KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung yang berlangsung secara aman anjuran Pakatan Rakyat (PR) di Stadium Merdeka Sabtu lepas menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.
Malah beliau berkata ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.
"Pendek kata, apa yang berlaku menunjukkan bahawa islah dan reform kepada apa yang kita lakukan adalah tepat sekali.

"Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana telah menghormati semangat Akta itu," katanya ketika berucap pada majlis perasmian persidangan transformasi perundangan berhubung dengan keselamatan dan hak asasi di sini hari ini.
Najib berkata kerajaan sentiasa komited untuk melahirkan persekitaran undang-undang yang lebih menyokong hak asasi manusia dengan memansuh undang-undang yang menimbulkan polemik seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933 serta meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.
Beliau berkata usaha itu menunjukkan kesungguhan kerajaan dalam mengambil berat tentang kepentingan dan hak rakyat, sentiasa terbuka menerima setiap cadangan dan saranan demi menjadikan sebuah masyarakat yang lebih progresif.
"Kerajaan juga sedar bahawa undang-undang tentang kebebasan awam dan keselamatan negara perlu disesuaikan dengan proses dan amalan demokrasi yang bukan sahaja selaras dengan norma antarabangsa tetapi juga bertunjangkan sistem budaya nilai dan norma kita.
"Pengenalan undang-undang baharu dan penambahbaikan undang-undang sedia ada lebih mencerminkan kehendak kita untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan negara yang matang, lebih progresif dan lebih terbuka. Itulah objektif yang kita akan sama-sama usahakan untuk mencapainya," katanya.
Selain menggubal Akta Perhimpunan Aman 2012, kerajaan mengumumkan untuk mengkaji sepenuhnya Akta Hasutan 1948 bagi diganti dengan Akta Keharmonian Nasional bertujuan mewujudkan mekanisma untuk mempertahan kebebasan bersuara rakyat di samping terus memelihara ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Perdana menteri menegaskan tindakan kerajaan meminda, memansuh dan menukar undang-undang adalah tidak berdasarkan keuntungan politik sebaliknya kerajaan melakukannya setelah menyelami aspirasi rakyat.
Beliau berkata dalam usaha memastikan negara bebas daripada huru-hara dan kekacauan, adalah menjadi tanggungjawab pemimpin, ahli perundangan dan masyarakat madani untuk sentiasa memastikan hak dan kebebasan rakyat dilindungi.
"Kami melakukan perkara ini kerana kami yakin dan percaya ini adalah perkara yang betul untuk dilakukan," katanya.
Persidangan tiga hari bermula hari ini anjuran Jabatan Peguam Negara Malaysia, Razak School of Goverment (RSOG) dan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia itu bertujuan memberi penjelasan lanjut mengenai transformasi beberapa bahagian undang-undang yang sedang dilakukan khususnya berhubung keselamatan
serta hak dan kebebasan asasi.
Antara pembentang kertas kerja ialah peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, tokoh sejarah negara Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pengarah Pusat Pengajian Undang-Undang Asasi Falkulti Undang-undang Universiti Nasional Singapura Andrew James Harding- Bernama
Read More...
Summary only...
Pakar Matematik anggar 700,000 orang sertai HKR
KUALA LUMPUR 13 JANUARI: Pakar matematik, Prof Dr Shahrir Md Zain menganggar lebih 700,000 orang menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, semalam.
Memetik Penang Insight, bekas profesor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilapor membuat anggaran itu di laman facebook beliau.
“Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang satu kilometer (km), jumlahnya 100,000.
“Andaiannya ialah 10,000 kaki sama dengan satu kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
“Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) darab 20 (orang) ialah 100,000 (orang per kilometer).
“Pertanyaan saya, berapa kilometerkah seluruh orang yang datang HKR. Jawapannya ialah 700,000,” katanya dengan mengambil kira pandangan dari atas pada lingkungan tujuh kilometer.
Nyata, ia bertentangan dengan kenyataan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad dalam Buletin Utama TV3 yang hanya menganggar 40,000 orang sahaja menyertai HKR.
Sedangkan twitter rasmi PDRM pula menyebut 80,000 orang menyertai HKR tetapi kemudian membuat pembetulan.
- keadilandaily.com/
Read More...
Summary only...
Pokoknya mampukah penganjur nak sekat dan hadkan kehadiran?
Perhimpunan atau program yang dianjurkan oleh UMNO tak bersyarat ke?
Atau memang kurang dari 30 ribu orang sebenarnya?
Polis: Himpun lebih 30,000 langgar syarat
Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat didapati tidak mematuhi syarat untuk mengumpulkan hanya 30,000 orang.
Beliau berkata perkara tersebut merupakan salah satu daripada tiga syarat yang tidak dipatuhi, yang dikesan oleh pihak polis jika dibandingkan dengan 27 syarat yang telah dipersetujui sebelum ini.
“Seperti yang dipohon 30,000 ribu orang (untuk) berhimpun, tetapi lebih daripada apa mereka kehendaki. Lebih daripada syarat-syarat yang telah dikenakan oleh Ketua Polis Daerah,” katanya.
Menurutnya lagi, dua syarat lagi tidak dipatuhi apabila pihak polis mendapati terdapat peserta membawa kanak-kanak dan membawa plakad yang berbentuk “menghasut, membawa kemarahan atau mengembang perasan permusuhan”.
“Kita akan menjalankan siasatan (berhubung perkara ini),” katanya dalam sidang media di Balai Polis Tun H S Lee berhampiran Stadium Merdeka.
Mengulas mengenai sama ada insiden yang tidak diingini berlaku, Zainuddin berkata tidak ada insiden atau tangkapan yang dibuat sehingga berakhirnya perhimpunan tersebut.
Cuma, katanya, terdapat dua individu yang telah berusia telah pengsan dalam stadium dan dihantar ke hospital.
Mengulas mengenai anggaran jumlah peserta yang hadir, Zainuddin berkata pihaknya menganggar 40,000 hingga 45,000 orang yang hadir.
Beliaui mengulas percanggahan di antara angka dikeluarkan polis sebelum itu iaitu seramai 80,000 orang.
“Oh, sebenarnya itu mungkin satu kesilapan. Sebab orang ramai ini datang daripada pelbagai arah jalan, mungkin perkiraan itu tak betul,” katanya.
Beliau menegaskan jumlah anggaranya peserta sebanyak 40,000 hingga 45,000 termasuk peserta di luar stadium.
Beliau berkata sebanyak 200 anggota polis ditugaskan dalam memudahcara pergerakan peserta termasuk menjaga keselamatan dan lalulintas.
Ditanya terdapat rungutan bahawa anggota marshal polis tidak mengiringi wartawan pada perhimpunan ini, Zainuddin berkata pihaknya ada menyedia marshal berjumlah 80 orang.
“Kita sediakan, tetapi pihak media tidak memohon untuk diberi iringan, jadi tak adalah,” katanya.
Ditanya sama ada pihak polis akan lebih terbuka dengan perhimpunan pada masa depan memandangkan kejayaan mengendalikan perhimpunan kali ini, Zainuddin berkata:
“Ya, sebagai pasukan penguatkuasaan undang-undang, itulah yang kita mahu. Orang ramai perlu mematuhi undang-undang pada perhimpunan ini, iaitu Akta Perhimpunan Aman 2012.
- mountdweller
Read More...
Summary only...
Tiada sebab untuk tukar k'jaan, kata Muhyiddin
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan BN telah membawa keamanan dan kesejahteraan untuk semua kaum di negara ini.
Justeru, katanya tiada sebab untuk menukar kerajaan pimpinan Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata rakyat perlu bijak menilai apa yang berlaku di luar negara dan membandingkan dengan kehidupan yang mereka kecapi di negara ini.
"Kerajaan bagus, ekonomi baik, jadi kenapa nak tukar?," katanya ketika berucap pada majlis Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Dataran Karak dekat Bentong, hari ini yang dihadiri lebih 30,000 orang.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Datuk Seri G. Palanivel.
Muhyiddin berkata rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang yang cuba memutarbelitkan pelbagai perkara untuk kepentingan politik sempit mereka.
"Negara kita sebenarnya telah menepati apa yang disebut dalam Al-Quran sebagai "baldatun tayyibatun warabun ghafur" yang bermaksud "negara yang baik dan diampuni Tuhan,"
Menurutnya kerajaan BN mampu dan berkeupayaan untuk terus memberi pelindungan, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.
Beliau berkata ini terbukti apabila pihak luar juga kagum dengan kerajaan Malaysia yang berjaya mengurus tadbir negara dengan cekap selain memastikan masyarakat majmuk hidup dalam aman dan sejahtera.
"Ada yang berkata masyarakat majmuk di Malaysia yang berlainan agama, kaum dan budaya akan menghadapi krisis kaum sepanjang masa. Tapi kita ternyata mampu pastikan rakyat hidup aman dan sejahtera," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan BN juga telah membawa pelbagai perubahan menerusi pelan transformasi nasional yang dilihat banyak memberi manafaat kepada rakyat.
Sebaliknya, pemimpin pembangkang sering membuat pelbagai dakwaan yang tidak berasas kepada kepimpinan kerajaan BN.
"Untuk itu, rakyat perlu menilai apa yang benar dan memilih parti yang benar-benar dapat menjamin kesejahteraan buat mereka," katanya.
- Bernama
Read More...
Summary only...
3.13pm: Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menyampaikan sebuah sajak yang bertajuk "Di atas padang sejarah".
Sebelum mendeklamasikan sajak, A Samad memberitahu bahawa beliau memang ingin melihat lautan manusia.
Beliau turut meminta ribuan yang hadir di Stadium Merdeka hari ini untuk "ubah".
"Dalam hidup saya yang sudah berusia 80 tahun, saya memang mengimpikan lihat lautan insan.
"Yang ini... Ubah sekarang," katanya.
3.04pm: Para peserta di dalam stadium bergilir-gilir bangun dan membuat gelombang ombak ketika Ito daripada kumpulan Blues Gang menyampaikan sebuah lagu yang bertajuk "Ubah".
3.00pm: Pengerusi PersatuanAnak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman sedang berucap.
Sebelum berucap beliau melaungkan 'Undur Isa Samad".
Maslan berkata, warga Felda sedang bangkit untuk melakukan perubahan.
"Hari ini warga Felda sedang bangkit untuk nyahkan dan lakukan perubahan.
"Selama ini BN berkuasa kerana sokongan besar. Insya-Allah ini kali warga Felda akan bangkit dan menuju ke Putrajaya," katanya.
2.51pm: Menurut Twitter terkini polis, stadium dipenuhi oleh kira-kira 80,000 orang pada jam 2.45pm.
2.50pm: Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga menyampaikan ucapan. Beliau berkata, BERSIH merupakan NGO berjuang untuk rakyat dan tidak memihak kepada mana-mana parti.
Menurutnya lagi, BERSIH adalah untuk memelihara hak rakyat dan PRU akan datang.
"Kita tak memihak kepada mana-mana parti. Kita berjuang untuk rakyat. Saya harap anda semua akan keluar mengundi pada PRU13," katanya.
Read More...
Summary only...
2.40pm: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang dan pengerusi DAP Karpal Singh baru tiba dan masuk ke dalam stadium.
2.31pm: Wakil daripada bekas anggota tentera KERABAT, yang menegaskan anggota tentera bukanlah balaci kepada BN. Ia disambut dengan laungan reformasi dan sorakan para hadirin.
2.30pm: Datuk Seri Anwar Ibrahim sampai ke stadium, disambut dengan laungan reformasi. Beliau melambai pada hadirin.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR 12 Jan: Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu kini berada dalam Stadium Merdeka bersama 30,000 rakyat yang semakin menambah bilangan sehingga ke petang ini.
Mereka yang berarak dari lapan lokasi berkumpul sejak pagi tadi mula memenuhi separuh dari padang stadium.
Dianggarkan, 15,000 hingga 20,000 berarak menghampiri jalan stadium.
Keadaan di luar stadium bagaikan pesta. Pelbagai produk dijual termasuk makanan, t-shirt, cekera padat dan cenderamata.
Helikopter polis pula terbang berlegar rendah mengelilingi stadium.
Melihat itu, orang ramai bersorak menggamatkan suasana stadium.
Dilaporkan, Mat Sabu sekarang memberi penjelasan ringkas kepada peserta mengenai himpunan yang secara rasmi berlangsung mulai jam 2 petang ini.
Pembesar suara turut dipasang di luar stadium.
Himpunan Kebangkitan Rakyat hari ini mencipta sejarah apabila diadakan di dalam stadium.
Ia kali pertama dibenarkan oleh polis di stadium, setelah beberapa himpunan Pakatan Rakyat terpaksa turun ke jalan raya ekoran ‘pengharaman’ kerajaan.
Pelbagai kaum dilihat hadir di sini dengan memakai baju warna tema himpunan termasuk hijau, kuning, merah, oren dan ungu.
Kumpulan itu berjalan dari lokasi-lokasi terpilih dan sebahagiannya menaiki LRT dan monorel di Hang Tuah, stesen berdekatan stadium.
Read More...
Summary only...
LAPORAN LANGSUNG
1.11pm: Dang Wangi - Polis berkata mereka membenarkan peserta memasuki Stadium Merdeka lebih awal kerana penganjur menyewa stadium untuk sehari suntuk.
1:00pm: Jalan Tun Perak - Kumpulan aktivis SAMM melalui kawasan di hadapan Menara Maybank untuk menuju ke Jalan Sultan.
Sambil berarak mereka melaungkan slogan "Bangkit rakyat", "Kita lawan, rejim korup" dan ada juga yang membawa poster anti-PTPTN dan dengan slogan "Keadilan untuk Teoh Beng Hock".
12.48: LRT Pasar Seni - Hujan rintik-rintik mula turun ketika ratusan penyokong berjalan ke stadium. Kebanyakannnya mengenaikan pakaian berwarna kuning - warna BERSIH, serta hijau - warna Himpunan Hijau.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR: Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat kecewa terhadap keengganan pihak pengurusan Stadium Merdeka bertemu dengan mereka hari ini.
Kunjungan hari ini sepatutnya bagi mendapatkan maklum balas daripada pihak pengurusan Stadium Merdeka berkaitan surat permohonan menyewa Stadium Merdeka bagi mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) pada 12 Januari ini.
Sekretariat HKR sudah menhantar surat tersebut pada 26 Disember lalu namun belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak pengurusan meskipun dua kali tindakan susulan diambil pihak sekretariat.
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia (DMPM), Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, tindakan pihak pengurusan yang langsung tidak menghantar wakil untuk bertemu mereka sangat tidak profesional.
Sedangkan katanya, kehadiran mereka hari ini sudah dimaklumkan lebih awal.
"Pemuda cuma nak hantar surat mendesak pihak pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan surat kebenaran menggunakan stadium.
"Kami tunggu hampir satu jam tapi tak ada seorang pun wakil pihak pengurusan datang berjumpa kami.
"Ini sikap yang tak baik dan tak profesional dari pengurusan stadium melayan tetamu," katanya kepada pemberita di hadapan bangunan Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Sementara itu, Setiausaha Angkatan Muda Malaysia (AMK), Julailey Jemadi mempersoal kesukaran pihak pengurusan membenarkan penggunaan stadium sedangkan pihak polis sudah memberi lampu hijau kepada HKR.
"Pihak polis sudah bagi jaminan akan menjaga keselamatan pada hari tersebut jadi kenapa pihak pengurusan stadium masih berlengah-lengah?
"Kami akan terus mendesak pihak pengurusan mengeluarkan surat kebenaran," katanya.
Turut bersama ialah Sekretariat Pakatan Rakyat, Adib Ishar.
Menurutnya, sekretariat Pakatan masih bertekad untuk menggunakan Stadium Merdeka.
"Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pilihan pertama kami Stadium Merdeka, pilihan kedua dan ketiga juga Stadium Merdeka," katanya.
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR, 9 Julai — Di sebalik sekatan dan halangan di samping meredah hujan sekitar pukul 2 petang tadi, sekumpulan 600 penyokong Himpunan Bersih 2.0 dengan diiringi Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba di kawasan Stadium Merdeka.
Mereka tiba di Stadium Merdeka meskipun tidak disertai pemimpin-pemimpin kanan mereka, yang sebahagian besarnya ditahan polis sejak 12.45 tengah hari tadi.
Samad merupakan antara individu yang disoal siasat kerana berucap pada majlis pelancaran Bersih 2.0 di ibu negara bulan lalu.
Tinjauan mendapati kumpulan penyokong itu menghampiri kawasan Stadium Merdeka sekitar 3 petang selepas siri tembakan gas pemedih mata oleh FRU di kawasan Hentian Puduraya-Menara Maybank.
Pasukan keselamatan meningkatkan tindakan mereka ke atas penyokong Bersih 2.0 sejak awal pagi tadi dan menahan lebih 500 orang setakat 1 tengah hari tadi.
Meskipun pemimpin kanan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat tidak bersama mereka, dalam kumpulan kecil-kecilan, menuju ke kawasan Stadium Merdeka.
Di kawasan Stadium Merdeka polis terus melepaskan gas pemedih mata selepas meminta mereka bersurai.
Terdahulu ketika bercakap kepada pemberita di Hotel KL Hilton, KL Sentral, tempat pemimpin Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat berhimpun, Samad berkata golongan seniman mesti bercakap terhadap salah guna kuasa dan harus memainkan peranan di pentas utama.
Read More...
Summary only...
2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.
2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.
Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.
Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.
1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.
Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.
Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.
Read More...
Summary only...
Penganjur BERSIH 2.0 membuat ketetapan rasmi untuk berhimpun di tempat letak kereta Stadium Merdeka esok walaupun dilarang polis yang memberi amaran untuk menangkap mereka yang menyertai perhimpunan tersebut.
Dalam kenyataannya, BERSIH 2.0 menegaskan pihaknya semakin komited untuk berhimpun secara aman bersama rakyat Malaysia dalam menuntut pilihan raya bebas dan adil.
“Rakyat Malaysia daripada segenap lapisan telah melalui perjalanan jauh dan penuh cabaran untuk sampai di saat yang genting ini yang bakal mencorakkan sejarah negara kita.
“Dengan kurang 24 jam tinggal untuk perhimpunan aman BERSIH, tekad kami untuk mengharungi fasa terakhir dan yang paling sukar dalam ranjau ini... adalah lebih kukuh daripada sebelumnya dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil demi membina Malaysia yang lebih bagus,” kata gabungan itu.
Kenyataan itu mencerminkan pendirian muktamad BERSIH untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka meskipun dilarang oleh polis dan jemaah menteri.
Gabungan 62 NGO itu juga kesal kerana pihak berkuasa mengenakan pelbagai sekatan dalam usaha membatalkan perhimpunan itu.
“Walaupun berdepan dengan tawaran stadium yang dibuat secara tidak ikhlas, dan kemudian dinafikan permit, serta tangkapan, penahanan dan macam-macam lagi, kami telah berusaha bersungguh-sungguh untuk berurus dengan kerajaan secara ikhlas.
“Namun segala usaha kami itu dibalas dengan pelbagai sekatan,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, menurut BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini tidak ada sebarang sekatan yang akan memintas usaha ke arah keamanan dan keadilan.
“Pada 9 Julai kami akan menegakkan hak perlembagaan kami untuk berhimpun secara aman di Stadium Merdeka.
“Tidak ada mana-mana agensi kerajaan yang berhak untuk melarang rakyat daripada bergerak secara bebas... di ibu negara kita. Tidak ada ugutan dan hasutan yang boleh menafikan kebenaran asas ini,” kata BERSIH 2.0 lagi.
Menurut gabungan itu adalah amat penting, lebih-lebih lagi sekarang untuk rakyat yang patriotik untuk bangkit dan bersatu demi menyelamatkan Malaysia daripada tergelongsor lebih jauh ke dalam lurah kegelapan.
“Kita akan berkumpul di tempat letak kereta dan percaya pintu (stadium) akan dibuka kepada kita.
“Ini adalah saat penting dalam sejarah dan kami yakin rakyat akan menyambut seruan untuk mempertahankan prinsip-prinsip yang membentuk Malaysia. Bersama-sama kita berjuang untuk mewariskan kepada anak-anak kita sebuah negara yang adil, demokratik, dan penuh dalam kasih sayang untuk satu sama lain,” katanya.
Dipetik dari Malaysiakini
Read More...
Summary only...
Polis akan membenarkan perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini di Stadium Shah Alam di sini asalkan penganjurnya mendapat kebenaran untuk berbuat demikian.
Ketua Polis Shah Alam ACP Ahmad Zahedi Ayob bagaimanapun mengesahkan tiada permit dikeluarkan setakat ini kepada penganjur berkenaan.
“Kita tidak menerima sebarang permohonan mendapatkan permit daripada mereka setakat ini bagi mengadakan perhimpunan di stadium.
“Tetapi jika mereka mendapat permit, barulah mereka boleh meneruskannya dengan syarat perhimpunan itu diadakan dalam suasana aman dan mengikut undang-undang,” katanya dipetik Bernama Online.
The Malaysia Insider
Read More...
Summary only...
Buat di jalan depa kata peniaga rugi taxi rugi, buat di stadium depa kata faktor sejarah ... kepala bapak hampa lah
KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bukan milik Umno dan bukan parti itu sahaja yang layak menggunakan kemudahan stadium tersebut, kata Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Anuar Ahmad Zainuddin.
Beliau mengulas kenyataan Pemuda Umno yang membantah keputusan Bersih 2.0 memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.
Khairul berkata, Pemuda Umno memberi hujah dangkal untuk tidak membenarkan stadium itu digunakan, atas alasan ia mempunyai nilai sejarah termasuk menjadi tempat pemasyuran kemerdekaan.
“Bukan Umno sahaja yang memperjuangkan kemerdekaan. Banyak pihak lain yang menitiskan darah dan keringat memperjuangkan kemerdekaan.
“Mereka tidak berhak menghalang stadium itu digunakan untuk himpunan Bersih.Hak untuk berhimpun secara aman termaktub dalam Perlembagaan Malaysia melalui permasyhuran kemerdekaan yang dibaca Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, di Stadium Merdeka,” katanya.
Justeru katanya, ia merupakan hak kepada seluruh warganegara Malaysia untuk mengadakan perhimpunan aman di stadium berkenaan.
“Ia boleh digunakan tak kira sama ada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mahu pun Patriot,”
“Tapi, kalau Patriot nak himpun di Stadium Shah Alam pun tiada masalah, (tapi) kena mohon permit dengan MBSA (Majlis Bandaraya Shah Alam) dahulu,” kata Khairul.
Menurut Khairul, jika 54 tahun dahulu Tunku Abdul Rahman membacakan permasyhuran kemerdekaan di Stadium Merdeka bagi membina sebuah negara yang bebas dan adil, himpunan Sabtu ini mengulangi simbolik itu.
“Maka, himpunan Bersih 9 Julai ini adalah simbolik rakyat Malaysia mempertegas semula ikrar kemerdekaan itu. Ia adalah tanda bagi mengembalikan hak rakyat Malaysia untuk memilih pemimpin negara secara telus bebas dan adil,” tegasnya.
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican hari ini berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah.
Beliau juga menyebut ia tidak boleh digunakan memandangkan Stadium Shah Alam sudah pun ditawarkan untuk tujuan perhimpunan itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16725
Read More...
Summary only...