Cara yang paling mudah untuk mendapat perhatian dalam suasana pilihanraya yang melibatkan PAS dan UMNO ialah hentam Nik Aziz. Untuk prk Bagan Pinang, siri ini telah bermula:
Nik Aziz umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus — Ustaz Mohd Afandi Yusof
Menjelang PRK DUN Bagan Pinang, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengeluarkan saranan kepada jentera parti supaya tidak bertindak kasar, serta tidak menggunakan kata-kata kesat semasa berkempen atau berceramah.
Dan inilah yang berlaku setiap kali tiba pilihanraya, namun apa yang berlaku sebaliknya. Contohnya di DUN Manek Urai, nasihat seumpama itu dikeluarkan Nik Aziz, tetapi akhirnya beliau sendiri mengeluarkan tuduhan dan kecaman bahawa penyokong Umno tidak masuk syurga, Umno komunis, penyokong Umno ajaran sesat Ayah Pin, secular dan sebagainya.
Perbuatan Nik Aziz ini ibarat “ketam yang mahu mengajar anaknya berjalan lurus”. Sebagai seorang yang menggelarkan dirinya ulamak atau Tok Guru tidak sepatutnya bersikap demikian.
Kalaulah Nik Aziz mengatakan perjuangan PAS adalah mengikut sunnah Rasulullah, adakah pernah Rasulullah menggunakan kaedah serangan peribadi sesame Muslim? Bahkan Rasulullah dengan terang menyebut dalam sabdanya: “Sesiapa yang menutup keaiban saudara seIslamnya didunia, maka Allah akan tutup keaibannya diakhirat nanti.”
Sesungguhnya apa yang dilakukan oleh PAS, menggambarkan kepada masyarakat bukan Islam bahawa Islam mengajar umatnya bergaduh sesame sendiri, betapa buruk gambaran yang diberi khususnya dalam soal perebutan kuasa, menyebabkan orang-orang yang berminat atau bercita untuk memeluk agama Islam, tertanya-tanya, inikah ajaran yang dibawa oleh Islam? Yang lebih menghairankan golongan ini ialah, orang Islam Umno yang seagama diserang habis-habisan, manakala orang kafir DAP dipuji dan dipertahankan secukupnya.
Hal ini bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al Fath ayat 29 : “Muhammad Rasulullah, dan orang-orang yang bersamanya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesame mereka (Islam).”
Amat jelas dan terang benderang hokum Allah didalam al Quran, sepatutnya menurut ayat ini, PAS lebih utama bersama dengan umat Islam Umno daripada bersekongkol dengan orang kafir yang menentang agama Allah dan Rasulullahnya seperti DAP, lebih-lebih lagi membela dan mempertahankan setiap kebatilan yang dilakukan oleh DAP, seperti isu mempertikaikan azan, skandal seks Exco, menghina agama Islam, menghina sultan, menghalang jualan arak kepada orang Islam dan sebagainya.
Dalam sejarah Islam, tiada sebarang nas yang membenarkan umat Islam menyerang sesame Islam, namun berbagai perbuatan jahiliyah seperti kutuk mengutuk, fitnah memfitnah, hina menghina dilakukan oleh pemimpin PAS dengan kebenaran daripada Nik Aziz, siapa yang akan menanggung dosa perbuatan jahiliyah PAS ini, kalau bukan Nik Aziz yang memimpin jemaah PAS?
Jika benar PAS menjadikan Islam sebagai model perjuangan, maka ambillah Islam itu keseluruhannya, jangan ambil separuh dan tinggalkan separuh, mana-mana hukum yang dirasakan perlu, maka Islam digunapakai, yang tidak perlu disimpan didalam laci. Perkara ini telah ditanya oleh Allah SWT kepada kaum Yahudi dalam surah al Baqarah : “Adakah kamu beriman sebahagian daripada kitab, dan meningggal / mengkufurkan sebahagian yang lain lagi?” — pemudaumno.org
1 Komen :
Ustaz Afandi ni siapa.. tak kenal pun... Barua Umno lah tu...
Post a Comment