YB ZUL Kulim, MP Bebas yang dipecat dari PKR mahu mengulas tentang isu MP Batu, Tian Chua berkenaan kerusi Parlimennya yang kini kontroversi akibat keputusan mahkamah baru-baru ini. Ulasan YB Zul yang terdapat di dalam blognya boleh dibaca di sini. Nampaknya, YB Zul telah `menilik' mengapa Karpal Singh mengulas tentang kerusi MP Batu itu yang mana Karpal Singh menyebut YB Tian Chua terpaksa kosongkan kerusi berkenaan.
YB Zul yang sinonim dengan `Firaun besar dan kecil' itu membayangkan Karpal Singh sememangnya suka kerusi MP Batu dikosongkan kerana mahu diisi oleh Dato' Zaid Ibrahim, katanya. Tambah YB Zul lagi, ini adalah kerana DAP mahu letakkan Dato' Zaid sebagai pengganti kepada DS Anwar yang YB Zul juga telah `menilik' mungkin DS Anwar akan terpenjara lebih lama lagi selepas kes liwat ini dibicarakan. YB Zul secara tidak langsung `sukacita' sekiranya DS Anwar terpenjara.
YB Zul mengagak bahawa DAP lebih suka Dato' Zaid mengganti DS Anwar daripada pemimpin PAS menjadi pengganti untuk mengetuai Pakatan Rakyat sekiranya DS Anwar terpenjara. Itulah hebatnya YB Zul yang boleh meneka fikiran DAP dan juga PAS, sepertimana juga beliau boleh meneka dan percaya bahawa majoriti pengundi di kawasannya masih menyokongnya sekarang. Sebab itulah YB Zul tidak mahu meletakkan jawatannya sebagai MP di Kulim Bandar Bharu.
Kita semua tahu YB Zul kuat kelentong. Semasa era reformasi dulu, kaki kelentong ini sanggup buat apa saja cerita untuk menunjukkan betapa beliau mempertahankan DS Anwar. Orang yang kuat kelentong selalunya takut untuk berdepan atau berdebat. Buktinya sehingga kini cabaran MP Shah Alam YB Khalid untuk berdebat dengan beliau tidak mendapat sambutan darinya. YB Zul suka publisiti murahan apatah lagi sejak kebelakangan ini media pencacai Umno begitu berminat dengan apa jua yang keluar dari mulut beliau.
Sebenarnya hati kecil YB Zul cukup bimbang jika diadakan pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Memang benar, YB Zul bukan ahli Umno atau dari mana-mana komponen Bn, tetapi jiwanya condong ke sana. Beliau tentu tidak mahu melihat Umno atau Bn akan dimalukan lagi selepas Sibu. Apatah lagi yang berjaya memalukan Umno/Bn nanti adalah dari PKR parti yang telah menghumbankannya ke tepi longkang. Jika Umno/Bn malu, beliau pun turut malu kerana selama ini beliau berkokok mengatakan PR kini telah mula kehilangan sokongan rakyat.
Apa jua ulasan dari YB Zul memperlihatkan betapa beliau amat takut jika diadakan pilihanraya kecil di Parlimen Batu. Sebab itu beliau kaitkan dengan teori yang bodoh seperti itu. Buat beliau, kita ingin menyebut bahawa beliau tidak perlu bimbang kerana kerusi Parlimen Batu pasti tidak dikosongkan. Ini adalah kerana Umno/Bn tidak lagi mampu untuk di`telanjangkan' lagi selepas Sibu. Lihatlah nanti kalau tidak percaya./wfauzdin.blogspot.com
21 June 2010
Parlimen Batu - Teori FIRAUN BANGANG Dari Kulim
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 Komen :
Ku ingatkan dia bodoh, rupanya pakejnya dengan buta huruf dan buta undang-undang.... macam mana dia dapat jadi peguam ye?, macam mana dia nak gubal undang-undang ye dengan pakej yang dimiliki?
Barang kali macam Saiful al Jubori ... jumpa Najib dan kucingnya ... untuk sambung pelajaran.
Habis semuanya jadi tunggang terbalik.Langit jatuh ke bumi, bumi naik ke langit.......hancurrrrrr.
Post a Comment