BlogList Malaysia

21 June 2010

Tanah Mana Pula Bakal Tergadai?

PM Singapura Lawat Najib Esok, Bincang Isu Tanah

Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong akan melakukan lawatan sehari ke Malaysia esok untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Dalam lawatan itu, Lee akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan mempengerusikan bersama mesyuarat delegasi.

Kedua-dua Perdana Menteri akan juga mengadakan persidangan akhbar bersama, menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini.

Najib dan Lee dijangka berbincang mengenai susulan penilaian tanah dan cadangan pertukaran tanah yang dibincangkan oleh kedua-dua pemimpin itu semasa mereka mengadakan pemukiman di Singapura pada 23 dan 24 Mei lepas.


Lee akan diiringi oleh Menteri Hal Ehwal Luar republik itu George Yeo Menteri Pembangunan Nasional, Mah Bow Tan, Menteri Undang-undnag dan Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri K.Shanmugam dan para pegawai kanan dari pelbagai kementerian.

Semasa lawatan itu, Najib akan meraikan Lee dan delegasinya pada jamuan makan malam.

Dalam lawatan Najib ke republik itu bulan lepas, Malaysia dan Singapura bersetuju menangani beberapa isu tertangguh, antaranya republik itu bersetuju memindahkan Stesen Keretapi Tanjong Pagar ke pusat pemeriksaan kereta api Woodlands pada 1 Julai tahun depan di bawah peningkatan Perkara-perkara
Perjanjian (PoA).

Kedua-dua pemimpin bersetuju bahawa sebuah syarikat bersama Malaysia-Singapura, dikenali sebagai M-S Pte Ltd, akan ditubuhkan sebelum 31 Dis tahun ini untuk membangunkan tanah-tanah yang dikosongkan oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) itu di Tanjong Pagar.

Mengenai isu air apabila Perjanjian Air 1961 tamat pada 1 Julai tahun depan, kenyataan itu menyatakan Singapura akan menyerahkan kerja air Skudai kepada pihak berkuasa air Johor dengan percuma dan dalam keadaan baik.

(Bernama)

2 Komen :

azman kamarul June 21, 2010 at 6:13 PM  

ADA LAGILAH TANAH YANG KENA GADAI DEK BARUA NI. BERSIAP SIAGALAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA BAHAWA SEKARANG INI ADALAH ZAMAN MELELONG HARTA BENDA.

MAKLUM SAJALAH HARTA BENDA,TANAH TANIH YANG ADA NI ADALAH HARTA PUSAKA DEPA.DEPA BOLEH BUAT APA SAJA YANG DEPA SUKA.KALAU PEMBANGKANG TEGUR..MULALAH TUDUH SANA FITNAH SINI.

TAK CUKUP GADAI BATU PUTIH, TAK CUKUP GADAI TELAGA MINYAK, TAK CUKUP GADAI TANJUNG PAGAR...MUNGKIN SATU HARI NANTI DEPA GADAI TELUQ RAKYAT NEGARA NI PULAK.

hj jamaludin ,  June 22, 2010 at 1:10 AM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Ada 1 lagi tanah yg mungkin di gadai oleh PM 1 Malaysia iaitu tanah wakaf kepunyaan Sultan Johor( tanah kuburan orang Islam di Pusara Upper Serangoon Road )

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas