11 December 2012

Umno seleweng punca Tengku Azlan sokong Pakatan

KUALA LUMPUR 11 Dis: Pengerusi KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan punca Ahli Parlimen Jerantut, Tengku Azlan Sultan Abu Bakar menyokong Pakatan Rakyat walaupun masih bersama Umno kerana sedar parti itu menyeleweng.

“Sikap terbuka Tengku Azlan yang menyenangi perjuangan Pakatan Rakyat disebabkan beliau sedar Umno sekarang tersasar daripada landasan sebenar.

“Saya percaya apa yang dinyatakan itu ikhlas dari hatinya. Sudah pasti beliau menyertai politik tanpa ada kepentingan kerana pangkat, harta semuanya beliau miliki,” katanya kepada Keadilan Daily.


Fauzi berkata, Tengku Azlan juga mungkin menyedari penubuhan Umno atas kepentingan rakyat kini medan untuk mencari kemewahan.

“Umno sekarang adalah ciptaan Tun Mahathir (Mohamad) kerana parti itu pernah diharamkan suatu masa dahulu.

“Pemimpin Umno dulu berjuang memartabatkan Islam dan kemerdekaan negara. Inilah bezanya dengan pemimpin Umno sekarang,” kata Fauzi.

“Saya pasti beliau boleh lihat apa yang berlaku dalam Umno sekarang,” ujarnya.

Semalam, Tengku Azlan yang juga Ketua Umno Bahagian Jerantut, mengakui menyokong perjuangan Pakatan.

Adik kepada Sultan Pahang itu yakin dengan hala tuju Pakatan yang disifatkannya lebih berani bertemu rakyat bagi menerangkan dasar mereka untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

Katanya, tindakan mesra rakyat itu bukan sahaja berjaya meraih undi untuk Pakatan, malah lebih senang mendekati pengundi dengan tawaran menarik.

http://www.keadilandaily.com/?p=41020


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas