya pengampu-pengampu dalam UMNO. Mungkin ahli UMNO menganggap Dato' Nazri adalah hero yang berani mengecam Tun Mahathir. Tetapi, sejarah telah membuktikan keberanian Dato' Nazri hanyalah di hadapan media yang dikawal oleh mereka.

Beranikah Dato' Nazri mencabar Tun Mahathir untuk berdebat secara terbuka? Siapakah Dato' Nazri jika dibandingkan dengan Tun Mahathir? Kalau hendak tahu siapa beliau, tanyalah pengusaha-pengusaha teksi. Mereka lebih arif tentang Dato' Nazri. Dan, beranikah Tun Mahathir berdebat dengan `budak hingusan' seperti Dato' Nazri? Tidak mungkin ianya berlaku, kerana masing-masing ada `rahsia' tersendiri.

Apa pun yang terjadi di dalam UMNO, kita hendaklah sentiasa kuatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan. Allah telah membuka ruang untuk kita terus berjuang. Bersyukurlah kita ke hadratnya kerana telah menunjukkan kepada kita dengan nyata apa itu UMNO yang `bermazhab' Islam Hadhari itu.

Kepada Tun Mahathir, kita berdoa agar beliau terus sihat agar dapat menerima pertunjuk, taufik dan hidayah serta memohon keampunan ke hadrat Allah SWT di atas segala kesilapan beliau yang lalu.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas