BlogList Malaysia
Showing posts with label pkns. Show all posts
Showing posts with label pkns. Show all posts

21 November 2012

Donald Lim berbohong; PKNS bina 12,000 rumah mampu milik

Dakwaan Datuk Donald Lim tentang tiada rumah mampu milik untuk rakyat yang dibina oleh kerajaan negeri Selangor kini semakin terserlah pembohongannya. Ia tidak berdasarkan fakta, tidak cermat, mengelirukan dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang timbalan menteri kewangan dan juga Pengerusi MCA Negeri Selangor.

Jika kita melihat gambar terbaru ini, pastinya kelentong orang MCA ini setaraf dengan kelentong Noh Omar orang UMNO.

Adakah Donald Lim fikir rakyat bodoh atau buta matanya – setiap masa?


Politik pembohongan dan fitnah ini jelas menjadi budaya dalam Barisan Nasional, budaya ini pastinya dipelupori oleh UMNO dan kini diikuti oleh MCA dan MIC serta parti komponen yang lain.

PKNS sedang membina lebih kurang 2,700 unit mampu milik. Di antara 2013-2020, PKNS bercadang membina kebih 9,200 unit rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor.

Dengan senario ini Donald Lim tyelahmeletakkan dirinya setaraf dengan elit-elit UMNO yang suka berbohong. Malah pembohongan beliau ini mengesahkan lagi bahawa beliau tidak layak menjadi timbalan menteri dan mentadbir kementeriannya.

Nasihat kita kepada Donald Lim, jika mahu Berjaya dan dipercayai oleh rakyat, maka janganlah mengikjejak langkah Presidennya termasuk elit-elit UMNO.

-KLdaily


Read More...

20 November 2012

Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan

KENYATAAN MEDIA

Dakwaan Noh Omar Tidak Berasas Dan Mengelirukan

SHAH ALAM, 20 Nov : Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan dakwaan yang dibuat Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mengenai anak syarikat PKNS iaitu Worldwide Holdings Bhd (WHB) yang dikatakan merancang menjual sebahagian pegangan sahamnya bernilai RM 150 juta kepada syarikat bukan Bumiputra.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim, berkata, WHB tidak akan menjual pegangan sahamnya itu kepada mana - mana pihak dan akan kekal menjadi milik perbadanan itu.


“PKNS menubuhkan anak syarikat untuk memiliki aset komersial PKNS dan proses pertukaran nama pengarah serta pemegang saham 'shell company' ini diuruskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Setiausaha Syarikat."

“Ini adalah isu pentadbiran yang biasa dilakukan dan melibatkan SSM serta Setiausaha Syarikat,” katanya yang menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai tidak berasas dan mengelirukan.

WHB merupakan anak syarikat PKNS yang menjalankan empat aktiviti perniagaan utama iaitu pelaburan dan pembangunan hartanah, perkhidmatan pengurusan alam sekitar, penjana kuasa bebas, pelaburan dan pembuatan peralatan perubatan.

Sementara itu, Ishak juga menyifatkan tuduhan yang dilemparkan itu sebagai tindakan yang tidak beretika dan boleh mengelirukan pelanggan – pelanggan dan rakan niaga PKNS dan WHB serta orang awam.

“PKNS dan WHB tidak berminat untuk terlibat dalam polemik politik dan menggesa agar pihak yang terlibat untuk memeriksa dan memastikan kesahihan fakta terlebih dahulu sebelum melontarkan sebarang dakwaan di media,” katanya lagi.

- www.pkns.gov.my -



Read More...

18 November 2012

Noh meracau disampuk 'hantu jadian' PKNS

Nov 18 - Menteri Pertanian, Noh Omar sekali lagi memperlihatkan bagaimana beliau kekeringan isu dan berhati busuk bagi seorang yang bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor.

Setelah beberapa isu yang telah beliau 'dedahkan' memakan diri sendiri, kini Noh mereka cipta satu lagi isu 'sensasi' yang kononnya diharapkan dapat menekan PKNS dan sekaligus menyerang Pakatan Rakyat.

Noh mendakwa kononnya anak syarikat PKNS, Worldwide Holdings, merancang menjual kepentingannya bernilai RM150 juta kepada Bukan Bumiputra.


Menggunakan senjata media tidak bermaruah seperti Utusan Malaysia dan Bernama, Noh serta UMNO menjaja isu ini ke seluruh negara kononnya Pakatan dan PKNS menjual hak Melayu.

Isu-isu tanpa asas yang dikokok oleh Noh turut dipaparkan dalam portal berita alternatif yang tidak berusaha mendapat ulasan PKNS.

Tidak cukup dengan itu, sebilangan pemimpin Pakatan Rakyat turut terpengaruh dengan hasutan fitnah Noh dan menyerang PKNS tanpa usul periksa.

Worldwide adalah sebuah anak syarikat milik penuh PKNS dan tidak pernah timbul sebarang persoalan untuk menjual saham Worldwide kepada mana-mana pihak pun.

Dengan bantuan juak-juak UMNO di dalam PKNS, Noh ingin menggagalkan usaha PKNS untuk meningkatkan daya saing serta keuntungan organisasi yang akan digunakan untuk membina lebih banyak rumah mampu milik.

Fakta sebenar yang dikaburi oleh Noh ialah PKNS mendapat tawaran daripada syarikat luar negara untuk membeli bangunan milik Worldwide (Menara Worldwide) bernilai RM350 juta tetapi PKNS tidak berhasrat menjual bangunan tersebut.

Sebaliknya, Worldwide akan memindahkan milikan bangunan tersebut kepada sebuah lagi anak syarikat milik penuh PKNS dengan nilai RM250 juta sahaja; RM150 juta dalam bentuk pinjaman dan RM100 juta dalam bentuk tunai.

Ini bermaksud PKNS dan Worldwide melepaskan peluang untuk membuat keuntungan tambahan sebanyak RM100 juta dan bertindak menguruskan sendiri bangunan tersebut.

Seperti urusniaga biasa untuk mendaftar sebuah anak syarikat, PKNS membeli sebuah syarikat 'shell/dormant' bernilai RM2 yang akan ditukar milikan saham serta barisan pengarah syarikat tersebut kepada PKNS.

Hanya disebabkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Setiausaha Syarikat mengambil masa untuk menukar nama pengarah dan milikan saham syarikat 'dormant' tersebut, Noh berkokok riuh sekampung.

Sedangkan urusniaga korporat ini menurut nasihat badan profesional PriceWaterhouseCoopers (PwC) menurut best practice urusniaga kotporat.

PKNS kini turut menerima pelbagai pengiktirafan termasuk daripada Transparency International dan SPRM dalam perlaksanaan tender terbuka, tadbir urus dan integriti korporat.

Keuntungan tertinggi yang dicatat oleh PKNS sebanyak RM420 juta pada 2011, telah membolehkan PKNS mengagihkan keuntungan menerusi bonus kepada warga kerja PKNS, 98% adalah di kalangan orang Melayu.

Keuntungan ini juga membolehkan PKNS kini sedang membina 2,761 unit rumah mampu milik dan merancang membina tambahan 9,241 unit rumah mampu milik dalam masa 8 tahun ke hadapan.

Oleh itu, tidak timbul langsung isu PKNS atau Worldwide menjual saham kepada sesiapapun, Melayu atau Bukan Melayu.

Yang nyata ialah, kerja-kerja propaganda Noh dan Utusan tidak bersandarkan fakta tetapi merupakan ilusi dan fitnah untuk mencalarkan imej PKNS dan Pakatan Rakyat.

Wajar untuk kita renungi firman Allah S.W.T. : "Wahai orang-orang yang beriman, apabila datang seorang fasiq dengan membawa suatu informasi maka periksalah dengan teliti agar kalian tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum karena suatu kebodohan, sehingga kalian menyesali perbuatan yang telah kalian lakukan" (Al-Hujurat:6)


Read More...

13 November 2012

Serangan Balas PKNS Terhadap Zaini Hassan Dan Utusan

Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaini Hassan nyata tertekan akibat fitnah yang dimainkan beliau sendiri menerusi lidah propaganda UMNO, Utusan Malaysia.

Fitnah demi fitnah yang ditaburkan menerusi pemesongan fakta bagi mempengaruhi kaum Melayu untuk berprasangka buruk terhadap Pakatan Rakyat dengan menggunakan agensi Kerajaan Negeri, PKNS, sebagai punching bag.

Sebagai sebuah agensi Kerajaan Negeri, PKNS, telah dipertanggungjawabkan untuk mengangkat martabat Melayu dan Bumiputra khususnya di Negeri Selangor.


Dalam masa empat tahun pemerintahan Pakatan Rakyat, PKNS telah berjaya menempatkan diri sebagai Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) terbaik di dalam negara berbanding dengan negeri-negeri lain dan dianugerahkan “Best SEDC” pada tahun 2011.

Ini dibuktikan dengan kemampuan PKNS untuk membayar zakat dan cukai kepada Lembaga Zakat, Kerajaan Negeri dan Pusat berjumlah hampir RM300 juta dalam masa tidak sampai empat tahun.

Namun begitu, Zaini Hassan dan Utusan Malaysia menutup mata dan telinga dan tidak memperakui pencapaian PKNS hasil daripada titik peluh dan keringat warga kerja PKNS yang 99% terdiri daripada orang Melayu.

PKNS telah mencatatkan keruntungan demi keuntungan hasil dari operasi yang bersandarkan tahap ketelusan dan akauntabliti yang tinggi dengan diperakui sendiri oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Transparency International.

Keuntungan sebanyak RM420 juta yang dicatat oleh PKNS pada tahun 2011 telah membolehkan PKNS untuk terus menerus melaksanakan tanggungjawab mereka dengan pembinaan rumah-rumah mampu milik bagi nikmat rakyat Negeri Selangor, amnya dan masyarakat Melayu dan Bumiputra, khasnya.

Di samping itu, warga kerja PKNS turut mendapat habuan bonus sebanyak 7 bulan pada tahun 2011, sesuatu yang hanya dapat dicapai oleh syarikat-syarikat swasta, GLC dan Multi National Company. Keuntungan PKNS dikongsi dengan warga kerja yang juga kaum Melayu dan Bumiputra.

Zaini dan Utusan tidak mahu orang awam untuk diberitahu mengenai projek-projek rakyat seperti pembinaan 12,000 unit rumah-rumah mampu milik di seluruh Negeri Selangor daripada 2008 sehingga 2020.

Zaini dan Utusan juga mahu menidakkan kebijaksanaan rakyat dengan memadamkan fakta bahawa 80% daripada pembeli rumah-rumah PKNS adalah terdiri dari kalangan orang Melayu.

Tidak cukup dengan perasaan hasad dengki, Zaini dan Utusan terus menerus memfitnah bahawa kononnya PKNS menyelamatkan hutang tokeh Cina tuanpunya Kumpulan Talam yang juga kroni UMNO sedangkan hakikat sebenarnya, PKNS tidak menggunakan satu sen pun daripada tabung dana PKNS bagi urusniaga Kerajaan Negeri untuk mengutip hutang bernilai RM392 juta daripada Kumpulan Talam.

Malah, PKNS mendapat yuran perkhidmatan sebanyak RM70,000 kerana bertindak sebagai Special Purpose Vehicle bagi Kerajaan Negeri mengutip hutang daripada Talam.

UMNO terus memutar belitkan fakta bagi mengaburi kejayaan Kerajaan Negeri Selangor mengutip kembali hutang berjumlah RM392 juta tersebut daripada Talam bagi manfaat rakyat Negeri Selangor.

Perkakas-perkakas UMNO menggunakan NGO-NGO yang tidak bermaruah seperti Sohaimi Shahadan menerusi GPRS, Azwanddin Hamzah menerusi JMM dan Hamidzun Khairuddin menerusi GAPS untuk menghasut rakyat bagi melakukan demo terhadap PKNS saban hari.

Azwanddin dan Hamidzun bertindak sebagai front-men Ezam Mohd Noor yang bercita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor dengan cuba membuktikan kepada Najib Razak bahawa tindakan mereka itu akan membolehkan UMNO kembali menguasai tampuk kepimpinan Negeri Selangor.

Tindakan mereka ini telah dilambung tinggi oleh Zaini dan Utusan yang kini terperangkap dengan fitnah rekaan mereka sendiri.

Tidak cukup dengan permainan politik jijik mereka, Zaini dan Utusan menambah lagi dosa fitnah mereka dengan mendakwa kononnya PKNS akan menjual aset-aset komersil mereka sedangkan PKNS hanya memindah milik aset-aset tersebut kepada anak syarikat milik penuh PKNS sendiri.

Terdesaknya Zaini dan Utusan untuk mencalarkan Pakatan Rakyat, mereka sanggup mempergunakan nama Istana dan mengheret Sultan Selangor bagi memajukan politik perkauman sempit mereka.

Apa yang telah mereka capai adalah untuk menabur pasir ke atas periuk nasi lebih 1,500 orang warga kerja sebuah institusi yang telah berjaya mengangkat martabat kaum Melayu dan Bumiputra serta seluruh rakyat Negeri Selangor.

Akibat daripada keceluparan Zaini dan Utusan, PKNS tidak mempunyai pilihan lain selain daripada mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang memfitnah dan mencemarkan imej serta kredibiliti PKNS.

Jadi siapakah pejuang Melayu sebenarnya?

Penulis upahan seperti Zaini Hassan dengan alat propanda UMNO, Utusan Malaysia atau politikus upahan seperti Sohaimi, Azwanddin, Hamidzun dan Ezam ATAU sebuah institusi yang telah berjuang sepanjang 48 tahun untuk mengangkat kedudukan Melayu dan Bumiputra menerusi program-program pembangunan usahawan dan pembinaan rumah-rumah mampu milik untuk rakyat?

Siapa pula yang cuba untuk mencalarkan, menekan dan memfitnah institusi yang memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputra?

Jawapannya amat jelas, terang dan nyata.

Semoga Allah S.W.T. melindungi rakyat Negeri Selangor, kaum Melayu dan Bumiputra daripada dipengaruhi oleh fitnah-fitnah yang berleluasa akibat puak-puak desperado oportunis politik yang tidak bermaruah ini. –KLd

kldailyblog.wordpress.com


Read More...

02 November 2012

Notis Saman PKNS Terhadap Utusan Malaysia

UTUSAN MALAYSIA FITNAH, PKNS KEMUKA NOTIS TUNTUTAN

Nov 1 - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini mengemukakan notis tuntutan terhadap Utusan Malaysia dan penulis ruangan Cuit akhbar itu, Zaini Hassan berhubung penyiaran artikel berunsurkan fitnah terhadap perbadanan itu.

Ketua Pegawai Integriti PKNS, Norita Mohd Sidek berkata artikel yang disiarkan dengan tajuk “Jual aset PKNS : Sultan Selangor murka?” bertarikh 31 Oktober 2012 itu seolah-olah memberi gambaran yang PKNS terlibat dalam amalan bisnes yang tidak sah; terlibat dengan kesalahan jenayah; tidak jujur, korup dan tidak beretika.


Beliau berkata penyiaran artikel berkenaan juga memberi gambaran seolah-olah PKNS telah mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Selangor.

“Kenyataan yang dikeluarkan adalah salah, berniat jahat dan ditulis semberono tanpa usul periksa dengan tujuan untuk menjatuhkan imej PKNS di mata umum,” katanya.

Justeru dengan penyiaran artikel berkenaan, PKNS menuntut Utusan Malaysia dan Zaini mengeluarkan artikel berkenaan dari siaran, mengemukakan permohonan maaf yang telah dipersetujui PKNS di akhbar atau media yang dipilih PKNS dan memberi akujanji untuk tidak akan mengulangi sebarang kenyataan yang mengandungi unsur fitnah, hasutan dan seumpamanya.

“Selain tuntutan ganti rugi, PKNS tidak akan teragak-agak untuk meneruskan tindakan undang-undang sekiranya maklumbalas yang diterima oleh pihak yang dituntut tidak memuaskan,” katanya.

www.kldailyblog.wordpress.com


Read More...

05 September 2010

TV3.. Ini Contoh Iklan Yang Baik Dari Selangor

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas