BlogList Malaysia
Showing posts with label hari kekasih. Show all posts
Showing posts with label hari kekasih. Show all posts

14 February 2012

Kenapa Tak Boleh Sambut Valentine? Saya Tak Setuju.. - Nazri Aziz

Apa yang tidak kena dengan Valentine, soal Nazri

KUALA LUMPUR, 14 Feb -- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz hari ini berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari kekasih.

"Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju ... ia bukannya satu bentuk sembahyang," katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih hari ini.


"Apa salah Hari Kekasih? Mayarakat hanya menyatakan rasa kasih sayang kepada orang lain.

"Apa beza hari itu dengan hari-hari yang lain, bila kita boleh lakukan perkara yang sama?" soal Nazri.

Malah, beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menentang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah "mengarut."

Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

Berdasarkan teks khutbah berkenaan yang bertajuk "Awas jerat Valentine", umat Islam dinasihatkan agar tidak mempelawa seseorang individu menjadi Valentine mereka kerana ia akan menjadikan seseorang itu syirik.

Pemuda PAS turut menyebarkan kempen anti-Valentine sejak beberapa tahun lalu.

Tahun ini, parti Islam itu mendesak kerajaan mengambil tindakan tegas mengawal iklan-iklan dan promosi berkaitan sambutan Hari Kekasih bagi mencegah gejala sosial daripada berleluasa.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apa-yang-tidak-kena-dengan-valentine-soal-nazri/



Read More...

13 February 2012

Valentine Day - Agama Lain Nak Sambut Lantak Pi Laa..

PAS tegas tentang umat Islam sambut hari Valentine

PAS tetap dengan pendirian menentang umat Islam menyambut Hari Kekasih (Valentine's Day), kata presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata PAS tidak akan menarik balik pendirian parti itu seperti yang didesak DAP kerana penentangan itu hanya ditujukan untuk orang Islam sahaja.

"Orang bukan Islam (sambutan) itu hak dia, kita tidak boleh ganggu. Kita nak gesa orang Islam kerana ini tanggungjawab agama.


"Di Kelantan dan Terengganu kita haramkan arak bagi orang Islam tetapi pengharaman itu tidak membabitkan orang bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Klang petang semalam.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan pengerusi kebangsaan DAP Karpal Singh semalam yang menggesa PAS menarik balik pendirian parti itu yang menentang sambutan Hari Kekasih yang untuk tahun ini, akan disambut Selasa ini.

Cegah kemungkaran

DAP berpendapat pendirian PAS itu sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan di Malaysia, kata Karpal.

Sementara itu, timbalan ketua Pemuda PAS, Nik Abduh Nik Aziz (kanan) di laman sosial Facebooknya menyelar Karpal yang tidak bersetuju dengan pendirian parti Islam itu yang menentang sambutan Hari Kekasih.

Katanya, keputusan itu bukan hanya pendirian PAS, tetapi juga adalah pendirian semua umat Islam.

Sambil meminta Karpal belajar menghormati agama lain, Nik Abduh turut menegaskan peguam itu sepatutnya tidak memaksa pandangannya diterima oleh orang lain.

“Karpal kena belajar walau sudah tua untuk menghormati agama lain, bukan memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain. Politik bukan mahkamah.


“Mencegah kemungkaran adalah kebaikan yang dipromosi agama secara unggul. Dalam diri umat Islam ada agama. Ia hak tertinggi. Justeru, mendidik umat agar menghormati ajaran agama adalah hak asasi umat Islam,” katanya.

7 Februari lalu Pemuda PAS menggesa kerajaan melancarkan kempen menentang sambutan Hari Kekasih termasuk menyiarkan iklan anti sambutan bagi mencegah umat Islam menyambutnya.


Read More...

11 February 2011

Khutbah Jumaat: KL, Selangor larang umat Islam sambut Hari Valentine

Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melarang sama sekali umat Islam menyambut Hari Kekasih termasuklah memberi sokongan, mempromosikan, mengajarkan dan menyebarkan apa-apa sambutan yang berkaitan dengannya.

Dalam khutbah yang disampaikan hari ini, kedua-dua Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menegaskan Hari kekasih adalah sambutan penganut Kristian yang mengenang hari kematian seorKang paderi mereka.

“Tiada sambutan ini dalam ajaran Islam,” kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid dan surau di negeri Selangor hari ini.


Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, yang kontroversi sekarang ekoran laporan bahawa Dewan Pemuda PAS mahu kerajaan-kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan penguatkuasaan mengawal golongan muda beragama Islam menyambut Hari Kekasih yang jatuh Isnin ini.

Sebaliknya menurut khutbah itu, umat Islam digalakkan berkasih sayang sesama manusia sepanjang masa tanpa membataskannya pada hari-hari tertentu sahaja.

“Keempat, pihak Media dan pengamal laman sosial adalah diminta untuk tidak mempromosikan Sambutan Hari Kekasih ini walau dalam apa bentuk sekalipun,” katanya.

Bagaimanapun Jakim berkata akan mengedarkan kira-kira 15,000 kit anti-Hari Kekasih sempena pelancaran kempennya di Putrajaya malam ini.

Khutbah Jumaat Selangor berkata, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine adalah haram kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oIeh Islam.

“Hari Kekasih yang disambut pada 14 Februari setiap tahun adalah sambutan yang dinanti-nantikan kebanyakan remaja bagi menyatakan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

“Ia disambut dengan pelbagai cara dan acara bermula dengan kiriman kad dan bunga hingga parti tari-menari. Malah ada yang menyambutnya dengan pertemuan dan berakhir dengan perzinaan demi membuktikan cinta dan kasih sayang mereka,” kata teks khutbah hari ini.

Malah ia menambah, jelas dan nyata sekali bahawa sambutan Hari Kekasih bukan dari ajaran Islam yang suci, malah melanggar syariat dan bertentangan dengan tatasusila fitrah murni manusia.

“Meskipun begitu, tidak dinafikan terdapat di kalangan remaja dan pasangan Islam di negara ini, turut meraikan Hari Kekasih ini... mereka meraikannya kerana ingin bersukaria dan terikut-ikut dengan budaya ini tanpa mengetahui sejarahnya,” katanya lagi.

Justeru, kata khutbah, orang Islam tidak boleh menyambutnya, menyertainya dan merayakannya. - MI

Read More...

Agama Kristian Tolak Amalan Maksiat

Amalan maksiat: Gabungan gereja berang

Sebuah majlis gabungan gereja hari ini menuntut seorang selebriti meminta maaf atas dakwaan mengaitkan penganut Kristian dengan amalan maksiat.

Tuntutan itu disuarakan oleh Pemuda Majlis Gereja-Gereja Malaysia (Pemuda CCM) hari ini yang mempertikaikan satu kenyataan oleh selebriti berkenaan, Siti Nor Bahyah Mahamood.

Dalam rancangan berkenaan, Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata: “Maksiat, disko, 'couple-couple', bersunyi-sunyian, inilah tradisi bagi masyarakat yang beragama Kristian."

Siti Nor Bahyah didakwa telah berkata demikian melalui satu rancangan yang membincangkan hukum sambutan Hari Valentine melalui sebuah televisyen tempatan sebelum ini.


Pemuda CCM menyifatkan dakwaan itu sebagai "tidak bertanggungjawab", "mengaibkan" dan "amat menyakitkan hati" masyarakat Kristian melalui "serangan terbuka ke atas kepercayaan masyarakat lain tanpa fakta yang dikaji dengan teliti."

Menurut kenyataan itu lagi, Siti Nor Bahyah juga telah melandaskan hujahnya dalam rancangan itu "dengan legenda dan kisah dongeng yang tidak disokong (fakta)."

"(Siti Nor Bahyah) juga telah memilih untuk menggunakan ruang awam untuk mencerca ajaran masyarakat lain dengan pandangan yang salah (dan) diperolok-olokkan sebagai fakta," kenyataan itu dipetik.

Tiada asas dalam Kristian

Selebriti berkenaan juga antara lainnya telah menyebut beberapa versi latar belakang sambutan Hari Valentine dalam program berkenaan yang turut disiarkan dalam laman Youtube.

Versi pertama yang disebut oleh Siti Nor Bahyah itu membabitkan amalan penyembahan seorang "dewi cinta" oleh masyarakat Rom kuno.

Salah satu lagi versi yang disebut itu membabitkan sambutan bagi memperingati seorang paderi bernama Saint Valentine yang dibunuh kerana menyebarkan ajaran Kristian.

"Saint Valentine inilah yang memainkan peranan besar menjatuhkan kerajaan Islam di Cordoba, Sepanyol. Jadi kalau kita sambut Valentine's Day, maknanya kita sokong Kristian. Kita sokong Inggeris. Kita masuk sebahagian daripada mereka."

"Yang keempatnya sebab kita tak boleh sambut Valentine ini sebab meraikan burung yang suka mengawan pada 14 Februari. Ini ialah tradisi orang Inggeris," kata Nor Bahyah lagi dalam rancangan berkenaan.

Mengulas lanjut, Pemuda CCM berkata selebriti itu sepatutnya menasihati masyarakat muda supaya bertindak dengan bijak dan tidak dieksploitasi oleh sambutan yang dikomersilkan secara terang-terangan.

Kenyataan itu juga menyebut, Pemuda CCM telah menjelaskan sebelum ini bahawa Hari Valentine dan juga Santa Claus tidak mempunyai asas dalam ajaran Kristian. - mkini

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas