BlogList Malaysia
Showing posts with label liow tiong lai. Show all posts
Showing posts with label liow tiong lai. Show all posts

07 June 2012

PANAS - Liow Tiong Lai Dapat Plat WWW15 Percuma Sahaja

Untung Jadi Menteri Boleh Dapat No Plat Percuma ?

Liow: Saya dapat nombor plat percuma

Sehari selepas menjadi sasaran soalan pemberita mengenai nombor plat WWW 15 yang dibidanya, Menteri Kesihatan, Datuk Liow Tiong Lai kini mengatakan bahawa dia tidak membayar satu sen pun untuk nombor tersebut.

Dalam tweetnya lewat hari ini, Liow berkata telah dimaklumkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bahawa beliau tidak perlu membayar RM24,200 harga bidaan yang ditawarkan kepadanya, kerana nombor itu adalah "percuma".


Katanya, sebarang pertanyaan lanjut hendaklah dirujuk kepada JPJ. Bagaimanapun, ini bercanggah dengan laporan akhbar China Press hari ini, yang memetik jurucakap JPJ Wilayah Persekutuan sebagai berkata setiap orang yang membida nombor plat, perlu membayar untuk mendapatkannya.

Katanya, para menteri boleh memohon nombor plat secara percuma dari JPJ, tetapi ia tidak membabitkan 'nombor panas' seperti yang dibida oleh Liow.

Nota : Untung ye jadi menteri apa yang saya tahu setiap orang yang membida no plat, perlu membayar untuk mendapatkannya. Apa pun bila dia buat kalut dan gamat sikit..dalam paper ..at last dapat free. mana nak mai pendapatan negara.?

Dipetik dari - http://kachipemas.blogspot.com/


Read More...

05 June 2012

Plat Kereta - Liow Tiong Lai Terkancing Gigi

Menteri elak terus terang isu no plat RM24,200

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini dilihat enggan menjawab secara langsung berhubung isu bidaan nombor pendaftaran WWW15 bernilai RM24,200 baru-baru ini walaupun diasak hebat pemberita.

Melihat perkara itu, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tampil mencelah dengan berkata, wang berkaitan hanya "dari tangan kanan kiri kepada tangan kanan" apabila semua wang yang menjadi dana kerajaan disatukan daripada semua kementerian.

Liow semalam mempertahankan bidaan itu dengan berkata kementeriannya mengganti kereta rasmi, sekali gus memerlukan nombor pendaftaran baru.


Bagaimanapun, awal pagi ini, Sin Chew Daily memetik seorang pegawai sebagai berkata, tiada peruntukan untuk menteri membida nombor pendaftaran untuk kereta baru.

Berikut sedutan dialog Liow dengan pemberita dalam sidang media di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur:

WARTAWAN: Siapa bayar bidaan untuk nombor plat kereta?

LIOW: Saya sudah sebut semalam, ini kereta rasmi kerajaan, dan menteri layak mendapat satu nombor pendaftaran. Jadi prosesnya rasmi. Kita melakukannya melalui pejabat dan memohon kepada JPJ. JPJ pihak yang memproses permohonan ini.

WARTAWAN: Adakah kementerian membayar kosnya? Siapa bayar kosnya?

LIOW: Tidak, tidak. Ia semua terpulang kepada JPJ untuk mengendalikannya, kita serahkan kepada JPJ.

WARTAWAN: Tapi siapa bayar kosnya? Saya tahu prosesnya dikendalikan JPJ, tetapi siapa bayar kosnya?

LIOW: Saya kena semak dulu. Saya tidak pasti. Ia bawah JPJ.

WARTAWAN: Itu bermaksud anda tidak payar bidaan untuk...

LIOW: Seperti yang saya katakan tadi, menteri layak mendapat satu nombor. Jadi, saya cuma tidak lakukannya sebelum ini. Jadi sejak kementerian saya tukar kereta, jadi mereka tukarkannya sekali.

WARTAWAN: Jadi maksud kamu pegawai kamu yang kendalikan?

LIOW: Ya.

http://www.malaysiakini.com/news/199981


Read More...

01 March 2012

Isu Lynas - Siapa Bodoh Dan Yang Diperbodohkan..?

Kabinet setuju pulang sisa nadir bumi ke Australia

Walaupun ditolak kerajaan Australia, Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai berkata kabinet telah bersetuju dengan cadangan empat menteri supaya sisa dari loji nadir bumi Lynas dihantar pulang ke Australia.

Kerajaan akan menulis surat kepada kerajaan Australia tidak lama lagi untuk menyampaikan pendirian tersebut, katanya kepada akhbar Cina hari ini selepas menghadiri mesyuarat mingguan kabinet.

Menurut News Oriental Daily, Liow berkata, kerajaan hanya akan memberikan lesen operasi kepada Lynas jika ia memenuhi kriteria tersebut.


"Kalau Lynas tidak boleh memberi jaminan, kita tidak akan luluskan (lesen operasi)," Liow dipetik sebagai berkata.

Mengenai keengganan Australia untuk menerima sisa tersebut, Liow sekali lagi menolak isu itu kepada Lynas, dengan mengatakan ia adalah masalah yang perlu diuruskan oleh syarikat Australia tersebut.

April lepas, Menteri Perlombongan dan Petroleum Australia, Norman Moore berkata Australia tidak menyokong pengimportan dan penyimpanan sisa radioaktif dari negara-negara lain.

http://www.malaysiakini.com/news/190776



Read More...

23 November 2011

Bukti Sos 1Malaysia Tidak Selamat

Sos tiram 1M'sia perlu ditarik segera - Datuk Seri Liow Tiong Lai

Kementerian Kesihatan hari ini mengarahkan semua sos tiram jenama Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) ditarik balik kerana didapati melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

"Kami telah maklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan produk itu dari pasaran.

“Produk itu mesti ditarik balik segera,” kata menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada wartawan pada sidang akhbar di lobi parlimen hari ini.


Jelasnya, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan, kementerian itu mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Pua sebelum ini berkata pada label sos tiram keluaran Lee Kum Kee dan Tesco menyatakan bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram. Bagaiamapun, katanya, sos jenama 1Malaysia pula menyatakan ia diperbuat daripada perisa tiram.

Read More...

15 July 2011

Liow Tiong Lai Dah Tukar Jadi Liar Tongue Lei??

Liow: Ada orang cuba kenakan saya

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai mendakwa ada pihak yang cuba menggunakan serangan polis ke atas Hospital Tung Shin supaya memberi tekanan kepadanya meletakkan jawatan.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau juga menafikan spekulasi bahawa pemberian RM2 juta kepada hospital adalah bagi menutup kejadian itu.

Menurut Liow, khabar angin yang tersebar di internet dan dilaporkan secara meluas di akhbar Cina sebagai “mengarut” dan percubaan “memalukannya”.

"Semua ini mengarut, yang jelas bertujuan memalukan saya dan Hospital Tung Shin."


Timbalan presiden MCA itu juga menegaskan lawatannya ke Tung Shin pada 11 Julai lalu hanya bertujuan memenuhi tanggungjawabnya sebagai menteri kesihatan yang meninjau aspek keselamatan hospital dan pesakitnya.

Dakwanya ada pihak yang cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan laporan berita 2010 bagi menyokong hujah mereka bahawa lawatan 11 Julai lalu itu bagi menyampaikan sumbangan RM2 juta dengan tujuan menutup isu berkenaan.

"Hakikatnya, saya memang ke Hospital Tung Shin Hospital pada 12 Januari 2010 untuk menyampaikan sumbangan kepada mereka dan juga Hospital Bersalin Cina.

"Adalah jelas bahawa ada pihak yang cuba menggelitukan orang ramai dengan memainkan isu RM2 juta ini.

"Ini menunjukkan niat jahat mereka yang menyebarkan khabar angin ini. Ini mendedahkan bahawa mereka mahu memaksa saya meletakkan jawatan,” kata Liow.

Dipetik dari Malaysiakini

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas