BlogList Malaysia
Showing posts with label pas pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pas pulau pinang. Show all posts

30 March 2012

PANAS - 21 Pemuda Umno Pulau Pinang Sertai Pas

JELUTONG, 29 Mac: Ketika riuh rendah Umno menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang, seramai 21 orang dari Pemuda Umno Kampong Dodoi Pulau Pinang menyerahkan borang permohonan menjadi ahli PAS.

Mereka berbuat demikian dalam satu majlis yang diadakan di perkarangan Pasti cawangan Kampong Dodoi malam ini.

Berucap dalam majlis penyerahan borang ialah Ustaz Taqiyudin Hamzah YDP PAS Jelutong dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.


AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari mereka.

Beliau turut memberi ucapan dan mengalu-alukan penyertaan Pemuda Umno yang membuat pilihan yang tepat dalam keputusan mereka.

"Ini satu kehebatan kerana di sebalik serangan bertubi-tubi Umno terhadap PR di Pulau Pinang dan PAS, mereka tetap bertegas untuk bersama PAS," kata Mujahid dalam ucapan itu.

Dr Mujahid juga menyatakan bahawa PAS adalah parti pilihan terbaik untuk orang Melayu Pulau Pinang memandangkan kerajaan yang memerinah hari ini adalah dari Pakatan Rakyat.

Dengan memberikan sokongan kepada PAS, suara orang Melayu akan dapat diperjuangkan dengan lebih berkesan, jikalau tidak Umno akan menjadikan orang Melayu sebagai umpan politik mereka dan akhirnya merugikan orang Melayu di Pulau Pinang.

Turut hadir ialah Ketua AMK Jelutong sdr Khairil Anuar Kamarudin.

Menurut Pemuda Umno yang berhijrah ke PAS, mereka sudah muak dengan sikap Umno yang hanya menggunakan mereka bila diperlukan tetapi dalam banyak keadaan meminggirkan sumbangan mereka.



Read More...

28 March 2012

Isu lompat parti : Ini semua fitnah Umno..

Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Salleh Man hari ini menafikan spekulasi bahawa beliau merancang untuk melompat atau meninggalkan parti kerana tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri pimpinan DAP.

ADUN Permatang Pasir berkata, dakwaan itu dibuat oleh "budak Umno" yang menangkap gambarnya bersama Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh Mohd Zaidi Mohd Said dan penyelaras BN Permatang Pauh Rahim Man.

Salleh berkata, mereka hanya bersalaman dan tidak banyak bercakap sebelum beliau beredar selepas mendapati sekumpulan anggota Puteri Umno mengadakan pertemuan di situ.


Namun, Adun Permatang Pasir itu tidak mengulas mengenai dakwaan kononnya beliau mahu membuat kejutan ketika ceramah Hasan Ali dikawasan beliau pada 7 April nanti.

Sebelum ini, terdapat dakwaan di beberapa blog berhubung spekulasi melompat parti itu dengan menyandarkan kepada gambar pertemuan tersebut.

Didalam gambar tersebut, Pesuruhjaya PAS itu dilihat mesra berbual bersama Penyelaras BN Dun Permatang Pasir dan juga Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh.

Salleh bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen berkenaan isu penjualan tapak masjid di Bayan Mutiara yang didakwa dilakukan oleh kerajaan negeri DAP.


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas