KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.
Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.
Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.
Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT’ pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel ‘SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN’ yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel ‘HUSAM ITU PEMBOHONG’ pada hari Ahad 3 Julai 2011.
Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.
Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suaimanfaat.
19 September 2011
Husam Saman Kickdefella RM5 Juta
03 June 2011
Husam sedia SPRM semak akaun
KUALA LUMPUR, 3 Jun: Datuk Husam Musa (gambar) bersedia pada bila-bila masa sekiranya pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin menyiasat atau menyemak akaunnya.
Beliau yang ditemui selepas selesai menjalani tanggungjawab sebagai pengundi untuk pemilihan Muktamar Tahunan PAS kali ke 57 petang tadi bagaimana pun menjadikan isu tersebut sebagai sendaan sewaktu ditanya oleh pihak media.
Menurut Husam tidak logik untuk beliau memberikan 350 ribu ringgit terhadap seorang blogger, Kickdefella atau dikenali dengan Syed Azidi Syed Abdul Aziz sebagai membantunya untuk menang dalam pemilihan muktamar kali ini.
Beliau juga menyifatkan blogger milik Umno dan akhbar Utusan ini semakin lantang dan berani melemparkan fitnah secara terbuka kepadanya dan mungkin juga pada ahli PAS yang lain.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS Pusat Datuk Mustafa Ali telah menyiasat sendiri pekara ini dan mendapati dakwaan tersebut adalah tidak benar.
"Saya juga berasa hairan terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu," jelas beliau dalam kedaan bersahaja.
Ditanya mengenai tindakan beliau mengenai pekara tersebut, beliau hanya menyifatkan Syed Azidi Syed Abdul Aziz adalah orang yang tidak tahu undang-undang yang boleh dikenakan kepadanya.
Beliau tidak akan membuat apa-apa tindakan buat masa ini yang mungkin sibuk dengan muktamar dan urusan kerajaan negeri selepas pulang dari India.
Serah pada perwakilan
Sementara itu, ditanya mengenai pemilihan muktamar pada kali ini bagi jawatan Naib Presiden PAS beliau hanya tersenyum dan menyerah kepada perwakilan untuk menentukan pemilihan.
"Saya lihat perwakilan yang hadir bijak menentukan pemilihan pada kali ini, justeru itu saya hanya mampu menunggu keputusan pada keesokan harinya.
"Dari dulu lagi, pekara semacam ini yang kita lihat dalam muktamar PAS sebelum ini yang langsung tidak menyerupai Umno yang berebut kuasa dan nama," kata beliau lagi.
PAS yakin dakwaan terhadap Husam tidak benar
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, sebelum ini beliau pernah menyiasat dakwaan terhadap Datuk Husam Musa dari pihak yang sama dan mendapatinya tidak benar.
"Saya yang siasat sebelum ini dan didapati dakwaan itu tidak benar...saya yakin kali ini juga tidak benar," kata Mustafa dalam sidang media bersama Presiden PAS hari ini.
Mustafa mencelah soalan wartawan kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi yang bertanya mengenai dakwaan seorang blogger, Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang didakwa menerima RM300,000 dari Husam.
Semalam Husam menafikan laporan itu manakala Syed Azidi juga menafikan menerima wang itu dan tidak pernah ke China sejak tahun 2009 apabila beliau kali terakhir ke sana pada tahun itu.
Para blogger Umno membuat pelbagai dakwaan kononnya Syed Azidi menerima wang RM300,000 dari Husam untuk membantu beliau dalam pemilihan muktamar kali ini.
Mereka mendakwa, Husam menyerahkan wang itu kepada Syed Azidi di China melalui wakilnya.
Perut Busuk Kickdefella
MUKTAMAR PAS yang sedang berlangsung kini merupakan tempat terbaik `Kickdefella' atau Syed Azidi `mencari makan'. Misi beliau yang secara tiba-tiba muncul dengan `berita sensasi' tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menghancurkan musuh utamanya YB Husam Musa yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden PAS kali ini.
Dakwaan kununnya beliau menerima upah RM 350,000 daripada YB Husam hanya timbul disaat pemilihan di mana YB Husam akan bertanding. Adakah Kickdefella suka jika YB Husam memenangi pertandingan tersebut? Memetik laporan dari Malaysiakini, "Syed Azidi berkata selepas diberhentikan kerja di PMBK berikutan perselisihan faham dengan Ketua Eksekutif PMBK, pada 18 November 2009, beliau telah bertemu dengan seorang pembantu Husam yang menawarkan RM350,000 dan beliau telah bersetuju" (Malaysiakini).
Kickdefella sememangnya berdendam dengan YB Husam kerana tokoh PAS Kelantan itu tidak berbuat apa-apa apabila beliau dipecat dari PMBK. Beliau merasa hebat seolah-olah semua pimpinan PAS khususnya di Kelantan mesti gentar dengan Blogger seperti beliau. Barangsiapa yang memusuhinya pasti akan diserang habis-habisan oleh Blogger yang pernah dilabel sebagai penagih arak tegar ini. Lihat sahaja bagaimana beliau menghentam menantu MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz iaitu Ariff Fahmi ketika menantu MB Kelantan itu menerajui PMBK. Keluarga Tuan Guru Nik Aziz juga diserang oleh Blogger ini. Jadi, apa peliknya setakat menyerang YB Husam?
Tentang dakwaan Kickdefella itu telah dinafikan oleh YB Husam, bahkan beliau berkata beliau tidak pernah mempunyai wang sejumlah itu. Lojiknya, perlu apa YB Husam perlu memberi wang sebanyak itu kepada insan bertaraf Syed Azidi? Apa yang Blogger ini buat untuk menaikkan nama YB Husam di dalam politik jika benar beliau ada menerima wang itu? Setakat yang kita tahu, Blogger ini sentiasa menyusahkan PAS di Kelantan dan ini bermaksud Blogger ini mempunyai misi yang sama dengan Umno Kelantan. Justeru itu, tidak masuk akal YB Husam boleh memberi wang sebanyak itu kepada Blogger tiada hala tuju ini.
Dakwaan Kickdefella ini jelas menunjukkan beliau bekerja dengan puak yang tidak mahu melihat YB Husam berada di kerusi Naib Presiden PAS. Mengapa bahayanya jika YB Husam berada di kerusi tersebut? Jawapannya, kehendak Umno untuk bersama dengan PAS lebih sukar di masa akan datang jika YB Husam memenangi pertandingan kali ini, dan misi Kickdefella pasti akan gagal. /wfauzdin.blogspot.com
02 June 2011
Husam Musa Tidak Sebodoh Itu..
KUALA LUMPUR, 2 Jun: AJK PAS Pusat, Datuk Husam Musa (gambar) menafikan beliau memberikan duit sebanyak RM350,000 kepada seorang blogger, Kickdefella atau nama sebenarnya, Syed Azidi.
"Adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat," kata Husam dalam kenyuataannya kepada Harakdaily.
Husam mengulas kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan Online yang mengaku menerima wang sebanyak itu dari wakil Husam di China.
Kenyataan itu ekoran dakwaan para blogger Umno kononnya Husam memberikan duit sebanyak itu kepada Syed Azidi untuk membantu kempen beliau menjelang muktamar ini.
Selain isu memberi wang kepada Syed Azidi, hampir semua blogger Umno menyerang Husam menjelang pemilihan kali ini.
Husam bertanding naib presiden PAS dan baru pulang dari India dan China untuk urusan kerajaan negeri Kelantan.
Berikut kenyataan penuh Husam:.
"Saya merujuk kepada kenyataan Syed Azidi yang disiarkan Utusan online dan dijangka akan disiarkan edisi cetak Utusan besok.
"Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan kehairanan saya terhadap minat Utusan yang terlalu nyata untuk mencampuri pemilihan PAS sejak 2008 yang lalu.
"Mengenai dakwaan Syed Azidi, saya merasa hairan dakwaan ini dikeluarkan pada hari terakhir sebelum pemilihan PAS esok hari di mana saya ikut bertanding.
"Adakah kerana beliau tahu bahawa dakwaan palsu beliau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan bagi mengelakkan tindakan seperti itu, ia dibangkitkan pada saat akhir seperti ini.
"Sampai hari ini saya tidak mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun saya dan adalah bodoh untuk saya mensedekahkan wang sebesar itu kepada orang seperti beliau sedangkan saya sendiri tidak pernah mempunyai wang sebanyak itu sepanjang hayat.
"Mengnenai kononnya saya ada berbual melalui talipon dengan beliau kebelakangan ini, juga adalah palsu. Rekod talipon saya dan beliau boleh disemak.
"Namun saya akui beliau ada menghantar beberapa mesej seminggu dua yang lalu memaklumkan beliau menulis mengenai kenaikan harga minyak dan saya membalasnya sekali dengan berkata tahniah.
"Syed Azidi telah beberapa kali menimbulkan sensasi tetapi setiap kali sensasi itu berlalu, kredibiliti beliau semakin pudar."
Harakahdaily/-
Husam: ‘Saya tak pernah jumpa Kickdefella, dakwaan 100 peratus palsu’
Datuk Paduka Husam Musa sendiri menafikan dakwaan kononnya beliau ada bertemu dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang lebih mesra dikenali sebagai “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen pada pemilihan PAS pusat yang berlangsung sekarang.
“Saya tak jumpa dia (Syed Azidi) di China, di Jepun atau di Antartika pun... itu (dakwaan) seratus peratus palsu, yang datang dari blog-blog picisan ,” kata Husam ketika dihubungi The Malaysian Insider di India malam tadi.
Husam (gambar), Exco Kerajaan Negeri Kelantan, yang bertanding semula kerusi naib presiden berkata, beliau sudah beberapa kali mengunjungi China sempena lawatan kerja tetapi tidak sama sekali bertemu dengan Syed Azidi.
Malah kata Husam, beliau juga tidak mendapatkan bantuannya menghadapi pemilihan parti kali ini.
Syed Azidi meletakkan jawatan pegawai perhubungan awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akhir 2009.
Dalam temu bual menerusi telefon malam tadi, Husam juga enggan bercakap mengenai pemilihan kecuali menjawab soalan berkaitan dengan isu terbaru ini.
“Saya bukan orang menggunakan duit untuk berkempen,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini yang turut menjelaskan, Syed Azidi sudah lama menulis tentang diri beliau sebelum kedua-dua mereka berkenalan.
Bagaimanapun tegas beliau, dakwaan sedemikian adalah “palsu” dan sentiasa dicetuskan ketika pemilihan parti dengan tujuan-tujuan tertentu.
Oleh itu tambah Husam, beliau sebenarnya “bangga” kerana Umno terus-menerus menjadikan beliau sebagai sasaran dalam pergerakan politik mereka.
“Ini menunjukkan bahawa saya ini adalah insan yang menjadi ancaman kepada mereka (Umno-BN),” kata Husam mengulas dakwaan blog-blog pro-Umno terbabit.
Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.
“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.
Sambil melihat ia sebagai usaha jahat menjelang setiap kali pemilihan, Husam berkata, tindakan-tindakan seperti itu perlu ditangani.
“Saya meminta peguam saya melihat perkara itu, mengambil tindakan ke atas dakwaan-dakwaan tidak berasas dan fitnah ini,” kata beliau yang yakin bahawa para perwakilan muktamar akan membuat penilaian terbaik.
“Ini strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” katanya lagi.
“Oleh kerana perkara ini sudah (banyak kali) berulang, seolah-olah ada objektif tertentu, saya akan minta peguam ambil tindakan, bukan saya ini (seorang yang) sensitif atau tidak terbuka (dengan media dan kritikan), tetapi ini satu strategi jahat Umno yang perlu dipatahkan,” kata Husam yang turut menekankan bahawa salah satu blog yang menyiarkan dakwaan palsu tahun lalu - kononnya “rasuah”, melibatkan konsesi pembalakan — telah disaman fitnah oleh beliau.
Kes berkaitan melibatkan blog rbfonline sedang difailkan di Mahkamah Tinggi Kota Baru dan dijadual untuk prosiding pertengahan bulan ini.
Sehubungan itu, kata Husam, pengendali blog tersebut perlu mencerminkan dulu dirinya sebelum meneruskan serangan dengan dakwaan terbaru sedemikian.
“Faisal kena tengok diri sendiri,” kata Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan.
Muktamar PAS Pusat Ke-57 bermula esok, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.
Semalam, pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.
“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.
Dalam komennya kepada The Malaysian Insider semalam, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.
Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”
“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau.
Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Syed Azidi pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti dari PMBK.
Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”
01 June 2011
Kickdefella: Bukan masa bagi saya jawab dakwaan blog pro-Umno
KUALA LUMPUR, 1 Jun — Pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” berkata, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Datuk Husam Musa yang bertanding kerusi naib presiden PAS.
Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”
“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.
Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.
“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.
Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Selain itu, blog tersebut juga bertanya sama ada Syed Azizi ada bertemu dengan Husam di China bagi merancang strategi untuk kemenangan Husam dalam pemilihan PAS.
“Semoga Kickdefella jawab semua seolan ini dan nyatakan secara jujur kepada semua pembaca-pembaca blog di tahap manakah sebenarnya hubungannya dengan Husam,” katanya.
Dakwaan itu ditimbulkan ketika menjelang hari pengundian pemilihan pusat pada hujung minggu ini.
Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, kali ini bertanding jawatan naib presiden, kerusi yang pernah dipegang sebelum bertanding kerusi timbalan presiden pada 2009.
Syed Azidi pernah berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pegawai perhubungan awam dan dilihat rapat dengan Husam.
Sehubungan itu, beliau pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti akhir 2009.
Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”
“Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa,” katanya.
24 May 2011
Kenaikan RON95, Tidak Waras Sama Sekali
Tiada kewarasan bagi Kerajaan Malaysia menaikkan harga petrol RON95 dan lain-lain bahan api berteraskan petroleum sehingga Kerajaan mampu menjelaskan dengan benar dan jujur beberapa isu di bawah,
Berapakah peningkatan pendapatan PETRONAS dan Kerajaan Malaysia sejak kenaikan harga petroleum dunia.
Berapa tong minyak mentah TAPIS Blend 44° yang dikeluarkan oleh PETRONAS sehari.
Berapa tong minyak mentah dan namakan jenis minyak mentah tersebut, yang diimport oleh PETRONAS untuk kegunaan tempatan.
Dimanakah dalam dokumen-dokumen rasmi Kerajaan Malaysia yang tercatat dengan jelas jumlah ringgit yang dibayar bagi membiayai subsidi petroleum.
Menurut data rasmi harga pasaran minyak mentah dunia, minyak mentah Malaysia, dikenali sebagai Tapis Blend 44°, berikut adalah harga minyak mentah tersebut di pasaran global:
(i) 8 April 2011 – USD127.94
(ii) 15 April 2011 – USD131.20
(iii) 22 April 2011 – USD129.19
(iv) 29 April 2011 – USD132.26
(v) 6 Mei 2011 – USD130.74
(vi) 13 Mei 2011 – USD120.47
Sepanjang tempoh kenaikan harga minyak global ini, Malaysia, Tapis Blend 44° adalah minyak mentah tertinggi harganya di dunia.
Berikut adalah harga minyak mentah di pasaran dunia mengikut negara-negara pengeluar di Timur Tengah pada 13 Mei 2011.
(i) Abu Dhabi, Murhan 39° – USD111.27
(ii) Dubai, Fateh 32° – USD106.74
(iii) Iran, Heavy 30° – USD105.87
(iv) Iran, Light 34° – USD109.86
(v) Iran, Kirkuk 36° – USD110.69
(vi) Kuwait, Kuwait 31° – USD105.77
(vii) Qatar, Dukhan 40° – USD109.92
(viii) Saudi Arabia, Arabian Heavy 27° – USD103.59
(ix) Saudi Arabia, Arabian Light 34° – USD108.84
(x) Saudi Arabia, Arabian Arabian Medium 31° – USD108.84
(xi) Oman, Oman Blend 34° – USD107.29
Pada pertengahan 2008, saya dan YB Dato’ Haji Husam bin Musa pernah menerbitkan sebuah buku bagi menjelaskan mengapa harga bahan bakar di Malaysia tidak perlu dinaikan. Saya juga ada menulis dan menyertakan data-data di blog ini bagi menyedarkan masyarakat mengapa Kerajaan Malaysia sebenarnya tidak terjejas dari segi kewangan disebabkan peningkatan harga minyak global.
Secara umumnya, rejim petroleum Malaysia digerakkan dengan menjual minyak mentah berkualiti tinggi tempatan dan membeli minyak mentah berkualiti lebih rendah untuk kegunaan tempatan.
Saya bersetuju bahawa subsidi adalah tidak elok untuk ekonomi pada jangka panjang. Saya bersetuju bahawa tabiat memberi subsidi secara berpanjangan adalah tabiat yang tidak sihat. Tetapi adakah benar Kerajaan Malaysia menanggung subsidi bahan bakar? Jika benar, dimanakah dalam dokumen rasmi Kerajaan Malaysia menunjukkan jumlah tersebut. Atau ianya sebenarnya adalah kos lepas (opportunity lost).
Kerajaan Malaysia perlu dengan jelas, menerusi PETRONAS atau mana-mana agensinya mengeluarkan data jumlah tong minyak mentah yang diimport negara untuk kegunaan tempatan setiap hari dan jumlah tong minyak mentah tempatan yang dieksport keluar negara setiap hari. Mengapa harus rasa tergugat di dalam mengeluarkan data tersebut. Bagilah rakyat Malaysia lihat dengan mata mereka sendiri dan biarkan otak kami mencongak apakah kos mengimport minyak mentah untuk kegunaan tempatan dicampur dengan kos penapisannya tidak lagi tertanggung oleh wang yang diperolehi daripada menjual minyak mentah tempatan ke luar negara.
Kesan Kenaikan RON95
Sehingga maklumat dan data-data ini menjadi tatapan umum, wajib bagi kita mengandaikan bahawa tujuan Kerajaan mengkaji semula subsidi pada RON95 antara lain bertujuan untuk membuat Kerajaan memperolehi lebih faedah daripada keuntungan PETRONAS kesan daripada kenaikan harga minyak global.
Alasan kerajaan pula seandainya kerajaan dapat berjimat, maka wang hasil potongan subsidi RON95 itu akan dapat digunakan untuk faedah rakyat. Maaf, saya tidak dapat bersetuju sama sekali.
Sebab-sebabnya adalah seperti berikut,
Andaikan RM30 billion adalah jumlah yang diperolehi kerajaan hasil ‘berjimat’ dengan mengurangkan subsidi, berapakah yang akan dinikmati semula oleh rakyat?
RM30 billion yang digunakan untuk subsidi adalah lebih besar faedahnya daripada RM30 billion yang dilaburkan untuk projek-projek pembangunan untuk kebaikan rakyat. Ini kerana RM30 billion sudsidi RON95 akan dinikmati oleh semua rakyat samada mereka memiliki kenderaan atau tidak.
Tetapi RM30 billion yang digunakan untuk menyiapkan projek untuk rakyat, mungkin menghasilkan projek yang bernilai RM10 billion sahaja, kerana RM20 billion lagi terpaksa dihabiskan untuk perkhidmatan perunding dan kajian serta hangus sebagai kos keuntungan satu dua syarikat.
Kesan menjimatkan RM30 billion dari subsidi RON95 sudah pasti akan menyebabkan kenaikan harga semua jenis barangan keperluan. Kerajaan tidak perlu menipu dengan cuba menyakinkan rakyat bahawa mereka berupaya mengawal kenaikan harga barang. Itu alasan lapuk zaman Abdullah Ahmad Badawi dan Shahrir Samad.
Kesan paling menyedihkan ialah, akibat penjimatan subsidi RON95 akan menindas mereka yang sebenarnya tidak memiliki kenderaan sendiri dan orang-orang miskin akibat daripada kenaikan kos kehidupan kesan dari ‘penjimatan’ kerajaan.
Keputusan untuk berjimat tidak boleh dibuat di dalam makmal berhawa dingin dengan punggung berlapikan kerusi empuk. Tidakkah cukup kerajaan Barisan Nasional yang lampau sewaktu pemerintahan Abdullah Ahmad Badawi menyeksa golongan rakyat yang miskin dengan idea-idea yang bercambah dalam pejabat yang nyaman?
Kononya rakyat diberi pulangan daripada kenaikan harga bahan bakar menerusi pemberian rebat kepada pemilik kenderaan apabila memperbarui cukai jalan mereka. Siapa yang untung? Sudah tentu mereka yang memperolehi banyak kenderaan. Siapakah mereka yang memiliki banyak kenderaan? Apakah orang-orang miskin dikampung yang terpaksa terbeban akibat kenaikan kos barang keperluan itu memiliki banyak kenderaan?
Kesan beban kenaikan RON95 akan dirasai oleh semua rakyat Malaysia walaupun mereka yang tidak ke pam stesen untuk mengisi minyak. Ada yang mampu menanggungnya, ada yang terpaksa menanggungnya dan sudah pasti ramai juga yang tidak berupaya menanggungnya.
Apakah Barisan Nasional berupaya menanggungnya?
Kerajaan boleh berkempen supaya rakyat mengubah cara hidup mereka bagi berhadapan dengan rasionalisasi subsidi oleh kerajaan. Rakyat juga boleh berkempen untuk mengubah kerajaan bagi berhadapan dengan Pilihanraya Ke 13 kelak.
Maaf, saya merasakan pulangan yang diperolehi menerusi berjimat cara ini adalah sesuatu yang tidak waras buat masa ini.
Sila Baca :
Sheih on Sheih: Pariah Leadership and Death of an Economy
Data Bukti Kerajaan Selesa Dengan Kenaikan Harga Minyak Mentah
Kickdefella Bares All
Hassan, Husam and The Truth About Fuel Subsidy
Shahrir Confirmed Kickdefella’s Finding
Market Full Of Oil: The USD VS Crude Oil Experience
Shahrir to fire thousands of Petrol Kiosk Workers
Minyak oh Minyak
kickdefella
08 October 2010
Biawak Samakan Biawak Sebagai BIAWAK
Biawak Kickdefella yang kini sudah melompat di atas pagar, telah melabelkan Khairy Jamaluddin, (KJ) Ketua Pemuda UMNO sebagai "Biawak Hidup".
KJ dikatakan sebagai punca kekalahan BN pada PRU12 terutama di Kelantan selepas dia dan konconya melancarkan Kempen "Pade Doh 18" yang dilancarkan secara lahab dan membuta tuli sehingga anak muda Kelantan menterbalikkan undi dari BN ke PAS akibat cemuihnya mereka dengan gelagat dan egoistik si Kj ini.
KJ Sekali lagi diberi kepercayaan untuk memukul canang ketika PRK Galas dan disebabkan itu, Kickdefella merasakan nasib BN akan sedikit buruk jika terus mengalas si "Biawak Hidup" ini. Baca di sini.
Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Aziz terkenal dengan blogger yang bertanggungjawab melemahkan pemerintahan Pak Lah semasa era pemerintahannya namun kini lantang mendedahkan kepincangan kerajaan Kelantan yang diterajui Nik Aziz.
Semasa Pak Lah memegang tampuk kuasa, Khairy bagaikan naik tocang dan setiap isu yang keluar melibatkan BN, UMNO, Melayu dan lain-lain, kata-kata KJ lah akan terpampang didada-dada akhbar. Di kala itu, dimana Ketua Pemuda UMNO? Mana Timbalan Presiden? dan paling teruk, di mana presiden?
Kini, selepas Najib memerintah, KJ sudah menyimpan kukunya. Dia langsung tidak ke depan malah dia lebih suka menyepi sehinggakan orang tertanya-tanya di mana perginya Pemuda UMNO? Sebagai sayap penting kepada UMNO, pemuda kini dilihat semakin lemah mungkin kerana ketuanya sudah hilang proksi.
Sekiranya KJ pula diminta memukul canangnya lagi, siapapun tidak akan menduga mungkin kerana itu, BN akan tumbang di Galas kerana Taming Sari yakin, dulu kini dan selamanya, pemuda tidak kira dari UMNO atau bukan masih marah dan menyimpan dendam kepada KJ terutama semasa kekalahan BN di lima negeri dan disambut dengan kemenangan KJ di Pemilihan UMNO.
Sumber - Blog Pencacai
07 September 2010
Ini Adalah Aidil Fitri Yang Terakhir Buat Kickdefella
Betul tu.. Perasaan dan keadaan ini adalah biasa bagi mereka yang patah hati dan terasa seperti malukut di tepi gantang yang sudah tidak diperdulikan sesiapa lagi.. Kesian biawak ni.. Klik di sini
30 July 2010
Gila Babi Apa Nie? Tak Tahu Malu Ke?
Penyatuan Melayu: NGO digesa hantar 50 bas rayu Nik Aziz
Sebuah pertubuhan bukan kerajan (NGO) mengadakan forum penyatuan Melayu malam tadi dengan salah seorang panel penceramah meminta agar rombongan rakyat biasa dihantar merayu Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menerima idea kerjasama perpaduan orang Melayu Islam.
“Saya mencadangkan pelan tindakan rakyat, usaha membabitkan rakyat jelata dengan menghantar 50 buah bas ke Pulau Melaka, bertemu dengan Datuk Nik Aziz, bertemu dengan beliau di masjid, merayu kepada beliau supaya terima idea kerjasama penyatuan orang Melayu,” kata blogger Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz kepada The Malaysian Insider.
Kediaman bukan rasmi Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan terletak di Pulau Melaka, kira-kira 10 minit perjalanan dari Kota Baru.
Menurut Syed Azidi, pelan tindakan itu hanya melibatkan pembabitan rakyat biasa atas alasan rakyat jelata sahaja yang boleh menggerakkan usaha sedemikan.
“Rakyat tidak boleh lagi mengharapkan ahli-ahli politik akan membawa perubahan dalam soal ini, sebaliknya rakyat perlu membawa perubahan dengan menentukan masa depan mereka (ahli-ahli politik),” katanya.
Bagaimanapun beliau tidak dapat menyatakan dengan tepat bila rombongan itu, dijangka membabitkan kira-kira 2,000 orang, akan dihantar ke Kelantan.
Kira-kira 100 orang menghadiri sesi bicara “Melayu Berpecah: Apa Tindakan Kita?” yang diadakan secara tertutup di Ampang dengan 10 orang berucap.
Pihak penganjur tidak membenarkan nama NGO menjadi nadi kepada usaha mereka itu didedahkan. Antara yang hadir ialah budayawan, ahli-ahli akademik dan pengamal media.
Syed Azidi berkata, beliau juga ada mencadangkan agar setiap orang yang menghadiri sesi malam tadi mengadakan pertemuan dengan rangkaian 10 orang mulai hari ini bagi menyebarkan idea dan matlamat yang dibincangkan.
“Jika 100 orang yang hadir malam tadi menyebarkan idea ini kepada 10 orang bermakna kita sudah ada 1,000 orang dan kemudian 10,000 sehingga kita mencapai sasaran akhir.
“Kami mahu pendekatan ini digunakan selepas mendapati tidak lagi boleh meletakkan harapan pada ahli-ahli politik dalam usaha menyatukan orang Melayu,” kata beliau dipercayai merujuk kepada idea ini yang berulang kali dibangkitkan selepas prestasi pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
Setakat ini Umno berulang kali membangkitkan idea kerjasama perpaduan dan kerjasama politik dengan PAS tetapi PAS bertegas akan kekal bersama Pakatan Rakyat.
Dua tindakan lain disyorkan Syed Azidi, yang sehingga akhir tahun lalu berkhidmat dengan agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), ialah menghantar memorandum minta campur tangan raja-raja Melayu dan kemuncaknya kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.
“Kita hendak dan perlu bergerak dengan rakyat, mengadakan pertemuan-pertemuan kecil mulai sekarang... Umno dan PAS tidak terlibat dalam usaha kami ini,” kata beliau ketika ditanya mengenai pembabitan parti-parti politik.
Ketika ditemui malam tadi, Syed Azidi berkata kegagalan kerjasama Umno-PAS berpunca daripada sikap Nik Aziz yang tidak mahukan perpaduan Melayu tercapai.
Syed Azidi berkata, kegagalan dalam mencapai kerjasama dua parti Melayu itu bukan berpunca daripada Umno tetapi PAS.
“Saya tidak lihat ia berpunca daripada Umno kerana parti itu bersedia untuk bekerjasama dengan PAS,” katanya.
“Punca utama adalah kerana halangan daripada Nik Aziz, padahal beliau sebenarnya tidak ada kuasa eksekutif untuk membuat keputusan,” katanya.
Syed Azidi mendakwa apabila Nik Aziz bersuara tiada pemimpin lain yang berani membantah keputusan itu.
“Sebenarnya dalam PAS majoriti pemimpinnya mahukan kerjasama dengan Umno tetapi dihalang oleh kumpulan menentang cadangan itu.
“Malah saya percaya kumpulan ini yang menekan Nik Aziz supaya menolak cadangan kerjasama itu kerana beliau mempunyai pengaruh besar dalam PAS,” kata beliau yang dipecat sebagai pegawai perhubungan awam PMBK tahun lalu.
Agensi itu diketuai oleh menantu Nik Aziz.
Sebelum ini Nik Aziz tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan Umno kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam.
Malah Nik Aziz mengulangi bahawa Umno terus menunjukkan minat mahu membincangkan kerjasama dengan PAS selepas menyedari kedudukannya menjadi lemah pada pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.
“Bila dah kalah baru cari kawan... selepas 13 Mei, (Allahyarham) Tun Abdul Razak datang jumpa PAS, kami ingat ikhlas, sebab saya orang yang paling kuat menerima jemputan (daripada Tun Abdul Razak).
“Tetapi bila sudah gemuk (selesa kedudukan), gigit (tangan PAS)... dia orang (akhbar menulis) PAS keluar (BN), tetapi bukan keluar, tetapi ditendang, macam mana punya wartawan tulis macam itu,” katanya di Kuala Terengganu Sabtu lalu.
Selain itu, pemimpin-pemimpin kanan PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak mahu bercakap mengenai isu berkenaan dengan ada yang menganggap bab perbincangan parti itu dengan Umno “sudah ditutup.”
Syed Azidi yang seringkali menulis isu-isu berkaitan perkembangan politik Kelantan dan penyatuan Melayu menambah, mengikut keadaan politik semasa, sekarang adalah masa terbaik untuk Umno dan PAS bekerjasama demi penyatuan orang Melayu di negara ini.
“Sekarang adalah masa terbaik untuk kedua-dua parti itu bekerjasama demi mempertahankan hak dan perpaduan orang Melayu yang dilihat berpecah.
“Tidak ada perpaduan yang boleh dicapai dengan masing-masing masih memegang kris kerana perpaduan itu boleh berjaya apabila berjabat tangan dan saling menghormati,” katanya.
Oleh itu kata Syed Azidi, Umno dan PAS perlu meletakkan senjata dan bertenang sebelum berunding.
“Ia mungkin boleh berjaya,” katanya.
08 July 2010
‘Kickdefellanikaziz' Satu Lagi Kerja Jahat Umno Hancurkan PR
Perpaduan Melayu: ‘Kickdefellanikaziz idea nakal, tak wajar sisih Nik Aziz’
Blogger Kickdefella menegaskan pandangan agar beliau gerakkan kempen “Kickdefellanikaziz”, yang merujuk kepada usaha menyingkirkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai “idea nakal Utusan” semata-mata kerana perpaduan Melayu tidak boleh dicapai hanya dengan menyisihkan Mursyidil Am PAS itu.
Sambil menolak tanggapan bahawa wujudnya gerakan “Kickdefellanikaziz” yang ditujukan kepada usaha menggulingkan Nik Aziz, Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz berkata, usaha ke arah perpaduan orang Melayu tidak seharusnya membawa kepada perpecahan susulan hanya kerana mengetepikan peranan individu atau golongan tertentu.
“Itu (Kickdefellanikaziz) idea nakal Utusan Malaysia kerana... bagi saya itu satu idea yang nakal, bukan idea jahat tetapi idea yang nakal.
“Falsafah saya, ketika kita bercakap mengenai perpaduan dan penyatuan ke depan orang Melayu, kita bukannya mahu memecahkan lagi orang-orang Melayu,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Kickdefella terus menjadi perhatian kerana terus-menerus menulis tentang kedudukan politik di Kelantan yang diterajui PAS sejak dua dekad lalu.
Beliau merupakan bekas pegawai perhubungan awam agensi kerajaan negeri Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan dipecat dari kedudukan itu akhir tahun lalu.
Ketika itu agensi tersebut diterajui oleh menantu Nik Aziz yang turut meletakkan jawatan awal tahun ini.
Tulisan Mei lalu mencetuskan kontroversi apabila Kickdefella mendakwa wujudnya usaha untuk menjatuhkan bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan dana kira-kira RM4 juta, isu yang sedang disiasat oleh Suruhankjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Dalam tulisan terbarunya semalam, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Datuk Zaini Hassan menerusi kolum mingguan “Cuit” berkata, beliau dan Syed Azidi telah membincangkan aspek perpaduan orang Melayu dalam senario politik semasa dengan panjang lebar baru-baru ini.
“Beliau (Syed Azidi) adalah penyokong properpaduan. PAS-Umno perlu disatukan. Kita kena cari jalan, katanya bersungguh-sungguh ikhlas.
“Kami semua bersetuju, PAS dan Umno perlu disatukan demi kepentingan ummah. Insya-Allah, kami akan berusaha ke araj itu.
“Tapi, sebelum itu mungkin Syed Azidi perlu kickdefellanikaziz terlebih dahulu...” tulisnya.
Tulisannya juag menyentuh bahawa seorang pemimpin PAS pernah memberitahunya, lambat laun PAS dan Umno perlu bersatu juga.
“Tapi saua lata bila? Jangan tunggu nasi menjadi bubur. Beliau berdiam.
“Ada yang mencadangkan Nik Aziz perlu disingkirkan daripada PAS. Beliau ialah penghalang terbesar ke arah perpaduan itu.
“Tahun depan ialah tahun pemilihan PAS. Saf baru PAS perlu diatur dari sekarang. Sebelum PRU-13, PAS memerlukan kepimpinan baru yang properpaduan. Umno-PAS perlu disatukan,” katanya.
Syed Azidi berkata mengambil kira kedudukan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan beliau merupakan antara tokoh penting dalam PAS.
Sehubungan itu katanya peranan beliau dalam soal perpaduan Melayu yang banyak diperkatakan sekarang tidak boleh diketepikan.
Nik Aziz merupakan merupakan pemimpin tertinggi dan utama, yang secara terbuka menentang soal kerajaan perpaduan anatara PAS-Umno-BN.
Nik Aziz telah melahirkan bantahan beliau secara terbuka dalam muktamar tahunan PAS 2008 dan 2009.
Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider di pejabatnya pertengahan bulan lalu sempena Muktamar Tahunan PAS Ke-56, Nik Aziz berkata, pihaknya tiada minat langsung untuk menerokai usaha tersebut.
Bagaimanapun menurut beliau, kebimbangan mengenai isu kerajaan perpaduan pernah wujud di peringkat awal selepas pilihan raya umum 2008 dan ketika Pakatan Rakyat dibentuk, tetapi kini tidak, di mana usaha ditumpukan untuk memperkukuhkan ikatan PAS-DAP-PKR itu.
Menteri Besar Kelantan mengulangi pengalaman PAS menyertai Barisan Nasional (BN) pada 1971 ekoran permintaan daripada Allahyarham Tun Razak ketika itu.
“Bila kami masuk BN, PAS Kelantan jadi empat. Bila Umno rasa gagah, tendang kami. Ini Umno,” katanya.
“Sekarang ini pilihan raya umum ke-12, (selpas) lima buah negeri jatuh, dia minta PAS masuk balik. Saya kata ‘I know who are you’, penipu kamu... tidak boleh,” katanya.
Bagaimanapun tegas Nik Aziz, keputusan menolak menyertai kerajaan perpaduan bukan keputusan beliau seorang semata-mata.
Malah kata Nik Aziz, beliau akan kekal sebagai Menteri Besar Kelantan selagi ditekan oleh Umno agar berhenti dengan secepat yang mungkin.
Pemimpin berusia 79 tahun ini akan genap 20 tahun menerajui Kelantan akhir tahun ini.
Syed Azidi mengakui idea kerajaan perpaduan kemungkinan ditolak oleh Nik Aziz dan beberapa pemimpin lain seperti Exco Kerajaan Negeri Kelantan seperti Husam kerana mereka tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya jika kerjasama PAS-Umno benar-benar berjaya.
“Mungkin itu halangannya... Nik Aziz dan sesiapa di belakang di Nik Aziz, Husam bukan merupakan ahli Parlimen... kalau ada kerajaan perpaduan yang mungkin tercicir ialah Nik Aziz dan Husam kerana bukan anggota Dewan Rakyat dan tidak akan mendapat faedah seperti menjadi anggota Kabinet.
“Bagaimanapun kita kena berada di landasan yang positif tanpa adanya prasangka buruk, menolak...” katanya.
Ketika ditanya sama ada Nik Aziz wajar disisihkan sebagaimana disarankan oleh akhbar itu, Syed Azidi yang pernah dilabel sebagai “orang kuat Husam” seterusnya berkata, “Nik Aziz adalah tokoh penting.”
“Seharusnya Nik Aziz tidak diketepikan, seharusnya Nik Aziz dibawa bersama... lebih manis jika Nik Aziz dibawa bersama,” katanya.
Bagaimanapun beliau berhujah bahawa sejarah pernah menyaksikan orang Melayu terpaksa bergerak ke depan dengan membuat pengorbanan menyisihkan beberapa tokoh mereka demi kekuatan politik.
“Orang Melayu pernah tinggalkan Dato’ Onn dalam usaha membawa kemerdekaan, bukannya kerana orang Melayu tidak sayangkan beliau ataupun menyisihkan beliau,” katanya sambil menambah, jika perlu meninggalkan beberapa orang demi perpaduan “kita kena memikirkan perkara ini.”
“Tetapi lebih manis kalau Datuk Nik Aziz boleh dibawa bersama, tetapi tengok sejarah ada tokoh-tokoh yang baik, kita kena tinggalkan,” kata beliau.
02 May 2010
Janji Seorang Munafik Bernama Kicdefella
Usah Risau TOK GURU..Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar
Saya Budak Baru Belajar...
Buah cempedak diluar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.
Saya petik dari artikel terbaru Blogger Kickdefella:
Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.
Sebelum itu pada 10hb, November, 2009 sejurus selepas kontrak Blogger Kickdefella dengan PMBK ditamatkan serta-merta oleh Al-Menantuya, beliau menulis begini:
Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.
Sebaik menerima makluman itu, saya menemui YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Di dalam pertemuan pada 2.45pm di Pejabat Menteri Besar Kelantan saya telah,
1. Mengucapkan jutaan terima kasih diatas kepercayaan Tuan Guru selama ini terhadap saya.
2. Memaklumkan bahawa saya menerima penamatan serta merta ini dengan tanpa rasa terkilan.
Saya kemudiannya meminta YAB Menteri Besar mengajar saya bagaimana untuk bersumpah mengikut syarak kerana saya ingin bersumpah dihadapannya bahawa,
1. Saya tidak pernah membuat sebarang aduan/laporan kepada SPRM berhubung PMBK.
2. Saya tidak pernah memberi sebarang maklumat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dari Nenggiri berhubung PMBK sewaktu Sidang DUN yang lalu.
Setelah melafazkan apa yang ingin saya lafazkan, saya mengucup tangan YAB Menteri Besar dan meminta maaf sekiranya ada kesilapan di pihak saya sepanjang perkhidmatan saya dan meminta dihalalkan makan minum dan gaji yang saya terima selama ini.
Perjumpaan tersebut disaksikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar.
Semenjak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia memasuki premis Perbadanan Menteri Besar Kelantan, terdapat tuduhan-tuduhan dari pihak-pihak yang ditemubual oleh SPRM terhadap saya.
Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini.
Esok saya akan membuat sidang media untuk menjelaskan dan membersihkan nama saya dari segala tuduhan yang dilemparkan dan kemudiannya akan terus pulang ke Kuala Lumpur.
Perjuangan Belum Selesai.
Patah Sayap Terbang Jua.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Kampung Demit
Saya secara peribadi percaya bahawa Blogger Kickdefella akan berpegang "teguh" kepada kata-katanya - "berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini" dan buktinya "sangat-sangat jelas" selepas Blogger Kickdefella mula "menunjukkan dan membuktikan kesetiannya" kepada YAB Menteri Besar Kelantan dengan artikel-artikel susulan yang "langsung tidak memburukkan" YAB Menteri Besar Kelantan selepas kenyataannya itu.
Antara artikel-artikel "berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini" ialah yang ini:
“Nampaknya TGNA begitu hebat bersandiwara. Ariffahmi belum letak jawatan dan tiada rancangan terdekat untuk letak jawatan.TGNA sokong tindakan Ariffahmi menangguhkan perletakkan jawatannya. Apakah sandiwara begini hendak PAS jaja buat mereka yang mengundi PAS. PRU 12 mungkin PRU terakhir buat TGNA tetapi yang pasti bukan terakhir buat PAS. Saya bertahan tidak mahu insiden ini menjadi persepsi pada PAS dan Islam. Tetapi semuanya berakhir disini. Ternyata insan-insan kecil dan kakitangan PMBK tiada bererti buat TGNA berbanding anak beranaknya. Mengapa lagi perlu ada rasa hormat dari insan kecil buat TGNA, parti dan individu yang membelanya?”
Selepas artikel diatas, saya terus menaruh kepercayaan bahawa Blogger Kickdefella masih berpegang kepada kata-katanya akan "berdiri teguh dibelakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini" selepas saya dapati beliau terus membela YAB Menteri Besar Kelantan seperti dalam artikelnya yang petikannya seperti dibawah:
Kenyataan Nik Aziz ini tentu meloyakan banyak pihak kerana kebelakangan ini telah terbongkar pelbagai kisah yang besertakan fakta-fakta berhubung amalan kronisme, nepotisme dan juga rasuah di dalam Kerajaan Negeri Kelantan yang sudah hampir 20 tahun di terajui oleh Nik Aziz. Antaranya yang sudah terbongkar dan akan terus terbongkar ialah isu-isu berkaitan dengan Razak Abas, Roshaimi Razak, Nudin Awang dan anak menantu Nik Aziz sendiri seperti Nik Abduh dan Abdul Ariffahmi.
Blogger Kickdefella terus setia "berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar Kelantan sepanjang siasatan ini". beliau memuji YAB Menteri Besar Kelantan didalam artikel seterusnya bertajuk "Kalau Buaya Sembunyi Sebalik Batu; Nik Aziz Pulak….", "Buaya Di Sebalik Batu Adalah Buaya Peliharaan Nik Aziz?", "Tu Diaaaaaaa......" (sedikit petikan artikel "Tu Diaaaaaaa......" dibawah:
PAS Kelantan sudah gagal membersihkan dirinya. Pimpinan PAS Kelantan tiada keyakinan diri untuk mengundurkan Nik Abdul Aziz walaupun mereka sedar populariti Nik Abdul Aziz sudah menjunam.
Mereka sedar kebelakangan ini mereka terpaksa batalkan kehadiran Nik Abdul Aziz untuk merasmikan beberapa program kerana kehadiran tetamu dan peserta yang amat sedikit. Antara program yang terpaksa dibatalkan ialah sebuah program bermotor beberapa bulan yang lalu. Walaupun mereka sudah mengeluarkan wang untuk membayar peserta dan hadirin, sesuatu yang PAS Kelantan tidak pernah lakukan sebelum ini, tetapi kehadiran hanyalah sekadar kurang daripada 50 orang peserta sahaja.
Bagi golongan yang masih berkeras mempertahankan Nik Aziz ini, argumen mereka ialah Nik Aziz masih tunjang mereka kerana pemilih diluar Kelantan masih menganggap Nik Aziz sebagai keramat. Apalagi, masyarakat Cina dan India melihat Nik Aziz sebagai seorang pemimpin Islam yang dapat ditunggang untuk memajukan agenda mereka.
Saya masih "percaya" bahawa apa yang Blogger Kickdefella nukilkan diatas ialah "puji-pujian" dan bukannya "PENGHINAAN" terhadap YAB Menteri Besar Kelantan kerana Blogger Kickdefella yang saya kenal ialah seorang yang "jujur", "ikhlas" dan "komited" didalam perjuangannya "mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan".
Jangan lupa kenyataan Blogger Kickdefella "Saya akan berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini." beberapa bulan dahulu. saya juga kenal Blogger Kickdefella sebagai seorang yang "berpegang teguh kepada janjinya" dan atas kepercayaan saya itulah makanya Blogger Kickdefella nukilkan 1 lagi "pujian" kepada YAB Menteri Besar Kelantan dalam artikelnya "Tu Diaaaaaaa Bhg 2 : Tauke ‘Derma’ Kekal Mursyidul Am PAS"...
Seterusnya anda tahu apa yang berlaku. Blogger Kickdefella sehingga kehari ini masih lagi "berdiri teguh di belakang YAB Menteri Besar sepanjang siasatan ini".
Sekali lagi petikan dari artikel terakhir Blogger Kickdefella:
Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.
Benar kata Blogger Kickdefella - "segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan".
Sebab itulah Blogger Kickdefella sejak akhir-akhir ini berhempas pulas "mempertahankan" YAB Menteri Besar Kelantan dari beberapa tuduhan, pendedahan dan cerita-cerita yang kurang manis dari "orang itu". tiada 1 pun artikel-artikel Blogger Kickdefella kebelakangan ini yang menyenangkan UMNO. semuanya mendapat respon "negatif" dari UMNO.
Blogger Kickdefella akhir-akhir ini teruk "diserang" oleh musuh PAS iaitu UMNO kerana kelantangannya "mempertahankan" YAB Menteri Besar Kelantan dan juga parti PAS.
Saya fikir, sudah sampai masanya Kerajaan PAS Kelantan mengiktiraf jasa-jasa Blogger Kickdefella sejak mula beliau menabur bakti di Kelantan sehinggalah kesaat ini. jasa beliau bukan kecil-kecil anak. Kerajaan PAS Kelantan wajar mengiktiraf jasa-jasa beliau memandangkan tanpa usaha beliau, Kerajaan PAS Kelantan tidak mungkin dapat bertahan dalam PRU-12.
Keberkesanan Operasi Perang Saraf yang dikendalikan oleh beliaulah yang berjaya mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan pada PRU-12 tahun 2008. Kerajaan PAS Kelantan juga perlu ingat, kalau tidak kerana Blogger Kickdefella, sudah tentu Parti PAS terpaksa memperuntukkan perbelanjaan yang lebih dari RM4 juta demi mempertahankan Kerajaan PAS Kelantan dengan bergaya dalam PRU-12.
Jarang anak muda di Malaysia mempunyai bakat sebesar ini.
*Saya harap, selepas anda melihat gambar ini, akan timbul perasaan benci anda kepada KERAjaan Pusat.Perisik Rakyat
01 May 2010
Bohonglah Azidi, Banyak Sangat RM 4 Juta Tu..
Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa memberikan andaian, duit RM4 juta yang dinyatakan diterima oleh seorang blogger, Kickdefella adalah datang dari Umno untuk menjatuh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau juga berkata, wang itu masih ada RM4 juta lagi untuk dibelanjakan untuk jatuhkan PM yang ada sekarang (Datuk Seri Najib Razak) yang juga ditaja oleh orang Umno yang tidak puas hati kerana Pak Lah dijatuhkan.
Husam, ahli politik yang menjadi pusat tumpuan dalam isu ini berkata demikian dalam tulisannya melalui blog beliau, cetusan-hati.blogspot.com.
"Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan Umno tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.
"Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang Umno yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.
"Lepas saya kata, nak tahu betul tak betul kena siasat tapi yang penting saya dah kata. Nasib elok keluar muka depan Utusan esok lusa, tenggelam cerita telaga minyak berharga tak kurang RM 340 billion yang hilang, gara-gara empat juta!" tulis Husam dalam blognya.
Husam tidak menamakan mana-mana pemimpin Umno tetapi beliau turut mengaitkan serangan Tun Dr Mahathir terhadap Tun Abdullah dalam tulisannya.
Husam dikaitkan dengan penulis blog, Syed Azidi atau nama penanya Kickdefella yang membuat pelbagai jenis tulisan terhadap kerajaan negeri Kelantan. Khamis lepas, akhbar Umno, Utusan Malaysia menjadikan tulisan beliau laporan muka depan akhbar itu.
Tulisan itu mendakwa, beliau diamanahkan wang sebanyak RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf untuk menjatuhkan bekas Perdana Menteri, Pak Lah.
Ini adalah tulisan pertama Husam mengulas tulisan Kickdefella selepas sekian lama menyepi dari mengulasnya. Kickdefella yang dikaitkan dengan Husam dipecat dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) ekoran pertelagahan beliau dengan CEOnya, Ariffahmi, yang juga menantu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Ulasan Husam yang berkata RM4 juta itu dari orang Umno serentak dengan tulisan Tun Dr Mahathir dalam blognya yang mempertikaikan tindakan kerajaan di bawah Tun Abdullah yang menyerahkan dua telaga minyak bernilai RM340 bilion kepada Brunei. Ia dibuat untuk memujuk Brunei melepaskan tuntutannya ke atas Limbang.
Serangan yang dibuat oleh Mahathir terhadap Abdullah bukan sekarang tetapi sejak beliau menjadi PM lagi sehinggalah beliau jatuh.
Dalam tulisan kali ini juga Husam menulis, betapa mudahnya untuk menjatuhkan seorang PM jika hanya memerlukan RM4 juta sahaja untuk berbuat demikian sebagaimana yang didakwa Kickdefella, beliau diamanahkan RM4 juta untuk jatuhkan Pak Lah dan terbukti lepas itu Pak Lah jatuh dan digantikan denga Najib.
"Kalau ada seorang blogger yang hebat dan kita ada RM4 juta, kita sudah boleh jatuhkan seorang PM - nampaknya kerja menjatuhkan PM tidaklah begitu sukar.
"Setengah orang mungkin kata 4 juta terlalu mahal dan setengah pula akan kata, kalau 4 juta PM boleh jatuh, ia cukup murah," tulis Husam dalam memulakan tulisannya ini.
Beliau berkata, ada orang berkata RM4 juta itu mahal dan ada pula berkata, RM4 juta untuk menjatuhkan seorang PM itu murah.
"PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.
"Ada sesetengah blogger buat kerja itu percuma saja. Gambar Pak Lah terlentok tertidur dan segala macam kelemahan dia dah ada dalam beratus blog sejak lama. Ada blogger yang meng-kartunkan karakter Pak Lah dalam blog-blog mereka. Sejuta pun tak payah, usahkan empat juta, kerana rasanya blogger-blogger itu semua buat kerja itu sebagai tindakan spontan mereka saja atas kelemahan Pak Lah yang begitu ketara.
"Seorang petugas tegar Umno seperti Sang Kelembai melanyak Pak Lah dalam blognya lama sebelum adanya cerita orang tertentu dapat empat juta untuk burukkan sesiapa.
"Kalau ada orang habiskan wang empat juta nak burukkan lagi Pak Lah yang dah pun buruk, rugi sakan lah rasanya orang itu," tulis Husam.
Beliau juga memberikan hint dalam tulisannya dengan mengaitkan serangan Mahathir terhadap Pak Lah.
"Sehari dua ini,Tun M masih membantai Pak Lah atas tergadainya medan minyak kita di Sarawak kepada Brunei. Bekal Tun M tak sampai sepuluh duit pun. Dia hanya petik laporan The Edge dan Brunei Times online saja. Bukan susah nak burukkan Pak Lah hatta dia dah tak jadi PM tapi tinggalan-tinggalan keputusannya yang merugikan negara terbongkar satu lepas satu.
"Kalau nak jatuhkan Pak Lah sampai berbelanja empat juta, rasanya terlebih bayar.
"Kalau boleh jatuhkan PM sekarang dengan belanja empat juta, rasanya itu tak mahal dan mana-mana pihak boleh mencuba nasib mereka. Ini kira bagus dan murah.
"Jadi saya tak tau tulisan blogger yang dibesarkan oleh Utusan itu boleh untungkan sapa?" tulis Husam.
Menurut beliau, Umno Kelantan ada ulas, bagaimana besarnya belanja yang digunakan untuk tewaskan Umno Kelantan. Empat juta.
"Kalau dengan empat juta rancangan Datuk Mustapha tawan Kelantan boleh dikuburkan dan itu dianggap mahal, saya tak tau nak kata. Untuk menang Hulu Selangor saja Umno belanja entah berapa ratusan juta. Tapi untuk tewaskan Umno satu negeri, belanja empat juta dah cukup kira jimat dan hebat.
"Rupanya tak susah sangat nak tewaskan Umno Kelantan dan kalau dengan empat juta Umno satu-satu negeri boleh ditewaskan, mana yang berminat boleh buka tabung untuk cukupkan empat juta satu negeri cuba tewaskan baki Umno seluruh Malaysia. Rasanya Umno akan kecut," tulis beliau lagi.
Bagi beliau, cerita yang dibuat akhbar Umno itu umpama cerita kek dan gandum. Gandumnya hanya sedikit tetapi selepas dimasukkan serbuk penaik ia meenjadi besar dan indah dilihat.
"Kadang-kadang kita boleh jadi tukang kek. Gandumnya tak sampai secawan tapi kalau kena campur dengan serbuk penaik, sebiji kek yang besar boleh kita buat. Campur pula majerin sama telur. Tengok kemahiran kita. Asalnya gandum secawan saja," tulis beliau.
30 April 2010
Biawak Ini Budak Upahan Umno
PAS Kelantan menganggap blogger Kickdefella, yang mendakwa telah dibiayai RM4 juta parti itu untuk memburukkan Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika menjadi perdana menteri, sebagai “budak upahan dan suruhan Umno.”
“Dia macam budak-budak, blogger kampung sahaja... jadi bukan standard parti (PAS) untuk membincangkan isu ini (pendedahan Kickdefella)... bukan standard kami,” kata Setiausaha PAS Kelantan Zaki Ibrahim kepada The Malaysian Insider ketika dihubungi di Kota Baru.
Beliau menolak PAS Kelantan akan membincangkan isu berkenaan.
Sehubungan itu beliau mencabar Kickdefella, nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz supaya menyertai Umno dan berhadapan dengan PAS atas nama parti, bukannya sebagai “budak suruhan Umno.”
“Kickdefella hanya mahu dapatkan publisiti murahan. Kita cabar dia mendaftar sebagai ahli Umno, maka kita boleh lawan atas nama parti,” katanya.
Zaki yang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelaboran mengulas tulisan blog Syed Azidi, yang sebelum ini menjadi tumpuan kontroverasi Menteri Besar Kelantan dan menantunya, mendakwa telah dibiayai RM4 juta untuk memburuk-burukkan kepimpinan Abdullah ketika menjadi perdana menteri.
Menurut Syed Azidi, usaha memburuk-burukkan Abdullah yang menjadi perdana menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009 dikenali sebagai Operasi Gerak Saraf.
Beliau menambah, usaha berkenaan dijalankan bagi membolehkan PAS mudah mengatasi Barisan Nasional untuk kekal berkuasa.
PAS memerintah Kelantan sejak 1990.
Kata Syed Azidi, beliau telah membelanjakan sejumlah wang itu sepanjang tiga tahun berkhidmat di Kelantan.
“Sepanjang hampir tiga tahun berkhidmat di Kelantan, saya telah membelanjakan sejumlah hampir lebih RM4 juta untuk membiayai pelbagai aktiviti termasuklah pembelian aset, peralatan, pembayaran upah operasi, percetakan dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan Operasi Gerak Saraf.
“Saya tidak mempunyai wang sebanyak itu,” katanya.
“Dari mana saya mendapat wang sebanyak itu bagi mengendalikan Operasi Gerak Saraf untuk mewujudkan persepsi yang boleh melemahkan Perdana Menteri Abdullah seterusnya mempermudahkan bagi PAS menewaskan Barisan Nasional di Kelantan?” soal beliau.
Mengulas soal pembiayaan RM4 juta pula, Zaki yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan berkata, PAS tidak akan menggunakan wang untuk berhadapan dengan Umno dan BN.
“Kita tidak guna duit untuk menjatuhkan parti tetapi menghadapi Umno, BN atas nama dasar perjuangan, bukannya wang... kita tidak pernah gunakan wang,” katanya.
“PAS parti yang sudah lama ditubuhkan, bergerak sejak 1951, kami tiada duit, kami pun tidak perlu menggunakan duit untuk melawan,” katanya lagi.
Zaki juga menambah, Syed Azidi, yang pernah dianggap sebagai orang kanan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa sengaja mahu “melaga-lagakan pemimpin” PAS negeri dengan membuat dakwaan-dakwaan seperti itu menerusi blognya.
12 April 2010
Kickdefella Nak Jadi Penipu Macam Zul Noordin Jugak Ke?
Semenjak “KICK” ada tuan baru ni, habis diserangnya TGNA. Walaupun dalam isu Arifahmi, saya bersependapat dengan beliau, tapi sejak akhir-akhir ini, tulisan beliau amat melampau.
Saya menahan diri saya menulis berkenaan beliau sebab dinasihatkan jangan melayan Kick sebab nanti akan menaikkan imej beliau.
Saya sengaja mendiamkan diri terhadap Kick walaupun pada mulanya saya telah menghidu bau yang sangat tengik dan busuk melalui artikel beliau yang memuji Zulkifli Noordin Al Kazzab. Agaknya sebab Kick dan Dzul ni dah masuk bakul yang sama, maka terpaksalah dia memuji sesama sendiri.
Namun,sekarang saya mencabar Kickdefella supaya MEMBUAT LAPORAN KEPADA SPRM di atas segala tuduhan beliau yang beliau katakana berlaku kronisma, nepotisma dan rasuah. Dalam isu balak pun, saya mencabar Kickdefella untuk MELAPORKANNYA kepada SPRM bagi berlaku siasatan terperinci terhadap pemberian balak di seluruh Kelantan.
Kalau setakat dedah syarikat balak memberi sumbangan kepada PASTI Kelantan, apa masaalahnya? PASTI Kelantan adalah institusi yang banyak berjasa kepada rakyat Kelantan terutamanya yang miskin.
Bagi yang miskin, pendidikan pra sekolah yang mereka mampu tanggung hanyalah TADIKA KEMAS. Malangnya, Tadika Kemas adalah mempunyai kurikulum yang sekular dan tidak menjurus kepada pembinaan akhlak dan kefahaman Islam.
Maka, PAS menubuhkan PASTI bagi memberi pendidikan pra sekolah Islam yang murah harga yurannya supaya rakyat miskin di Kelantan dapat menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan pra sekolah berteraskan Islam.
Saya sendiri kalau menjadi MB akan MEWAJIBKAN semua syarikat yang mendapat konsesi balak untuk menyumbang kepada PASTI. Ini kerana ia menjamin kelangsungan dakwah, membantu orang miskin, memberi pendidikan pra sekolah yang sesuai dengan kemampuan orang miskin dan yang paling akhir menjadi saingan kepada kurikulum sekular Tadika KEMAS yang tidak membina minda Islam di kalangan kanak-kanak.
Jadi, kalau setakat sumbangan kepada PASTI si Kickdefella nak jadikan isu, saya nasihatkan Kickdefella, pegi main jauh-jauh. BERIBU-RIBU keluarga miskin di Kelantan telah mendapat manfaat yang jelas dari sistem PASTI di Kelantan. Jangan lupa tu wahai Kick.
Lagi satu, seperti yang saya kata sebelum ini, kalau saya menerima hadiah kek dan pakej haji, saya pun tidak akan bertanya kepada pemberi hadiah berapa harga kek atau pakej haji yang hendak dihadiahkan kepada saya.
Itu namanya KURANG AJAR. Adab orang Melayu bila orang bagi hadiah kita terima dengan baik dan tidak menyoal berapa harga hadiah tersebut hatta sebiji gula-gula pun. Mungkin Kick ni orang Siam sebab adab orang Siam mungkin lain dari belah sini.
Saya juga nak tengok di mana Tok Guru Nik Aziz menyimpan wang hasil dari “rasuah balak” seperti yang cuba dilukis oleh Kickdefella. Saya jamin Tok Guru tak makan walau SEDUIT pun hasil balak tersebut.
Akhir kata, berenti lah melalak sana sini wahai Kick. Kalau kamu ada bukti, sila buat laporan SPRM dan biar mahkamah menentukannya.
Saya tahu sapa tuan baru si Kickdefella ni dan mengapa beliau berani menuduh Tok Guru sebagai menderhaka kepada Sultan.
Pelik tak dia boleh dapat surat menyurat yang berkaitan dengan Istana? Mana dia dapat ye?
Tulang Besi
ps CABARAN LAGI SATU PADA KICKDEFELLA:
Sila beri justifikasi terhadap sokongan kamu kepada Zulkifli Noordin AL KAzzab dalam artikel kamu bertajuk Tahniah Zul, Takziah Rais
Kamu mengucap tahniah kepada seorang penipu bernama Zulkifli Noordin yang memperjuangkan Islam versi beliau. Apa justifikasi kamu? Ataupun sebab kamu dan masuk satu kelab dengan si Zul Noordin tu?
Kamu nak jadi penipu macam Zul Noordin jugak ke?



