ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah displinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.
Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.
“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.
“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.
“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.
Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.
Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mencalonkan beliau sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.
Lelaki Russia ceroboh kem tentera didenda RM1,000
16 minutes ago
2 Komen :
Salam.PAS for ALL
Membangun Bersama ISLAM.
PKR,PAS dan DAP diharapkan dapat terus memperkukuhkan persefahaman untuk menghadapi apa jua rintangan dan tentangan yang datang dari dalam dan dari musuh politik PR.
UMNOBN tidak akan senang dan tidak akan berdiam diri selagi kerajaan yang diperintah oleh PR tidak jatuh ke tangan rakus mereka.
Sebagaimana YAHUDI tidak akan redha selagi orang-orang Islam masih memegang Al-Quran di tangan mereka.
Begitulah UMNOBN dan pemimpin-pemimpin bacul mereka.
Mereka akan perkudakan setiap badan,individu yang merelakan mereka diperkudakan untuk menjatuhkan PR.
Hasad dan dengki mereka semakin menjadi-jadi setelah Selangor,Kedah,Pulau Pinang dan Perak jatuh ke tangan PR(Maaf kerajaan UMNOBN Perak sama dengan Israel di Palestin -Kerajaan HARAM)
Perangai UMNOBN kini tak ubah seperti "BERAJA DIMATA BERSULTAN DI HATI"
Radhi Salleh adalah salah seorang yang masih membawa sifat UMNOBN di dalam kerajaan PR.
Mungkin masih ada lagi selepas 3 ADUN di Perak.....
Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya.
PR mempunyai ramai lagi pemimpin yang lebih berwibawa, tidak perlu digusar kepada H1N1 yang meresap di dalam kerajaan PR.
Insyaallah,penyakit selesema babi yang ada di dalam PR akan terkeluar dengan sendirinya.
PAS,DAP dan PKR mesti terus mempertahankan perjuangan ini.
Biarkan UMNOBN dengan nafsu serakah mereka, rakyat Malaysia insyaallah telah sedar bahawa mereka tidak akan dipatuk oleh ular di dalam lubang yang sama...
Takkan lah 51 tahun merdeka ,negara ini kaya raya tetapi rakyat masih hidup dalam kesusahan.
Takkan lah 51 tahun merdeka, isu perkauman masih menghambat rakyat jelata.
Takkan lah 51 tahun merdeka, rasuah makin menjadi-menjadi.
Takkan lah 51 tahun merdeka, pemimpin UMNOBN masih bercakap bohong lagi.
Takkan lah 51 tahun merdeka buat stadium masih tak pandai (runtuh)
Takkan lah 51 tahun merdeka buat jejantas masih retak lagi.
Takkan lah 51 tahun merdeka buat makmal komputer , runtuh lagi.
Takkan lah 51 tahun merdeka,pemimpin-pemimpin UMNOBN boleh kumpul harta berjuta-juta tetapi rakayat Malaysia yang masih tidak mendapat bekalan air,elektrik.
Takkan lah 51 tahun merdeka nak jaga gula dalam pasaran pun masih tak pandai.
Mundur sungguh negara Malaysia!!!!
bukan ke malaysia tiru israel?
one malaysia = one israel?
http://en.wikipedia.org/wiki/One_Israel
http://www.aijac.org.au/review/1999/244/oneisrael.html
Post a Comment