BlogList Malaysia
Showing posts with label bank islam. Show all posts
Showing posts with label bank islam. Show all posts

22 January 2013

Bank Islam dakwa Azrul edar dokumen sulit

Bank Islam membuat laporan polis ke atas ketua ekonomisnya Azrul Azwar Ahmad Tajudin atas dakwaan memiliki dan mengedar dokumen sulit syarikat tanpa kebenaran.

Laporan oleh ketua jabatan sumber manusia Bank Islam, Jamilah Abdul Sallam itu mendakwa dokumen itu melibatkan satu cadangan korporat melibatkan bank tersebut.


"Encik Azrul yang tidak mempunyai akses dan autoriti terhadap dokumen tersebut telah menyerahkan dokumen tersebut kepada pihak ketiga yang tidak berkaitan tanpa mendapatkan kelulusan atau kebenaran," dakwa Jamilah.

Dalam laporan bertarikh 18 Januari itu, beliau juga mendakwa Azrul menyalin dokumen "sulit dan sensitif" terbabit dan menghantarnya melalui emel kepada pihak terbabit.

Azrul bagaimanapun ketika dihubungi berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan terbabit.

Polis juga setakat ini masih belum menghubunginya mengenai siasatan berkaitan dakwaan tersebut, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

"Saya tidak maklum mengenai laporan polis yang didakwa dibuat Jumaat lalu jadi saya tidak boleh komen," katanya melalui SMS kepada Malaysiakini.

Laporan polis berkenaan dikesan diterbitkan semula di beberapa blog hari ini.

Ketua polis daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dari Bank Islam tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/219625


Read More...

15 January 2013

Bank Islam Buat Lawak Bodoh

Gantung Staf Adalah Polisi Jika Terlibat Dalam Aktiviti Politik ~ Bank Islam

Bank Islam hari ini berkata menjadi amalan bank tersebut untuk menggantung pekerja yang terlibat dengan aktiviti politik atau membuat kenyataan politik.

"Berdasarkan polisi Bank Islam Malaysia Berhad, sebarang staf tidak kira apa jawatannya, termasuk bahagian pengurusan, yang pihak Bank merasakan melanggar polisi dalaman Bank, akan digantung dengan dibayar gaji penuh, untuk meneruskan siasatan," kata bank dalam kenyataan satu perenggan bertarikh hari ini.

Kenyataan Bank Islam ini dikeluarkan sebagai respon kepada pertanyaan The Malaysian Insider berkenaan dengan penggantungan ketua penganalisis ekonomi Azrul Azwar Ahmad Tajudin mengenai ramalan keputusan Pilihan Raya 2013.


Apabila dihubungi hari ini, pegawai Bank Islam berkata "polisi dalaman" bank tidak membenarkan pekerjanya menyertai aktiviti politik.

"Kami adalah entiti komersil, kita tidak dibenarkan [untuk menyertai] dalam kegiatan politik."

Pegawai tersebut berkata staf bank tidak boleh bercakap tentang hal politik apabila bercakap di khalayak ramai.

"Kami tidak memberi komen tentang isu politik atau yang berkaitan dengan perkara tersebut," kata pegawai tersebut.

Apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini, Azrul Azwar mengesahkan spekulasi bahawa Bank Islam telah menggantung perkhidmatannya sebagai ketua penganalisis ekonomi selepas ramalannya tentang keputusan Pilihan Raya 2013.

Apabila ditanya berapa lama penggantungan tersebut, beliau menjawab "Saya tidak pasti, mungkin selepas notis yang berikutnya."

Azrul Azwar minggu lalu dilaporkan akhbar Singapura The Straits Times menjangkakan kemenangan tipis kepada Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya 2013 dan memberitahu tiga senario yang mungkin berlaku.

Selepas laporan berita tersebut disiarkan The Straits Times dan The Malaysian Insider, Bank Islam menjauhkan dirinya dari pandangan Azrul Azwar.

Kenyataan pengarah urusan Bank Islam Datuk Seri Zukri Samat pada 11 Januari kesal dengan laporan berita mengenai sebuah forum di Singapura yang mengaitkan bank dengan pandangan Azrul Azwar dan ramalannya.

"Untuk pengetahuan, Bank Islam tidak terlibat dan tidak berkaitan dengan forum tersebut.

"Pandangan yang dikeluarkan Azrul dalam forum tersebut adalah pandangan peribadinya dan tidak harus dikaitkan dengan Bank Islam," kata Zukri dalam kenyataan empat perenggan.

Dalam laporan The Straits Times, Azrul Azwar menjangka senario yang akan berlaku apabila Barisan Nasional hanya mampu memenangi 97 hingga 107 dari 222 kerusi parlimen, yang tidak cukup untuk sebuah kerajaan.

Tetapi keputusan tersebut juga bermakna PR hanya mempunyai sebuah kerajaan yang goyah, jauh dari majoriti yang sering diterima oleh musuh politik mereka.

Dua lagi senario yang dibentangkan Azrul Azwar ialah kemenangan tipis BN dan kemenangan lebih besar pada PR.

Azrul Azwar mengambil faktor seperti kaum dan demografik.

Beliau juga menjangkakan kemenangan tipis bagi PR, dimana pasaran saham akan jatuh kerana "kejutan" dan ketidakstabilan.

Beliau juga mengatakan akan berlakunya "sabotaj ekonomi" oleh peniaga dan pekerja awam yang bersama BN. - MI


Read More...

14 January 2013

Dia Digantung Hanya Kerana Ramal BN Akan Tumbang Dalam PRU13

KUALA LUMPUR 14 Jan: Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwa Ahmad Tajuddin digantung tugas dipercayai kerana meramalkan kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Ekoran itu pelbagai pihak menyifatkan tindakan tersebut sebagai zalim termasuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Twitternya.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, beliau turut kesal kerana ahli ekonomi berkenaan hanya memberi pandangan berdasar kajian dijalankan.


“Tindakan itu adalah perkara memalukan. Sebagai ahli ekonomi, beliau wajar memberi pandangan jika merasakan ia tepat dengan analisa yang dilakukan. Sekiranya tidak bersetuju, BN perlu membentang analisa berasaskan fakta dan profesionalisme,” ujar Nik.

Beliau dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tindakan menggantung tugas Azrul dilakukan atas desakan pihak tertentu.

Katanya lagi, keadaan itu berbeza di negara lain yang mengamalkan demokrasi matang, apabila ahli ekonomi diberi ruang untuk menjalankan tugas mereka.

“Penganalisis bank di Amerika misalnya, meramalkan keputusan pilihan raya kerana bagi kebanyakan pelabur ia penting bagi menentukan keputusan perniagaan. Itu perkara biasa kepada ahli ekonomi dan penganalisis ekonomi di bank-bank atau institusi kewangan,” ujarnya yang juga Adun Seri Setia.

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah tipis dalam PRU 13. Kenyataan itu kemudian dilaporkan akhbar The Straits Times Singapura pada 11 Januari lalu.

Azrul berkata, hasil kajian menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperoleh antara 97 ke 107 kerusi berbanding 140 kerusi yang dimenangi PRU lalu.

Laman web Straitstimes.com 12 Januari lalu menyiarkan kenyataan Pengarah Urusan Bank Islam, Datuk Sri Zukri Samat bahawa Bank itu tidak terbabit dalam forum berkenaan dan menyatakan pandangan Azrul bersifat peribadi serta meminta ia tidak dikaitkan dengan bank itu.


Read More...

01 June 2011

Bank Islam tolak gabung Bank Muamalat

KUALA LUMPUR, 1 Jun — Lembaga Bank Islam Malaysia Bhd telah menolak tawaran penggabungannya dengan Bank Muamalat Malaysia Bhd, yang dimiliki tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, atas alasan mereka tidak melihat adanya nilai hasil langkah itu. The Malaysian Insider difahamkan pengarah-pengarah bank Islam pertama negara itu pada awalnya khuatir yang mereka perlu menerima tawaran penggabungan yang diketengahkan memandangkan Syed Mokhtar dilihat sebagai ahli perniagaan rapat dengan pentadbiran Najib ekoran siri peluang bisnes diperolehnya sejak kebelakangan ini.

“Mereka membuat keputusan itu pada satu mesyuarat semalam, untuk menolak tawaran bergabung kerana pandangan di Putrajaya ialah tiada desakan agar diadakan penggabungan sedemikian antara dua bank ini,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.


Bank Islam ditubuhkan pada 1983 dan antara pemegang sahamnya ialah Dubai Islamic Investment Group yang memegang 40 peratus ekuiti.

Keuntungannya meningkat 34.3 peratus kepada RM79.9 juta tahun lalu.

Bidaan Syed Mokhtar bagi Bank Islam muncul selepas kejayaan beberapa syarikatnya, antara lain menguasai 32 peratus pegangan Khazanah Nasional Berhad dalam Pos Malaysia, menjadi rakan penyedia projek Transit Rapid Massa (MRT) dan lanjutan kontrak pengimport tunggal beras ke Malaysia.

Konglomeratnya, DRB-Hicom Bhd pada 13 Mei lalu berkata ia menerokai potensi penggabungan Bank Muamalat dengan Bank Islam tetapi tiada rancangan untuk menjual saham-sahamnya dalam Bank Muamalat.

Bank itu berkata ia telah mengemukakan surat hasrat kepada BIMB Holdings Bhd (BIMB) untuk menerokai potensi penggabungan kedua-dua bank.

DRB-Hicom merupakan syarikat pegangan utama Bank Muamalat dan memiliki 70 peratus pegangan manakala Khazanah Nasional Bhd memiliki baki 30 peratus.

Pada 27 Mei lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid berkata penggabungan Bank Muamalat dan Bank Islam untuk membuka ruang bagi kewujudan satu Bank Islam Mega tunggal sukar untuk dilakukan dalam masa terdekat ini.

Kata beliau, memang ada cadangan daripada pemegang saham kedua-dua bank berkenaan ke arah itu, tetapi ketika ini tiada perancangan untuk meneruskan usaha penggabungan yang dimaksudkan.

“Ia adalah usaha untuk mewujudkan bank yang lebih besar dan mempunyai daya saing yang lebih tinggi,” kata beliau.

“Bank Negara mungkin ingin melihat bank Islam yang besar dan kerana itu ada keinginan untuk memberikan lesen mega itu dalam masa terdekat.

“Untuk mendapatkan lesen Mega Islamic Bank itu memerlukan modal berbayar sebanyak AS$1 bilion,” katanya lagi.

Bank Muamalat memulakan operasinya pada 1 Oktober 1999, yang lahir hasil peralihan perkhidmatan perbankan Islam dalam Bank Bumiputra Malaysia Berhad yang ketika itu bergabung dengan Bank of Commerce (M) Berhad dan BBMB Kewangan.



SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

20 May 2011

Cerita Sebenar Penggabungan Bank Islam Dan Bank Maumalat


CIMB adalah syarikat kaitan kerajaan (GLC) dan Datuk Nazir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB. Bank Muamalat pula ialah bank yang hampir mengalami kerugian dan gagal untuk diselamatkan memandangkan Bank Muamalat di bawah CIMB.

Keadaan Bank Muamalat seperti biawak hidup cuba diselamatkan dengan mencadangkan Bank Islam membelinya untuk pergabunggang adalah tindakan menyelamatkan kroni milik Datuk Nazir tersebut. Jika Bank Islam membelinya, maka berapa banyak aliran tunai duit rakyat akan mengalir?


BIMB adalah anak syarikat BIMB Holding Bhd yang mana Tabung Haji memegang saham terbesar dengan 51 peratus kepentingan dalam BIMB Holding Bhd.

BIMB mempunyai 115 cawangan di seluruh negara dengan 600 mesin auto-teller dan justeru, "terdapat sesuatu yang aneh dalam urusniaga itu yang tidak membawa manfaat kepada BIMB.

Kebimbangannya adalah tangan-tangan tersembunyi di sebalik arahan BIMB untuk membeli Bank Muamalat daripada DRB-Hicom, yang memiliki 70 peratus bank berkenaan manakala Khazanah, pula memiliki 30 peratus lagi.

http://kijang59.blogspot.com

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas