BlogList Malaysia

23 August 2009

Radzi Keluar PKR Bawa 200 Orang Pengikut Sahaja?

Bijak sangatkah adun Lunas ini.. Kenapa tidak bawa hampir 10,000 pengundi yang mengundinya dalam PRU yang lalu keluar sekali? Kenapa tak ajak 4 adun PKR yang lain lagi? Hentikanlah lakonan kamu itu Radzi.. Adun PKR yang lain bukan bodoh. Rakyat Kedah bukannya bodoh. Rakyat Kedah sudah semakin bijak. Umum sudah mengetahui bahawa kamu adalah seorang wakil rakyat yang bermasalah.. Membuat tuntutan perjalanan yang tidak munasabah.. Mempunyai masalah kewangan untuk menyara ramai isteri.. Langkah sumbang kamu rakyat Kedah telah dapat menghidunya sejak awal lagi.. Tak ada sesiapapun yang akan terperangkap dengan tindakan penyelesaian masalah kamu itu. Di dunia ini kamu boleh lepas, tetapi akhirat belum tentu lagi. Kamu belum tentu boleh tidur lena walaupun kes tuntutan melampau kamu itu akan disenyapkan SPRM.. Rakyat Kedah akan terus memandang kamu bagai anjing kurap selepas ini kerana pengkhianatan kamu itu.

Catatan langkah sumbang pengkhinatan Radzi Salleh

Kereta tu masuk Kelab Cinta Sayang. Malam tu MK dan Radzi Salleh ada di sana. Jam 10.30, keta tu ditemui di depan you thurn restoren, dekat Giant. Depa pi cari mamat selambau yang nampaknya tak mau ikut depa. Disyaki depa ajak mamat tu pi jumpa MK di Cinta Sayang.

Depa jalan dulu, mamat selambau naik kancil dia. Rupanya mamat selambau yang cerdik ikut depa pi rumah Wei Tsu saja. Lepas depa masuk, pintu pun dikunci....apa berlaku pun tak dak sapa tau.

Di Cinta sayang, Radzi didengar dok calling2 mamat kulim dan Wei tsu suruh bawa mamat selambau tu mai situ..lama dah MK tunggu. Jangan tak jadi pulak malam ni. Oleh kerana mamat selambau tak mai, MK dilihat keluar dari Cinta sayang jam 1.30 pagi.


Ketua ‘katak’ ni Melayu, dan pernah mengetuai first wave bulan Mei hingga November 2008 yang lalu. Dia ni disyakki terlibat dalam membuat claim terlajak beberapa bulan sudah dan didapati ada kes oleh SPRM. Kalau lompat clear balik laaaa…

Depa ni kalau nak lompat kena pi lima sekali, 4 tak cukup korum, 3 lagi la tak cukup! BN ada 14, kalau pi lima jadi 19, terbalik la kerajaan lani, naik kerajaan katak pulak di Kedah macam Perak.


Semalam orang Iboi, Baling telefon bagitau sebuah kereta Exco nombor plat KBN 333 ada di rumah Adun Bayu, YB Azmi Che Husin, depa panggil Pak Lang Mi। Apa yang ada di Iboi rumah Pak Lang Mi? Pak Lang Mi ialah bekas Pegawai Khas kepada bekas MB Kedah, MK.

Kalau tak percaya depa suruh aku pi tengok, Kalau boleh masuk sergah dalam rumah, apa nak jadi। Dari Sungai Petani ke Baling la ni setengah jam saja. Aku kata biaq pi laa, depa nak buat pelancongan di Lata Celak ka, Air Panas Ulu Legong ka, trek 4X4 baru ka॥Pak Lang Mi pun minat 4X4 juga la ni.

Sehari sebelum itu, di sebuah rumah di belakang kompleks membeli belah di Sungai Petani, rumah tukang urut, ada 2 buah kereta milik Exco juga। Pujuk memujuk dikatakan berlaku di rumah itu. Lama juga ia berlangsung sehingga kawan aku penat menunggu, Sampai masuk waktu maghrib, dia pun belah la, depa tu tak payah sembahyang Maghrib.

Di waktu tangah hari, beberapa jam sebelum itu, dua orang Adun berjawatan Exco memujuk seorang Adun biasa menyertai mereka। Bila dia menolak, dia dituduh sebagai anjing PAS. Sebelum itu ada orang menyuruh dia tukar nama kepada ‘Ahmad Bin Abdullah’. Kesian dia kerana mempertahankan prinsip, dia dituduh macam-macam. Inilah perjuangan untuk rakyat yang memilihnya.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas