Ahli Parlimen Bebas – ‘One-Off Sahaja!’
Sudah menjadi khabar angin yang sangat kuat di lobi-lobi hotel sekitar ibu Negara – akan KEHENDAK dan KEMAHUAN kalangan Wakil Rakyat Bebas untuk dikekalkan sebagai calon wakil rakyat ‘bebas’ dalam PRU akan datang. Macam-macam cerita yang dijual. Kononnya mereka masih banyak menyimpan rahsia Anwar. Mereka boleh menang. Mereka adalah winnable candidate yang dicari-cari oleh BN di kawasan masing-masing. Mereka sudah buat kerja lama di kawasan. Mereka punya connection yang baik dengan NGOs dan sebagainya.
Kepimpinan BN sepatutnya bertindak tegas dan secara straight forward mengatakan bahawa mereka-mereka ini TIDAK AKAN diletakkan sebagai calon di dalam PRU akan datang. Tegas dan tidak perlu berdolak dalih lagi. Wajah mereka adalah wajah yang sangat ‘tainted’ dan tidak akan diterima oleh rakyat.
Nampak gaya macam-macam taktik yang dibuat oleh kelompok Konsensus Bebas. Dalam ayat politik, mereka ini sedang mencari ‘nyawa’. Habis dilobi segala macam orang bagi memastikan mereka akan lepas sekali lagi sebagai calon dalam pilihanraya. Yang lebih celupar, siap mengatakan bahawa mereka sanggup untuk lompat pagar sekali lagi. Inilah bentuk jiwa murah yang boleh dibeli oleh wang ringgit (open secret?).
PM dan BN tidak perlu mendengar lagi dongeng kelompok yang tidak punya harga diri seperti ini. Yes, mereka sudah memberikan khidmat kepada UMNO/BN. Namun cukup setakat itu. Sejarah telah membuktikan bahawa mereka adalah kumpulang yang sanggup menjadi ‘gunting dalam lipatan’ bila tiba waktunya berbuat demikian.
Zulkifli Noordin adalah contoh yang sangat nyata. Sebagai wakil rakyat di Kulim – dia adalah seorang yang GAGAL dan mengecewakan rakyat. Tidak banyak yang dilakukan di kawasan. Malahan, pusat khidmat hanya bertahan selama setahun – akibat kekurangan modal dan bantuan daripada parti PKR. Akhirnya, demi kepentingan diri – Zul Noordin melompat dan menawarkan khidmat kepada UMNO/BN.
Sekarang ini Zul Noordin ligat mencari nyawa. PERKASA dijadikan pentas ‘bargaining power’ kepada Zul Noordin. Sama jugalah dengan Ibrahim Ali. Sampai bila kita mahu melayan kelompok penting diri seperti ini. Kononnya, jawatan sebagai NAIB PRESIDEN PERKASA akan memberikamnnya lesen besar untuk diletakkan sebagai calon di PRU nanti.
UMNO wajar memikirkan untuk mengetengahkan calon UMNO sendiri. Ramai yang mampu di Kulim Bandar Bharu. Kalau setakat nak menyaingi kerja wakil rakyat tahap sampah seperti Zul Noordin rasanya teramatlah mudah.
Deal dengan konsensus bebas ini bertaraf ‘one-off’ sahaja. Cukup. Tak perlu layan lagi. Mereka ini semua gila harta dan kedudukan. Noktah.
Demikian juga dengan wakil rakyat Wangsa Maju. WCK kata dia adalah winnable candidate buat BN. Serius? Atas dasar apa? Atas dasar ribuan orang yang hadir di rumah terbukanya? Jangan nak main bangsat YB. You’re not worth it. Failure.
PM tidak perlu lagi melayan kumpulan polong tidak bertuan yang dinamakan konsensus bebas. Mereka ini adalah buaya. Makan keliling dan sanggup khianat parti sekali lagi jika mereka perlu berbuat demikian. Jangan lupa, mereka ini menyanjungi Anwar buat sekian lama. Cakap benci pada mulut. Tapi usaha dibuat untuk melakukan ‘side deal’ dengan PKR menjelang PRU yang akan datang.
Blog ini tahu macam-macam ‘demand’ yang dikemukakan oleh konsensus bebas. Ini semua kerja ‘con-man’ nak cari duit lebih.
Dipetik dari din
Read More...
Summary only...
MP tetap kemuka usul untuk naik gaji, elaun
Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata beliau akan mengemukakan satu rang undang-undang untuk menaikkan gaji dan elaun ahli Dewan Rakyat.
Wee berkata beliau telah memfailkan notis usul tersebut hari ini kepada yang dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Katanya lagi, usul berkenaan tetap dikemukakan walau menteri yang bertanggungjawab ke atas parlimen, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz telah menarik balik usaha untuk menaikkan gaji dan elaun berkenaan.
"Ia ditarik balik sebab ada bantahan daripada ketua parti tertentu. (Tapi) ia tidak boleh ditarik balik begitu sahaja kerana ahli parlimen ada hak untuk membahaskannya.
"Saya faham ia mungkin tidak boleh dibahas sebab bukan rang undang-undang kerajaan, tapi akan minta ia dibahaskan.
"Saya percaya, ramai ahli akan sokong ia dibawa untuk perbahasan," katanya lagi mengulas cadangan rang undang-undang berkenaan.
Peruntukan untuk menaikkan gaji ahli Dewan Rakyat diumumkan dalam ucapan Bajet 2012 yang dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober lalu.
Read More...
Summary only...

PERKASA tak minat jadi ahli bergabung BN
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) setakat ini lebih berminat untuk tidak bergabung atau menjadi ahli bersekutu dengan mana-mana parti politik kerana "mahu kekal bebas tanpa terikat dengan mana-mana pihak".
"Apa jua dasar yang baik untuk rakyat, selari dengan perlembagaan negara, PERKASA akan bagi sokongan kepada mana-mana pihak," kata setiausaha agungnya Syed Hasan Syed Ali.
Dalam kenyataannya melalui SMS kepada Malaysiakini petang ini, Syed Hasan bagaimanapun menyerahkan keputusan muktamad untuk memohon menjadi ahli gabungan BN kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA pada Mac tahun depan.
"Ia (merupakan) perkara dasar, maka keputusan terletak kepada perwakilan mesyuarat agung PERKASA," katanya menjawab soalan sama ada pertubuhan Melayu itu berminat menjadi ahli bergabung dengan BN setelah keahlian baru itu diluluskan parti itu tengah hari tadi.
Selain meluluskan ahli bersekutu secara keahlian langsung Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak juga mengumumkan keputusan dewan tertinggi parti yang meluluskan menerima mana-mana NGO, pertubuhan atau persatuan untuk menjadi ahli bergabung dalam parti itu.
najib at bn leaders mca function in permatang pauh 250808 02Najib (kiri) bagaimanapun menegaskan bahawa peraturan atau keputusan tentang ahli bergabung akan diputuskan oleh dewan tertinggi BN selepas mengambil kira pandangan parti komponen.
Sebelum itu, bercakap kepada Malaysiakini, Syed Hasan berkata sukar bagi pertubuhan itu menjadi ahli gabungan kerana ahlinya terdiri daripada pelbagai latar belakang politik.
Malah, beliau juga sendiri masih belum faham apakah maksud dan pendekatan sebenar "ahli gabungan" seperti mana yang diumumkan oleh Najib itu.
"Kita tengok (dahulu) apa pendekatan BN. Dan apabila sudah faham, kita akan berfikir semula... Sukar untuk menerima jemputan (sebagai ahli bergabung) sebab ahli kita pelbagai latar belakang," katanya.
Sementara itu Ketua Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah pula menjangkakan kemungkinan perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat majlis tertinggi NGO itu dua minggu lagi.
Pertubuhan yang diketuai ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali itu sering dikaitkan dengan Umno - tulang belakang BN - terutamanya oleh pembangkang.
Read More...
Summary only...