BlogList Malaysia
Showing posts with label anuar musa. Show all posts
Showing posts with label anuar musa. Show all posts

10 January 2013

Anuar Musa 'Anjing'..




Kes Mat Yo: Kafa tuntut RM1 juta

RM1juta! Itu nilai sebenar tuntutan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) kepada Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) jika mahu menyelesaikan konflik perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke Johor Darul Takzim FC.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, jumlah tersebut dianggap munasabah berdasarkan status Norshahrul Idlan atau dikenali Mat Yo sebagai penyerang utama kebangsaan dan penerima anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) tiga musim berturut-turut.

“Bila saya bercakap, orang beri gambaran saya mempolitikkan isu ini.
“Saya bukan jaga bola sehari dua. Sebenarnya, isu perpindahan Mat Yo jarang berlaku dan kita sendiri tertunggu nak tengok perkara ini diputuskan mengikut peraturan-peraturan yang betul,” kata beliau.

Annuar menambah: “Ada dua isu melibatkan Mat Yo iaitu perpindahan dan penamatan kontrak.”

Katanya, Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang pertama kali bermesyuarat baru-baru ini memutuskan dia boleh pindah.

“Kita pun tak bantah, asalkan mengikut syarat-syarat ditetapkan dan segala hak Kafa dipertahankan.

“Dia sendiri hantar surat bertarikh 30 Oktober 2012 untuk menamatkan kontrak berkuat kuasa pada 1 November,” katanya.

Justeru kata beliau, ia bermakna penamatan kontrak dia berlaku 13 bulan lebih awal melibatkan nilai lebih RM300,000, yuran perpindahan minimum ditetapkan oleh FAM adalah RM250,000, pinjaman perumahan lebih RM100,000, selain insentif dan kerugian yang terpaksa ditanggung kerana penaja menarik diri. – SinarHarian



Read More...

20 May 2012

Selepas Ku Li, Anuar Musa Turut Sokong Tuntutan Royalti Minyak Kelantan


Apa yang anda lihat dalam gambar tersebut bukannya gambar yang di edit seperti yang puak umno selalu buat, itu gambar yang diambil di bukit Jalil petang semalam sebelum berlangsungnya piala F.A yang menyaksikan Kelantan menang dan buat najib terkebil-kebil diam kaku tak bersuara.

Gambar tersebut menunjukkan orang kuat umno itu pun tidak setuju dengan apa yang umno buat dengan meng anaktiri kan kelantan,


Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam tadi, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jali.Setiausahanya, Muhammad Hishammuddin Ghazali berkata, kempen tersebut sudah bermula sejak malam semalam dan berterusan sehingga malam tadi.

"Kita mahu mengumpul sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu," katanya .

Sebagaimana yang kita tahu selain Terengganu, Kelantan juga dianugerahkan dengan hasil bumi iaitu minyak, dan itu rezeki yang ALLAh beri buat rakyat kelantan.

Tapi kalau najib masih jadi PM... dan selagi umno berkuasa, rakyat negeri yang punya minyak tidak akan dapat menikmati wang royalti tersebut kerana menteri umno nak baham semua dan bagi kat anak, adik, pakcik, sepupu sepapat dan kroni. termasuklah kaki bodek dan penjilat tegar umno.

Jadi Annuar Musa pun tahu benda tu, dia pun tahu kalau umno masih berkuasa, jangan mimpi la nak dapat, dia pun sain la walaupun dia tahu BN ni memang tak boleh harap lagi, ye la, kalau dah berkumpul dekat stadium, semua rakyat kelantan ada, semangat tu jadi lain, sampai dia lupa dia orang umno.


Tu yang tersain tu, sebab dalam hati dia pun nak juga royalti minyak dikembalikan pada Kelantan, cuma ada satu masalah paling besar.. iaitu Umno, parti yang pernah diharam kan itu (Istilah najib ialah "haram jadah" ) berkuasa dan kikis semua harta negara, nafikan hak rakyat kelantan.

Jadi senang, lepas ni ingat ABU,... asalkan bukan Umno.. korang pilih lah... sebab umno tu tak boleh harap.. "haram jadah" bak kata najib... kita tunjuk dekat najib,. negara ini sapa punya... bukan bapak najib punya.

Disesuaikan dari http://pkrl.blogspot.com/2012/05/panas-anwar-musa-pulak-hentam-najib.html


Read More...

15 April 2012

Panas - 50 Ahli UMNO Ketereh "Keluar Parti" Dan Sertai PAS !

KETEREH, 15 April - "Sudah jatuh ditimpa tangga", itulah istilah yang boleh kita gambarkan kepada Ketua UMNO Keterah, Tan Sri Annuar Musa (foto). Beliau yang baru saja digantung dua tahun setengah oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kini kehilangan pula orang kuatnya apabila mereka bertindak keluar UMNO malam tadi.

Mereka yang keluar bukanlah calang-calang orang kerana mempunyai jawatan, antara mereka ialah Penghulu UMNO (Penyelia Pembangunan Mukim) dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan sendiri.

Laporan harakahdaily dipetik, malam tadi seramai 50 orang pengikut setia Anuar Musa di DUN Ketereh bertindak keluar parti dan menyertai PAS.


Mereka terdiri daripaa Penghulu UMNO dari empat mukim di Ketereh yang diketuai oleh Rafia Jusoh,67, dari PPM Lancang. Sementara itu tiga lagi yang berbuat demikian ialah Sanusi Jaya (PPM Buloh Poh), Zakaria Awang Lah (PPM Kayu Rendang) dan Ismail Jaafar (PPM Chegar).

Manakala seorang lagi ialah Ketua Pemuda UMNO Lancang, Abdul Rahman Abdul Rahim. Rafia yang lebih dikenali sebagai Paksu Ya menyerah borang menyertai PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada program ceramah yang diadakan di perkarangan rumahnya di Kampung Durian Pahit.

Ribuan hadir mengikut ceramah tersebut terpaksa bersila dalam kebun pokok dokong dan bendang kontang memandangkan perkarangan rumah Paksu Ya agak sempit. Manakala kenderaan diletak sejauh hampir satu kilometer dan terpaksa berjalan kaki melintasi bendang padi jauh sayup mata memandang.

Paksu Ya yang dilantik sebagai penghulu kerajaan negeri ketika Kelantan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN), kemudian dilantik pula sebagai PPM selepas PAS mentadbir Kelantan pada 1990. Jawatan disandangnya sehingga 2010 apabila tidak disambung lagi perkhidmatannya dan tempatnya diganti Ketua Cawangan Umno Kampung Durian Pahit.

Katanya, beliau sudah lama melihat rakyat terutamanya petani didera pemimpin UMNO apabila cuba menyukarkan mereka mendapat bantuan di bawah kerajaan pusat.

“Paksu masih ingat baja cap dacing tidak diberi kepada penyokong PAS. PPM tidak mahu menandatangani borang permohonan milik mereka. Namun apabila datang ke sini Paksu tak kira terus tandatangan borang mereka tanpa mengira penyokong PAS atau UMNO. Paksu kasihan melihat mereka datang dari jauh kerana PPM di kampung mereka enggan menurunkan tanda tangan,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Yang Dipertua PAS Ketereh, Wan Ismail Wan Jusoh, anggota parlimen Ketereh, Abdul Aziz Kadir, Penyelia DUN Kok Lanas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan Ketua Penerangan PAS Ketereh, Abdul Manaf Abdullah.

http://pahangdaily.blogspot.com


Read More...

09 April 2012

Di samping krisis bola Annuar Musa

TAN Sri Annuar Musa membayar harga begitu mahal gara-gara krisis bola dengan FAM. Dia terpelanting dari jawatan pimpinan ketiga penting dalam badan induk persekutuan bola negara. Dua tahun setengah terlucut dari sebarang hubungan dengan bola.

Krisis bola Annuar ini tidak sekadar menyangkut tentang pengendalian urusan bola itu saja, tetapi boleh terpalit juga sedikit sebanyak mengenai adabnya dengan keberadaan Presiden FAM sebagai seorang penyandang takhta.

Annuar dalam sejarah politiknya cuba menampilkan diri sebagai seorang membebaskan diri dengan pertautan kepada istana. Agak keterlaluan saya andaikan dia seorang republikan. Zahirnya republikan itu bukan adab orang Melayu sejati yang mesti beraja.


Amat payahlah bagi politik orang Melayu apabila ditohmah bercanggah laku dengan istana dan orang-orang yang dekat dengan istana. Mudah dicap derhaka dan sebagainya. Politik orang Melayu amat mudah mengata orang itu derhaka atau tidak suka raja. Ia jadi mainan murah politik.

Tetapi Annuar ada sejarah tidak mahu terikat sangat dengan bau istana ini.

Politik awal Annuar dalam UMNO dibawa ketengah oleh Tengku Razaleigh yang menjadi pemimpin UMNO yang tidak dipertikai di Kelantan masa itu. Ku Li bukan sekadar ditaati UMNO sebagai pemimpin UMNO yang disegani oleh semua, tetapi sesama pemimpin UMKNO itu sendiri silu kepadanya kerana darah rajanya yang pekat dan kedudukannya yang sangat dekat dengan pemegang takhta.

Berbeza pandangan dengannya bukan sekadar bermasalah kesetiaan kepada pemimpin UMNO tetapi boleh menyentuh adab beraja. Begitulah tebalnya pegangan orang Melayu dengan raja seperti resam individu tertentu Selangor sekarang.

Annuar dalam memanjat tangga ke puncak politik UMNO telah berjaya memulakan membebaskan diri dari bertaut sedia dengan putera raja yang amat berkuasa dalam UMNO Kelantan masa itu. Di bawah pimpinan Annuar sebagai ketua UMNO Kelantan menjadikan Ku Li tinggal berpengaruh di Gua Musang saja.

Sekali pun Ku Li membawanya ke tengah tetapi dia juga tenaga utama ke depan melemahkan bisa dan sengat Ku Li sebagai pimpinan penting UMNO.

Adab Annuar lebih menggemparkan lagi ialah menobatkan Tengku Ibrahim Petra, sepupu Sultan Ismail Petra sebagai Sultan Kelantan sedang Sultan Ismail Petra masih bersemayam di takhta kesultanan Kelantan.

Dengan tindakan Annuar itu dia tidak dimasyhurkan sebagai penderhaka, tetapi dia muncul sebagai seorang yang berpendirian bebas dan longgar dalam hubungannya dengan istana.

Walau pun adabnya dengan raja dan orang berdarah raja itu longgar tetapi dia tidak boleh dikata republikan. Jika dia republikan dia tidak terima anugerah bintang Tan Sri dan dia tidak ada duduk dalam mana-mana badan yang Sultan menjadi ketuanya.

Kerana dia juga orang Melayu yang menerima raja, dia sedia jadi salah seorang pimpinan penting FAM yang dipengerusikan oleh Sultan Pahang. Oleh kerana Sultan Pahang menjadi Presidennya, maka hubungan setiap pemimpin persatuan itu samalah seperti adab mana-mana rakyat dengan rajanya.

Selagi Raja itu rasa mahu berkhidmat lagi, maka tiadalah sesiapa bercadang untuk bersaing dengan baginda untuk menjadi pemimpin alternatif. Sekali pun persatuan bola itu menjunjung semangat dan amalan demokrasi, maka masing-masing memberi kesetiaan kepada demokrasi itu sama seperti kesetiaan kepada Raja.

Jika pemimpin persatuan tidak bercakap di luar tentang masalah dalaman bola disebabkan oleh disiplin pertubuhan, tetapi ia juga begitu disebabkan oleh adab Melayu beraja tadi.

Tetapi Annuar yang mungkin sifat semula jadi tidak dibelenggu oleh adab-adab yang ketat itu, maka dia tidak terikat dengan adab yang dikatakan menjadi darah daging orang Melayu itu.

Ia boleh menimbulkan berbagai andaian lagi mengapa Annuar mengkritik perjalanan dan urusan bola yang secara langsung dan tidak langsung menegur perjalanan pimpinan Sultan Ahmad Shah, tetapi kita juga patut memahami bahawa dia adalah seorang yang longgar dengan adab tertentu Melayu itu.

Apa yang dihadapinya ialah kerana mengamalkan kepercayaan dan amalan demokrasi yang difahaminya dan yang dipercayainya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/9449-di-samping-krisis-bola-annuar-musa?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas