BlogList Malaysia

21 June 2010

Hakim Kekal Keputusan Tian Chua, Tolak Pilihanraya Kecil

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan.

Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.


Peguam dilihat masuk ke kamar hakimpada jam 8.45 pagi untuk mendapatkan penjelasan sama ada keputusannya minggu lalu telah membatalkan kedudukan Tian Chua sebagai ahli parlimen Batu.

Berdasarkan kepada penghakiman Ghazali Khamis lalu, ramai peguam yang berpendapat Tian Chua perlu mengosongkan kerusi parlimennya dan beliau juga dilarang bertanding bagi tempoh lima tahun.

Peguaamnya gagal menemui Ghazali Jumaat lalu bagi mendapatkan penjelasan lanjut.

Ia membabitkan interpretasi Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan berhubung pembatalan kelayakan seseorang ahli parlimen.

Artikel itu menyebut jika seseorang ahli parlimen disabit oleh mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau didenda tidak kurang daripada RM2,000 maka beliau secara automatik terbatal kelayakannya dan pilihan raya kecil perlu diadakankan.

Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000.

Katanya, niatnya mengurangkan hukuman tersebut adalah untuk mengelak pilihan raya kecil diadakan.

1 Komen :

Anonymous ,  June 21, 2010 at 2:03 PM  

heheh..kah..kah...kah...kena gigit denda 2k..klu org lain kene gigit sama jgk ke denda tu...hehhehe...kah...kah...eik...eik....

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas