BlogList Malaysia

15 September 2009

Gerakan Mansuhkan ISA Akhirnya Berhasil

SUAMI AKTIVIS ANTI-ISA DIBEBASKAN


Suami aktivis Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Norlaila Othman akan dibebaskan dari kem perlindungan Kamunting, Taiping petang ini.Dalam pengumumannya di Putrajaya hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kelima-limanya dibebaskan selepas kementerian mendapati mereka telah insaf.


Mat Sah Mohamad Satray bersama empat lagi tahanan Akta Keselematan Dalam Negeri (ISA) dituduh terlibat dengan gerakan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Mat Sah (foto), yang pernah bekerja dengan Dewan Bahasa dan Pustaka, ditahan pada April 2002 atas tuduhan terlibat dengan gerakan Islam itu.

Pembebasan itu dibuat bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri hujung minggu ini. Turut dibebaskan, Dr Abdullah Daud, seorang pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai yang ditahan 3 Jan 2002. Tiga lagi yang turut dibebaskan: Mohd Nasir Ismail, Mohd Kamil Mohd Hanafiah dan Mohd Amir Hanafiah. Ketiga-tiganya, yang dituduh terlibat dalam jaringan JI, ditahan bawah akta itu pada 30 Mei 2007. Hishammuddin menafikan pembebasan mengejut ini ada kaitan dengan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang yang akan diadakan pada awal bulan depan. (malaysiakini)

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas