BlogList Malaysia

24 January 2017

Duit Felda Diguna Bayar Gaji, Penginapan Anak Pegawai Di Australia



Firma Gordagen Pharmaceuticals Pty Ltd di Australia mendakwa sebuah anak syarikat milik Lembaga Tanah Persekutuan (Felda) membayar gaji dan kos sara hidup anak perempuan seorang bekas timbalan ketua pengarahnya di Australia.

Ini, termasuk gaji A$128,000, sebuah kereta syarikat dan penginapan di kondominium mewah, kata Gordagen dalam satu kenyataan akhbar.

Gordagen berkata, kontrak perjanjian antaranya dengan anak syarikat Felda, Felda Wellness Corporation (FWC) menyatakan dana dari FWC akan digunakan untuk membayar segala perbelanjaan anak pegawai berkenaan.

Walau bagaimanapun, FWC memberitahu Mahkamah Tinggi di Malaysia bahawa ia tidak tahu mengenai perjanjian kontrak, semasa prosiding yang membawa kepada perintah penggulungan terhadap FWC.

"Di bawah perjanjian kontrak yang disempurnakan oleh Mohd Nasir Shafion bagi pihak FWC, dana dari FWC akan digunakan untuk membayar gaji dan perbelanjaan kos sara hidup anak perempuan Muhammad Sufi Mahbub, Athirah Sufi, semasa dia tinggal di Australia.

"Semua urusan ini diselaraskan oleh pegawai FWC, Mohd Nasir Shafion dan Muhammad Sufi Mahbub, bagi pihak FWC.

"Bagaimanapun, semasa prosiding penggulungan, FWC atas sebab-sebab yang hanya diketahuinya sendiri, cuba memaklumkan kepada mahkamah bahawa ia tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang perjanjian kontrak ini," kata Gordagen dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 9 Mac 2016.

Malaysiakini telah menghubungi Felda dan sedang menunggu ulasannya mengenai perkara itu.

Mohd Nasir adalah Ketua Pegawai Eksekutif FWC manakala Muhammad Sufi ketika itu adalah Timbalan Ketua Pengarah Felda yang bertanggungjawab terhadapa strategi.

Kenyataan Gordagen adalah untuk mengumumkan bahawa firma itu berjaya memperoleh perintah penggulungan daripada Mahkamah Tinggi Malaysia ke atas FWC pada 3 Mac 2016. Menurutnya, FWC berhutang dengan Gordagen sebanyak A$652,083.60.

Kenyataan akhbar itu diketengahkan oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi berkata semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati bahawa FWC kerugian sebanyak RM155 juta dalam dua tahun beroperasi mulai Julai 2013. Ia kerugian RM74 juta pada tahun pertama, katanya.


Read More...

16 January 2017

Majikan Dera Nur Firdaus Berjaya Ditangkap Polis



JOHOR BAHRU 15 Jan. - Majikan Nur Firdaus Ibrahim, 21, jurujual yang menjadi mangsa dera sehingga menyebabkan kecederaan serius pada badannya, ditahan polis pada Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, suspek yang menjalankan perniagaan pewangi kenderaan ditahan di kawasan Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya di sini pada pukul 1.40 petang.


"Suspek yang berusia 36 tahun ditahan pada Khamis dan polis turut merampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk mencederakan mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, sebentar tadi.

Kamarul Zaman berkata, suspek juga didapati positif dadah dipercayai jenis Amphetamine.

Menurutnya, suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau ditahan reman selama tiga hari dan akan disambung reman lagi bagi membolehkan kertas siasatan dilengkapkan sebelum diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan (menyebabkan cedera parah dengan senjata) dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat," katanya.

Akhbar pada Jumaat lalu melaporkan, seorang jurujual pewangi kenderaan dipercayai didera majikannya yang juga kenalan kakak tiri mangsa sehingga cedera di beberapa bahagian badan.

Penderitaan Nur Firdaus Ibrahim, 21, terbongkar apabila kakak tirinya, Norazlin Yusof, 36, terserempak dengan mangsa dalam keadaan tidak terurus dan ada kesan kecederaan di badan di hadapan sebuah bank di Taman Perling.

Mangsa dipercayai menjadi mangsa dera majikannya sejak Oktober tahun lalu. - UTUSAN ONLINE






Read More...

14 January 2017

Pelajar Sekolah Pula Ditahan Fitnah Kematian Adenan



KUCHING – Seorang lagi individu iaitu seorang pelajar sekolah menengah ditahan hari ini atas dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata pelajar perempuan itu yang berumur 17 tahun yang menggunakan nama samaran di Facebook ‘Zera Zera’ ditahan oleh polis Mukah pada pukul 10.45 pagi.

“Kesnya sedang disiasat CID Bintulu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata sehingga hari ini sebanyak 40 laporan dibuat di 12 daerah polis dengan siasatan sedang dijalankan ke atas tujuh laporan.

“Setakat ini lima individu telah ditahan oleh polis Sarawak kerana memuat naik kenyataan berunsur fitnah berhubung kematian Adenan,” katanya.

Adenan, 72, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat komplikasi jantung. – BERNAMA






Read More...

13 January 2017

AWAS: Kakitangan JKR Sedang Diperhati..



"Seluruh warga Jabatan Kerja Raya Malaysia dinasihat dan diperingatkan untuk menghindarkan diri daripada membuat sebarang komen-komen negatif dan tidak sepatutnya di laman media sosial berkaitan pemimpin-pemimpin negara, dasar dan polisi kerajaan dan perkara-perkara yang berkaitan.

Oleh yang demikian, Mana-mana warga JKR yang didapati benar membuat komen-komen sedemikian maka siasatan dan tindakan akan diambil mengikut prosedur sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993", seperti yang dipetik menerusi website rasmi Jabatan Kerja Raya.

Ringkasnya ;

1. Kakitangan JKR jangan nak memandai-mandai buat komen-komen negatif, jelek, atau seangkatannya dengannya ke atas isu-isu yang membabitkan, menyentuh atau ada kaitan dengan pemimpin-pemimpin negara, polisi dan dasar-dasar kerajaan.

2. Korang nak komen kat page-page politik samada pro kerajaan, anti kerajaan, page-page pemimpin atau apa, pastikan komen-komen itu tak bersifat negatif / menentang dasar-dasar kerajaan dan pemimpin negara.

Faham tak?

So, tak reti-reti lagi nak buat fake account? Cover la identiti sendiri. Zaman-zaman gawat neh kau nak jadi berani takde masalah asalkan kau kaya. Kalau ko miskin dan cukup-cukup makan tak payah la nak berani mati sangat. Sia-sia je. Lepas tu jadi modal pepuak netizens mengutuk. Depa bukan boleh. Ade je tak kena.

Kah Kah Kah!

- amenoworld



Read More...

Dipukul Dan Disepak Gagal Capai Sasaran Jualan RM200 Sehari


Jumiah Otto menemani anaknya, Nur Firdaus Ibrahim ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ismail


JOHOR BAHRU – Walaupun cuba menyembunyikan pen­deritaan, namun perasaan cu­riga seorang kakak berjaya menyelamatkan adik tirinya da­ri­pada terus menjadi mangsa dera majikan hanya kerana gagal mencapai sasaran jualan aksesori dan pewangi kenderaan sebanyak RM200 sehari.

Norazlin Yusof, 36, hanya me­nge­tahui nasib malang yang me­nimpa Nur Firdaus Ibrahim, 22, anak kelapan daripada sembilan beradik, dari Felda Nitar 1, Mer­sing selepas terserempak dengan mangsa di Taman Perling, di sini Sabtu lalu.

“Ketika itu, saya sedang berurusan di sebuah bank apabila ternampak Nur Firdaus yang dalam keadaan tidak terurus sedang menjual minyak kereta.

“Saya tegur dia (Nur Firdaus) dan bertanya mengenai luka-luka pada beberapa bahagian anggota badannya, namun dia mendakwa terjatuh motosikal,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Norazlin yang curiga dengan jawapan Nur Firdaus pergi ke rumah majikan mangsa, yang juga merupakan rakan sekampung mangsa di Taman Johor Jaya, di sini Isnin lalu bagi mendapatkan penjelasan.

“Apabila sampai di rumah ber­kenaan, hanya adik tiri saya ada di rumah dalam keadaan tidak terurus dan lemah manakala majikannya dipercayai telah melarikan diri.

“Saya kemudian bawa Nur Firdaus ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini untuk mendapatkan rawatan selain membuat laporan di Balai Polis Johor Jaya pada hari yang sama,” katanya.

Ibu mangsa, Jumiah Otto, 56, berkata, anaknya itu mendakwa dipukul sekiranya tidak mencapai sasaran jualan sebanyak RM200 sehari seperti yang ditetapkan oleh majikannya itu.

“Dia terpaksa merahsiakan perkara sebenar daripada keluar­ga kerana gerak-gerinya ketika men­jual aksesori kereta sentiasa dipantau majikannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Jokhiri Abd. Aziz berkata, usaha menjejaki suspek yang menghilangkan diri giat dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Hasil siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai dipukul oleh suspek menggunakan rotan selain turut dipukul dengan ta­ngan serta disepak terajang,” katanya.

“Kesan kecederaan dialami mangsa antaranya parut dan lu­ka melecet di bahagian tangan, bengkak di mulut, bengkak dan berdarah di telinga serta kesan luka, berdarah dan kesan parut kecederaan lama di belakang ba­dan,” katanya.

- utusan









Read More...

12 January 2017

Ajaib Kalau Boleh Kalahkan Najib



Walau gandingan, yang tidak pernah diramalkan penganalisis, antara dua musuh ketat Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sekalipun tidak akan dapat menumbangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya umum akan datang.

Demikian hujah seorang penganalisis politik menerusi artikel yang tersiar dalam jurnal politik The Diplomat.

Ong Kok Hin dari Institut Pulau Pinang menggariskan empat sebab kepada kebuntuan politik Malaysia iaitu penyelewengan pilihan raya, kegagalan institusi, perpecahan politik dan garis kesalahan masyarakat.

"Sehingga dan melainkan ia berubah, pembaharuan akan menjadi rapuh di masa yang terbaik dan kosmetik di kala paling teruk," katanya.

Berhubung penyelewengan pilihan raya, Ong berkata, jika cadangan persempadanan semula terkini berkuat kuasa sebelum pilihan raya, maka hasilnya adalah ketidakseimbangan bilangan pengundi bagi kawasan yang berlainan atau 'malapportionment'.

"Malapportionment adalah perbezaan saiz kawasan pilihan raya yang disebabkan oleh persempadanan semula. Ia menyebabkan perwakilan tidak saksama kerana ia memberikan nilai undi yang tidak sama rata.

"Sebagai contoh, seorang pengundi di Putrajaya mempunyai nilai bersamaan seorang pengundi di Kapar kerana kedua-dua kawasan pilihan raya mempunyai satu kerusi - walaupun Putrajaya mempunyai kira-kira 15,991 pengundi dan Kapar pula 144,159 pengundi.

"Malah dalam negeri yang sama, perbezaan saiz kawasan pilihan raya adalah menarik. Di negeri Selangor, Damansara adalah empat kali lebih besar daripada Sabak Bernam.

"Mana-mana tiga kawasan Parlimen yang sangat kurang diwakili di Selangor adalah lebih besar daripada tiga kawasan pilihan raya kecil yang digabungkan.

"Ia bukan satu perbezaan matematik saiz kawasan pilihan raya. Ia adalah pembungkusan secara sengaja penyokong pembangkang ke dalam kawasan bersaiz mega, melemahkan keupayaan untuk menang kerusi lain dan menyebabkan kerusi marginal lebih mampu dimenangi parti pemerintah.

"Tidak menghairankan, Damansara dipegang oleh pembangkang dan Sabak Bernam dipegang oleh parti pemerintah," katanya.

Tambah Ong, persempadanan semula pula, di sisi lain, adalah amalan melakar sempadan berdasarkan corak pengundian pengundi supaya ada pihak yang boleh mendapat manfaat.

"Persempadanan semula Malaysia dilakukan dalam tiga cara: penciptaan kawasan yang merangkumi pelbagai pihak berkuasa tempatan, gabungan sewenang-wenangnya masyarakat tanpa minat yang sama dan pengasingan komuniti dan kejiranan tempatan.

- mkini






Read More...

TMJ Dedah Tajaan MARA Guna "Wang Rakyat'' Kepada TRW Punca UNIKL Terpaksa Kurangkan Biasiswa Pelajar


Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam satu kenyataannya di laman Facebook JOHOR Southern Tigers telah mendedahkan bahawa tajaan Mara terhadap pasukan bola sepak Kelantan punca Unikl terpaksa kurangkan wang bantuan pelajar.

Beliau tampil membuat pendedahan berkenaan selepas menteri terlibat telah menuduh baginda cuba menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri dan menyifatkan Baginda angkuh.

TAN SRI, DARIPADA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN DENGAN KEJAYAAN FAIZ SUBRI LEBIH BAIK LUANGKAN MASA UNTUK JELASKAN MENGENAI TAJAAN PELABURAN MARA DAN UNIKL IAITU DUIT RAKYAT

Saya telah menjangka lebih awal lagi tentang kemenangan Faiz Subri pasti akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merudum. 

Pertama, kepada Tan Sri yang sentiasa tidak berpuashati kepada saya dan seorang menteri yang kononnya turut ingin menumpang populariti dengan kejayaan Faiz Subri mengatakan saya angkuh dan sebagainya. Biar saya selesaikan mengenai Tan Sri terlebih dahulu. 

Selepas ini, saya akan suruh menteri yang pernah mabuk datang mengadap saya untuk menerangkan kepada rakyat Malaysia siapa wanita yang berkerja di sebuah syarikat di Johor. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur. Saya tidak kacau orang, jadi jangan menggangu saya.

Baiklah, untuk Tan sri terlebih dahulu. Sebelum menggunakan kejayaan Faiz Subri untuk populariti anda dengan mengatakan saya angkuh kenapa tidak Tan Sri juga tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan Mara dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors.

Sewaktu ekonomi negara tidak begitu baik dan banyak pemotongan di sana sini, masih tergamak Tan Sri menggunakan duit rakyat untuk pasukan The Red Warriors yang mana Tan Sri sendiri merupakan Pengerusi Mara. Tidak cukup dengan Pelaburan Mara yang Tan Sri paksa, UniKL juga turut menjadi mangsa. 

UniKL terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016 tetapi Tan Sri telah menggunakan kuasa untuk memaksa mereka menaja pasukan TRW pada tahun itu. Mohon Tan Sri jelaskan ke mana hala tuju pelaburan Mara dan UniKL tersebut yang merupakan wang rakyat.

Akhir sekali, pesanan saya kepada Tan Sri dan menteri berkenaan, jangan lupa beli jersi baru JDT 2017 yang akan dilancarkan pada malam ini.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Beriktut adalah gambar yang disertakan TMJ.




- Siakapkeli

Read More...

Kubur Misteri Dalam Sekolah

Gambar hiasan


Tanda tanya mengenai kewujudan batu nisan dengan replika kubur yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad di Bukit Kuda, Klang terjawab apabila hasil siasatan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ianya bertujuan untuk latihan amali sahaja.

KPM dalam satu kenyataan semalam menyatakan bahawa pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai 'Pengurusan Jenazah' bagi pelajar beragama Islam.

"Bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti pelajar bukan Islam, KPM telah mengarahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk memindahkan replika tersebut ke suatu sudut di kawasan surau sekolah bagi tujuan pembelajaran dan latihan amali," menurut KPM.

KPM juga menyatakan bahawa replika tersebut bukan merupakan perkara wajib untuk diadakan namun ia merupakan inisiatif sekolah berkenaan bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada pelajar mengenai tajuk pengajaran.

KPM berkata demikian merujuk kepada laporan media tempatan baru-baru ini bertajuk 'Kenapa Ada Batu Nisan di Sekolah, soal Waytha'.

- Bernama


Read More...

11 January 2017

Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem Meninggal Dunia



Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem dilaporkan telah meninggal dunia kira-kira jam 1.20 tengahhari tadi di Institut Jantung Negara(IJN) Samarahan.

Di Twitter, Menteri Belia dan Sukan mengucapkan takziah kepada keluarga arwah dengan berkata: "Takziah kepada Puan Sri Jamilah & keluarga serta rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke Rahmatullah Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem. Al Fatihah."

Selain itu, Ahli Parlimen Pengerang, Azalina Othman turut mengucapkan takziah di Twitternya sebentar tadi.

"Takziah atas pemergian YAB Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Datuk Amar Haji Adenan Satem. Al-Fatihah", tulis beliau.

Arwah meninggal dunia 14 hari sebelum hari lahirnya yang ke-73.

Al-Fatihah.








Read More...

Ingatan Buat Jamal: Jawatan Presiden FAS Bukan Tempat Asah Bakat Badut



Gabungan Kelab Penyokong Selangor (GKPS) menempelak hasrat Ketua Kumpulan Gerakan Merah Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk menjadi presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Penaung GKPS Datuk Adam Rosly berkata, pihaknya risau jika Jamal menjadi presiden akan ada pemain pasukan yang akan tinggal tuala sahaja apabila hendak beraksi satu hari nanti.

"Jangan jadikan The Red Giants modal politik dan tempat mengasah bakat badut serta parasit," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurut Adam (kanan, baju putih), pihaknya maklum dengan impian Jamal untuk bergelar presiden FAS dan angan-angan tersebut dizahirkan secara rasmi ketika bertandang ke pejabat FAS, semalam.

"Nasihat saya mudah, sudah-sudahlah memasang angan dan cuba menangguk di air keruh.

“Kemelut FAS ini tidak wajar dipolitikkan dan usahlah seorang ahli politik picisan seperti Jamal menjadikan ini sebagai batu loncatan untuk popular," katanya.

Semalam, Jamal yang bermuka celoreng bendera Selangor bersama penyokongnya hadir ke pejabat FAS untuk menyerahkan surat itu bersama anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Shohaimi Shadan dan exco Pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah.

Surat tawaran tersebut diserahkan kepada Exco FAS, Adnan Sarrif.

Jamal juga turut berjanji akan menyelesaikan tunggakan gaji pemain dan pegawai selepas 14 hari jika dilantik menjadi presiden.

Pada 30 Disember lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali meletak jawatan sebagai presiden FAS kerana membantah budaya "politik berlebih-lebihan, melakukan kerja cara lama dan mentaliti bergantung kepada subsidi".

Adam berkata, tindakan Mohamed Azmin dan Exco Belia dan Sukan Selangor Amirudin Shari mengumumkan untuk tidak bersama FAS bukan bermakna persatuan ini harus dipimpin oleh individu sembarangan dan menjadi alat politik orang lain.

Kataya, amat menghairankan apabila secara tiba-tiba Jamal berminat dengan urusan bola sepak yang selama ini tidak pernah diambil kisah.

"Dakyah bahawa hendak membawa bola sepak Selangor setanding dengan JDT adalah satu kenyataan lucu.

“Sebagai penyokong setia, semua peminat tahu kedua-dua pasukan berada pada kelas tersendiri dan berada pada era kegemilangan masing-masing.,” katanya.

Menurut Adam, semua pihak perlu faham bahawa FAS perlu dirombak sepenuhnya bukan sekadar tukar presiden sahaja.

"Kami di Gabungan ingin menasihatkan Jamal agar simpan sahaja impian untuk menjadi presiden FAS kerana jelas hanya akan menghuru-harakan lagi keadaan," katanya.

- mkini




Read More...

Penggodam Rusia dakwa kompromi maklumat diri Trump



Kandungan dokumen yang diklasifikasikan sulit yang dibentangkan minggu lepas kepada presiden dipilih Donald Trump termasuk dakwaan bahawa operatif Rusia mendakwa telah mengkompromi maklumat mengenai dirinya, CNN melaporkan semalam.

Dakwaan itu terkandung dalam sinopsis dua halaman yang dilampirkan dengan laporan yang dibentangkan oleh para pegawai perisikan AS kepada Trump dan Presiden Barack Obama mengenai campurtangan Rusia dalam pilihan raya 2016, lapor CNN yang memetik pelbagai pegawai AS yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai taklimat tersebut.

Dakwaan tersebut, sebahagiannya, datang dari memo yang dikompilasi oleh seorang bekas operatif perisikan British, yang mana hasil kerjanya sebelum ini dianggap oleh pegawai perisikan AS sebagai boleh dipercayai, lapor CNN.

Ia berkata FBI sedang menyiasat kredibiliti dan ketepatan dakwaan itu, yang berdasarkan kepada maklumat dari sumber Rusia, tetapi tidak mengesahkan banyak perincian penting dalam memo mengenai Trump.

FBI enggan ulas

Tuduhan bahawa Rusia cuba untuk mengkompromi maklumat tentang diri Trump, yang merupakan seorang ahli perniagaan hartanah, telah tersebar di Washington sejak beberapa bulan, dan ianya telah dimaklumkan kepada para pegawai Amerika Syarikat tahun lalu.

Reuters tidak dapat mengesahkan dakwaan itu atau mengesahkan kewujudan sinopsis dua halaman yang dilaporkan oleh CNN.

Amaran kepada Trump itu, bagaimanapun, bertepatan dengan kebimbangan yang semakin meningkat tentang apa yang pengarah Perisikan Nasional James Clapper sebut sebagai pengaruh "pelbagai aspeks" Rusia dan kempen pengintipan di Eropah dan Amerika Syarikat.

Selain menggodam rangkaian komputer dan menyebarkan propaganda dan berita palsu, ia termasuk usaha untuk memupuk pemimpin perniagaan dan politik serta mencari maklumat kewangan dan peribadi dan lain-lain yang boleh menjejaskan orang yang disasarkan, kata pegawai perisikan AS.

Taklimat minggu lepas itu disampaikan oleh Clapper, pengarah Biro Siasatan Persekutuan James Comey, pengarah Agensi Perisikan Pusat John Brennan dan Pengarah Agensi Keselamatan Negara Mike Rogers.

Salah satu sebab ketua-ketua perisikan AS itu mengambil langkah luar biasa termasuk sinopsis dalam dokumen taklimat itu adalah untuk menyedarkan Trump bahawa dakwaan mengenai dirinya sedang beredar di kalangan agensi perisikan, anggota kanan Kongres dan para pegawai kerajaan, kata CNN.

Satu laporan perisikan yang tidak diklasifikasikan sebagai sulit yang dikeluarkan pada hari Jumaat, membuat kesimpulan bahawa Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan usaha untuk membantu peluang Trump menang pilihan raya dengan mencemarkan calon Demokrat Hillary Clinton dalam kempen presiden 2016.

Menurut laporan itu, agensi perisikan AS telah membuat kesimpulan bahawa sebagai sebahagian daripada usaha agensi perisikan tentera Rusia, GRU, menggunakan perantara seperti WikiLeaks dan lain-lain untuk mengeluarkan emel yang digodam.

- Reuters




Read More...

09 January 2017

Anwar rindu nasi kandar dan pasembor



Walaupun masa yang singkat di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat bermesra bersama penyokongnya di galeri awam.

"Saya rindukan Pulau Pinang terutama nasi kandar dan pasembor," katanya kepada orang ramai yang berkumpul di Bilik Mahkamah 4.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuannya Nurul Izzah turut hadir di mahkamah.

Wartawan diberi amaran agar tidak bertanya soalan selain kes mahkamah, tetapi Anwar menjawab "Teruskan, tanya. Tak ada undang-undang mengenai bertanya soalan,".

"Namun saya tak dapat jamin apa yang berlaku pada kamu kemudian lepas tanya soalan," katanya secara berseloroh.

Anwar tetap kelihatan bersemangat dengan memakai sut hitam dan kemeja putih tetapi kelihatan kurus.

"Lihat berapa banyak berat badan saya telah hilang," katanya berseloroh sambil menunjuk ke arah perutnya.

'Agenda yang penting'

Ditanya mengenai kaji selidik baru-baru ini yang menunjukkan responden lebih memihak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, Anwar seolah-olah tidak merasa terganggu.

"Orang tak penting tapi agenda..agenda reformasi, demokrasi, keadilan dan kebebasan badan kehakiman, itu adalah apa yang paling penting, bukan siapa yang jadi PM," katanya.

Anwar ditemui sebelum Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Rosilah Yop memasuki bilik mahkamah di mana peguam Ranjit Singh Mahinder Singh membaca permohonan maaf kepada bekas ketua pembangkang itu berhubung artikel yang diterbitkan The New Straits Times pada 2013.

Anwar menyaman Ranjit, NST dan dua wartawannya kerana dua artikel yang mendakwa beliau seorang ahli politik yang tidak jujur dan dikatakan terlibat dalam pengubahan wang haram.

Beliau juga mendakwa artikel itu menuduhnya membayar mendiang Karpal Singh sebanyak RM50 juta bagi mempengaruhi hakim.

- mkini


Read More...

Fitnah Anwar: Peguam Dan NST Mohon Maaf



Peguam Ranjit Singh Mahinder Singh dan New Straits Times memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan penyiaran dua artikel di akhbar itu beberapa tahun lalu.

Tulisan-tulisan itu dikatakan mengaitkan bekas ketua pembangkang itu dengan kegiatan pengubahan wang haram.

Defendan-defendan juga memohon maaf kepada mendiang pemimpin DAP Karpal Singh yang didakwa menerima RM50 juta daripada Anwar untuk mempengaruhi hakim-hakim.

Pasukan Ranjit diketuai beliau sendiri dan dianggotai oleh Teoh Guat Cheng dan Kenail Singh. NST pula diwakili oleh M Reza Hassan, Ellia Zuraina Mat Zin dan Umni Farhana Mohd Nasir.

Diketuai Sangeet Kaur Deo, pasukan Anwar pula dianggotai Ramkarpal Singh dan Yusmadi Yusof.

Persetujuan direkodkan di hadapan Hakim Rosilah Yop.

Sebelum itu berlangsung rundingan dua jam dalam kamar antara kedua-dua pihak.

Ogos lalu, Anwar memfailkan saman RM70 juta terhadap Ranjit, NST dan dua pemberitanya susulan artikel pada 6 Ogos 2013 dan 3 Februari 2014.


Read More...

Polis Australia Pula Sertai Siasatan 1MDB


Polis Persekutuan Australia (AFP) sedang menyiasat sama ada dana yang diselewengkan dari 1MDB mempunyai kaitan dengan negara itu.

Menurut The Australian, polis sedang menilai sama ada mana-mana rakyat, pemastautin atau firma Australia melanggar undang-undang negara itu.

"AFP sedang membantu rakan polis luar negara dalam siasatan mereka. Memandangkan perkara ini masih diteliti, maka tidak sesuai untuk mengulas lanjut," kata jurucakapnya kepada akhbar itu.

Menurut laporan itu, AFP sedang membantu sama ada pihak berkuasa di Switzerland, Amerika atau Singapura dalam siasatan mereka berhubung dakwaan penyelewengan dana daripada 1MDB.

Berita mengenai peranan Australia dalam siasatan 1MDB timbul hanya seminggu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan negara itu selepas beliau dan keluarganya bercuti di sana.

Sebelum ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (Asic) membubarkan syarikat, Avestra Asset Management, yang dituduh mengendalikan wang yang berasal daripada 1MDB.

Avestra dikatakan mempunyai hubungan dengan entiti yang didaftrakan di Kepulauan Cayman iaitu Bridge Global Absolute Returns Fund SPC.

- malaysiakini


Read More...

Melayu Kampung Tetap Setia Kepada BN Pada PRU14



Tsunami Melayu dijangka tidak berlaku pada PRU14 kerana pola pengundi masyarakat itu dilihat tidak akan mengalami banyak perubahan.

Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed berkata, buat masa ini hanya pengundi Melayu bandar dilihat berubah angin dan lebih cenderung beri sokongan kepada pembangkang.

Namun katanya, bagi masyarakat Melayu di luar bandar seperti di Kelantan, Terengganu dan Kedah, pola sokongan mereka kepada kerajaan tetap sama.

“Jadi saya tidak bersetuju akan berlaku tsunami Melayu kerana perbezaannya tidak banyak berubah,” katanya, semalam.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong meramalkan ‘tsunami Melayu’ bakal berlaku seperti dilakukan pengundi Cina dalam dua PRU lalu.

Menyentuh perubahan sokongan masyarakat Melayu bandar kepada pembangkang, Ahmad Marthada berkata, ia disebabkan mereka tidak terlalu bergantung kepada kerajaan seperti masyarakat Melayu luar bandar.

"Masyarakat Melayu luar bandar masih mengharapkan bantuan kerajaan. Kerajaan menyediakan banyak bantuan kepada mereka seperti subsidi kepada pesawah, petani dan sebagainya,” katanya.

Selain itu katanya, pengundi Melayu di bandar juga turut didedahkan dengan banyak maklumat, bukan sahaja melalui media arus perdana, malah menerusi media sosial dan lain-lain lagi.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Datuk Dr Samsul Adabi Mamat pula berpendapat, tsunami satu perkara di luar jangkaan.

Katanya, pemerhati politik belum dapat melihat perkara itu kerana ia akan berlaku secara tiba-tiba.

Menurutnya, tsunami politik akan berlaku bergantung kepada situasi semasa yang memungkinkan peningkatan pengundi atas pagar.

- Sinar Harian



Read More...

08 January 2017

Nazri Sifatkan Mahathir Gila


Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai "gila" apabila mendakwa tanah yang dijual kepada orang asing akhirnya akan menjadikan Malaysia negara asing.

"Dia gila. Kita jual tanah kepada kedutaan untuk buat bangunan kedutaan. Syarikat luar untuk membina projek mereka, ini bukan satu kesalahan.

"Sedangkan sebelum ini banyak juga tanah telah dijual ketika zaman Tun Mahathir lagi. Kenapa dia tidak fikir pasal itu masa dia jual tanah," soal Nazri.

Nazri berkata demikian selepas hadir pada acara gemilang persembahan gendang 24 perayaan bagi mencipta rekod Malaysia Book of Records di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tsun Jin, Kuala Lumpur hari ini.

Mahathir di blognya sebelum ini mendakwa Datuk Seri Najib Razak memberi takrif baru kepada pelaburan langsung asing (FDI).

Katanya, strategi perdana menteri menarik FDI melalui penjualan tanah sama sepertimenjual Singapura kepada Bristish pada zaman negara dijajah.

Beliau memberikan contoh projek Forest City di Johor yang dibangunkan syarikat berpangkalan di China yang didakwanya akan didiami 700,000 orang dari China.

"Apabila kita menjual Singapura kepada British, kita mesti tahu Singapura dengan segala kekayaan dan pembangunannya menjadi negara asing," kata Mahathir menerusi blognya.

Mengulas lanjut, Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno mempersoalkan bagaimana mungkin tanah di negara ini akan terjual kepada negara asing.

"Saya nak tanya Dr Mahathir kalau kita jual tanah sebanyak satu ekar kepada orang luar, lepas tu kita potong-potong tanah itu dan bawa ke China.

"Di Johor, kalau seekar kita potong-potong kemudian kita boleh ke hantar kepada negara China?," Soal Nazri.

Justeru Nazri yang juga anggota Parlimen Padang Rengas mahu semua pihak lagi melayan Mahathir yang semakin hari dilihat 'semakin mengarut'.

"Jadi apa yang dicakap ni? Dia makin lama makin mengarut. Dia nak cipta masalah. Kita nak negara bergerak maju. Kita nak maju.

"Saya minta rakyat Malaysia jangan layan orang tua ini," tambah Nazri.

Read More...

Nik Amar Dakwa Umno Akan Perkuda AMANAH Di kelantan



Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, peristiwa tahun 1978 mungkin berulang di Kelantan apabila parti serpihan bekerjasama dengan Umno bagi menumbangkan kerajaan PAS.

Ujar beliau, kemunculan Parti Amanah Negara (AMANAH) terutamanya di kawasan marginal PAS sedikit sebanyak boleh menjejaskan usaha bagi mempertahankan kerusi tersebut.

"AMANAH mungkin bekerjasama dengan Umno untuk tumbangkan kerajaan PAS di Kelantan seperti yang pernah dilakukan Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) pada PRU 1978.

“Kemungkinan itu tidak dapat ditolak, boleh jadi Umno taja calon daripada AMANAH di kawasan yang mereka anggap boleh menang,” katanya, memetik laporanHarakah Daily.

BERJASA merupakan serpihan daripada PAS yang diasaskan oleh Datuk Muhamed bin Nasir yakni bekas Menteri Besar Kelantan yang dipecat dari parti Islam itu.

AMANAH yang kini difahamkan mempunyai kira-kira 21,000 ahli juga parti serpihan PAS yang ditubuhkan selepas beberapa pemimpin gagal mempertahankan jawatan pada muktamar parti di Kuala Selangor pada 2015.

Justeru, kata Mohd Amar, beliau mengajak jentera PAS di semua peringkat melipat gandakan usaha bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang.

“Kita hendaklah berusaha sedaya mungkin bagi mempertahankan kerajaan negeri yang ada sekarang. Sekarang kelihatan muncul satu kesedaran cinta kepada perjuangan.

“Kalau kita sayangkan Kelantan hendaklah kita mempertahankan kerajaan negeri seumpama Rasulullah SAW dan para sahabat mempertahankan Kota Madinah ketika perang Ahzab,” tambah beliau.


Read More...

07 January 2017

Penduduk Sik Terlalu Miskin Sampai Makan Beras Gred Ternakan


Kemiskinan tegar masyarakat Melayu di pedalaman Sik, Kedah sudah sampai ke tahap ada yang terpaksa meneruskan hidup dengan bergantung pada makanan yang dikhususkan kepada ternakan.

Biro Media dan Komunikasi Amanah Sik mendedahkan kisah penduduk Kampung Chepir, Ilyas Hassan yang dikatakan kerap membeli beras merah gred paling rendah RM1.20 sekilo di kedai makanan ayam untuk menyara hidup.

Maklumat berkenaan Ilyas yang mengambil upah sebagai pembantu angkat barang untuk peniaga pasar malam di sekitar pekan Sik itu telah disampaikan kepada Amanah Sik oleh pemilik kedai yang menjual makanan dan dedak burung/ayam.

Sehubungan itu, atas dasar peduli rakyat, Ketua Amanah Sik Sulaiman Ibrahim yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan telah menyerahkan sumbangan makanan khas kepada Ilyas bagi membantu meringankan beban warga emas itu.

Daerah Sik yang bersempadan dengan Baling, Kuala Muda, Pendang dan Padang Terap didiami golongan rakyat berpendapatan rendah dengan majoritinya terdiri daripada penoreh getah.

Tinjauan Malaysia Dateline tahun lalu bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman mendapati kebanyakan penduduk terbabit hidup dalam keadaan daif tanpa memiliki kediaman yang sempurna.

Hampir 20 keluarga penoreh miskin tegar di Dun Jeniri, Sik yang ditemui ketika itu antaranya di Kampung Pasir Putih, Kampung Padang Pulut, Kampung Sungai Setar dan Kampung Tala mengakui tidak mendapat mana-mana sumbangan berkala daripada pihak berwajib.

Terdapat juga beberapa keluarga terbabit memberitahu bantuan yang mereka perolehi sebelum ini daripada pihak Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberhentikan beberapa tahun lalu tanpa diketahui sebabnya.

Menurut Leman, kisah masyarakat setempat yang tidak cukup makan bukan rekaan dan situasi tersebut boleh dikenalpasti apabila merujuk kepada pekedai runcit sekitar kawasan tersebut.

“Di sini rakyat tidak cukup makan. Saya ronda dari Dun Jeniri ke Dun Belantik, ada kedai runcit kalau kita minta buku hutang, penuh buku hutang itu. Rakyat tiada duit, terpaksa berhutang.

“Ada murid sekolah tidak dapat bayar yuran. Ada penoreh getah yang dapat RM1.70 (sekilogram getah sekerap) kena bahagi dua (dengan pemilik kebun getah), seminggu (dapat) RM80, RM36.

“Nak makan apa (dengan nilai itu) sekarang? Susu anak RM28. Beras RM26. Nak buat rumah, beli bata fikir dulu baik beli susu anak daripada beli bata.

“Saya tahu ada kalangan ahli Pas, Umno tapi yang penting (semua) tetap kena menoreh getah. Hang (Kamu) Pas atau Umno kena menoreh. Kita bercakap soal isi perut, nak bayar yuran sekolah anak,” ujarnya dalam satu ceramah di Kampung Landai, awal tahun lalu.

- ataspagar.com

Read More...

05 January 2017

Penerima BRIM Disaran Beli Proton Iriz

‘Boleh guna BR1M beli Proton Iriz jadi pemandu Uber’


Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak memiliki kereta yang boleh menggunakan bantuan berkenaan untuk membeli kereta Proton Iriz, supaya mereka boleh menjana pendapatan sebagai pemandu Uber atau Grabcar.

"Ini akan dilaksanakan pada tahun ini," kata Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF) Tan Sri Irwan Serigar Abdullah pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan juga sedang mengkaji kaedah lain untuk menambah baik pelaksanaan bantuan berkenaan.

"Kita aakan menstruktur semula BR1M supaya rakyat boleh membeli makanan dan barangan keperluan," katanya.

"Kita sedang mengkaji bagaimana BR1M boleh digunakan untuk latihan, supaya mereka boleh menggunakan BR1M dengan bijak bagi memulakan perniagaan," katanya.

Menurutnya, bantuan itu adalah bukan rasuah kerana tujuannya disalurkan adalah bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Katanya lagi, kajian daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menunjukkan 83.4 peratus responden menyokong BR1M diteruskan.

- mkini

Read More...

Jet kerajaan Tak Lagi Boleh Dikesan Selepas Ke Australia



Pesawat Airbus 319 milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA tidak lagi boleh dikesan pada flightaware.com.

Laman web itu berkata, data itu tidak boleh didapati kerana 'permintaan pemilik/pengendalinya'.

Permintaan bagi mengalih keluar akses awam kepada data itu berlaku tidak lama selepas Malaysiakinimelaporkan perjalanan 9M-NAA di seluruh Australia yang bertepatan dengan percutian keluarga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke negara itu.

Kali terakhir data pengesanan itu boleh didapati adalah pada hari Selasa, yang menunjukkan 9M-NAA mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada pukul 10.17 malam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 4.56 petang waktu tempatan.

Data tersebut telah dikeluarkan dari laman web itu hari ini.

Ketika dihubungi, FlightAware berkata ia menawarkan khidmat sekatan dengan syarat bahawa permintaan itu disertakan dengan salinan pendaftaran pesawat.

Ia menambah bahawa perkhidmatan pengesanan penerbangan juga hanya membenarkan pengesanan oleh pemilik pesawat.

"Ini akan membolehkan hanya pengguna yang dibenarkan dalam akaun anda untuk melihat aktiviti penerbangan. Ia masih akan disekat kepada orang awam," katanya.

Sebelum ini, data dari flightradar24.com, laman web pengesanan yang lain, juga telah dibuang.

Selain 9M-NAA, jet Airbus 320 dengan nombor pendaftaran 9M-NAB yang digunakan perdana menteri sebelum ini juga telah dikeluarkan dari laman web pengesanan.



Read More...

PRU14 Suku Ke-3 2017 Dan Najib Menang



Pasukan Penyelidikan Sulit Financial Times menjangkakan bahawa pilihan raya umum ke-14 akan diadakan pada suku ketiga tahun ini, dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berada di landasan yang betul untuk mengekalkan cengkaman kuasanya.

Cabang penyelidikan akhbar ekonomi antarabangsaFinancial Times itu juga percaya bahawa persempadanan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya yang kini dicabar di mahkamah akan siap menjelang akhir suku kedua.

"Kami menjangkakan Najib akan memenangi pilihan raya umum akan datang walaupun terpalit dengan skandal rasuah 1MDB.

"Proses persempadanan semula yang berjaya dan pembangkang yang berpecah bermakna peluang untuk perubahan kuasa adalah sangat kecil di Malaysia," katanya dalam satu kertas penyelidikan.

Menurut pasukan penyelidikan itu, Najib juga akan mendapat manfaat hasil kegagalan yang dijangka dalam rundingan antara Pakatan Harapan dan PAS.

Najib sebelum ini membayangkan bahawa pilihan raya umum akan diadakan tidak lama lagi, tetapi tarikh sebenar masih menjadi misteri, sama seperti apa yang berlaku sebelum pilihan raya umum tahun 2013.

Perdana Menteri juga menafikan beliau menyalahgunakan dana 1MDB dan mendakwa tuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menjatuhkannya.

Ramalan PRU-14 adalah sebahagian daripada laporan pasukan penyelidikan FT mengenai kaji selidik sentimen ekonomi dan politik di kalangan 1,000 responden di Malaysia.

Kaji selidik itu mendapati bahawa rakyat negara ini adalah antara yang paling pesimis daripada responden di negara-negara Asean, dengan indeks sentimen ekonomi Malaysia jatuh 10.6 mata kepada 19 mata pada suku keempat.

Indeks sentimen politik Malaysia juga merosot 6.1 mata sepanjang tempoh yang sama kepada 22.9 mata.

Penyelidikan FT itu juga percaya bahawa ketidaktentuan mengenai tarikh pilihan raya akan datang, serta susut nilai ringgit mungkin menyumbang kepada prospek suram negara.

"(Rakyat Malaysia) satu-satunya yang menjangkakan iklim ekonomi dan politik tempatan mereka akan merosot dalam tempoh enam bulan akan datang," katanya.

Pasukan penyelidik itu berkata sentimen ekonomi merosot di sebalik "peningkatan baru-baru ini dalam ekonomi."

"Kami menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang antara 4.4 peratus dan 4.7 peratus pada 2017, meningkat daripada anggaran 4.2 peratus tahun ini," katanya.


Read More...

04 January 2017

‘HARAPAN mampu tumbangkan BN walau tanpa PAS’



Pakatan Harapan mampu menumbangkan BN pada pilihan raya umum yang akan datang walaupun tanpa PAS, kata Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad.

Ini kerana, kata beliau yang juga adalah ahli parlimen Shah Alam, AMANAH dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mampu membawa undi yang mencukupi untuk mengalahkan BN.

Beliau mengandaikan ini berdasarkan pengiraan kasar, dengan anggapan bahawa pembangkang yang diwakili oleh Pakatan Rakyat pada tahun 2013 mendapat 50,000 undi, manakala BN pula meraih 45,000 undi.

Berdasarkan angka-angka ini, Khalid berkata, pada pilihan raya akan datang, HARAPAN akan kekurangan kira-kira 7,000 undi daripada PAS.

Walau bagaimanapun, katanya, parti serpihan PAS, AMANAH mampu membantu membawa 3000 undi, dan BERSATU pula akan membawa lebih 3500 undi daripada Umno.

Ini akan menjadikan HARAPAN mendapat 46,500 undi, berbanding BN - 41,500 undi dan PAS 7,000 undi.

“Berdasarkan anggaran mudah di atas, maka calon Pakatan Harapan masih boleh menang hasil dari kewujudan AMANAH dan BERSATU.

“Ini adalah kerana kesan kewujudan mereka adalah pertambahan undi pada Pakatan Harapan dan pengurangan undi pada PAS dan Umno/BN,” katanya.

Namun katanya, berdasarkan anggaran seperti di atas, Umno/BN juga mampu menang sekiranya undi PAS beralih menyokong calon Umno/BN.

Bagaimanapun Khalid berkata, jika ini berlaku, majoriti pengundi PAS akan sama ada memboikot pilihan raya itu atau mengundi calon HARAPAN sebaliknya.

“Maka keunggulan kerjasama Pakatan Harapan dan BERSATU adalah ia menggabungkan empat parti yang mempunyai sokongan tersendiri.,” katanya.

BN memenangi pilihan raya umum lalu dengan menawan 133 kerusi di Parlimen, tetapi hanya mendapat 47 peratus undi popular.

Sebaliknya pembangkang mendapat 51 peratus undi popular 2013, tetapi hanya mampu memenangi 88 kerusi parlimen.

Pengkritik berkata ini adalah disebabkan oleh pengagihan pengundi yang tidak seimbang, dengan setiap kerusi di bandar hanya menyamai dua atau lebih kerusi luar bandar.



Read More...

Menteri tak tahu jet kerajaan ke Australia



Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beliau hanya mengetahui mengenai percutian perdana menteri di Australia dan perjalanan pesawat rasmi udara kerajaan yang kebetulan sama di negara itu hari ini.

Bercakap kepada media hari ini Ismail berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai kapal terbang Airbus A319 itu.

Disebabkan itu katanya beliau tidak dapat memberi sebarang komen mengenai "kebetulan" membabitkan percutian Datuk Seri Najib Razak dan kapal terbang rasmi berkenaan.

"Hari ini baru saya dengar ni, jadi saya tak tahu,” katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke Tabika Kemas di Bandar Baru Salak Tinggi.

Lawatan berkenaan adalah sempena permulaan penggal baru persekolahan hari ini.


Ismail yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum itu ditanya mengenai kemungkinan Najib menggunakan pesawat udara rasmi ketika bercuti di luar negara.

Pesawat udara dengan nombor pendaftaran 9M-NAA itu dikatakan berlepas pada jam 12.07 tengah malam dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang pada 22 Disember dan mendarat di Gold Coast, Australia pada jam 10.06 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas pula dari Gold Coast pada jam 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.

Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

Anak PM muat naik gambar

Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman memuat naik gambarnya di Instagram.

Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".

Keesokan harinya, Norashman memuat naik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.

Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.

Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.


Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.

Kebetulan sekali lagi, Norashman kemudian mula memuat naik gambar dia di Perth pada Instagramnya.

Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".

Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.

Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".

Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.

Norashman turut memuat gambar beliau kembali berbasikal bersama Najib.

Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

Sebelum pesawat itu merentasi Australia, Najib menggunakan kapal terbang berkenaan untuk tugas rasmi di Kuantan, Tawau dan Kuching.

Data penerbangan menunjukkan 9M-NAA berlepas dari Kuantan pada 9.22 malam dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 10.30 malam, 17 Disember.

Ini adalah konsisten dengan kehadiran Najib pada makan malam Gabungan Persatuan Cina di Kuantan dan laporanNew Straits Timeskemudian mengesahkan ketibaan Najib di Kuching pada pukul 10.30 malam.

- mkini



Read More...

Najib berhak guna jet kerajaan untuk bercuti, tapi...



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempertahankan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menggunakan pesawat kerajaan untuk bercuti bersama keluarganya di beberapa destinasi di Australia.

Beliau berkata ramai yang tidak menyedari bahawa Najib, selaku perdana menteri, berhak untuk menggunakan pesawat milik kerajaan jenis Airbus Corporate Jet A319.

"Sebagai perdana menteri, beliau berhak untuk menggunakan pesawat itu," katanya kepadaMalaysiakini hari ini.

Nur Jazlan yang juga adalah ahli parlimen Pulai berkata walaupun adalah lebih elok jika Najib menguruskan penerbangannya secara peribadi, terdapat isu lain yang perlu dipertimbangkan.

"Kadang-kadang untuk tujuan keselamatan adalah lebih baik untuk beliau (Najib) menggunakan kemudahannya sebagai perdana menteri untuk menguruskan pengangkutan yang diperlukan untuk bercuti," katanya.

Diasak mengenai bidasan orang ramai berhubung penggunaan pesawat rasmi untuk tujuan bercuti dengan keluarganya, Nur Jazlan berkata ramai yang tidak menyedari hak perdana menteri itu.

"Ya. Ya. Ya (Ramai yang tidak sedar) Pokoknya:... perdana menteri berhak menggunakan jet."

"Perdana menteri menggunakan jet itu untuk pergi bercuti. Ini adalah haknya.

"Sama ada ini adalah sensitif dari segi politik atau tidak, bagi saya itu isu yang berasingan. Tetapi beliau berhak untuk menggunakan jet itu sebagai perdana menteri," katanya.

Pesawat Airbus Corporate Jet A319 milik kerajaan dengan nombor pendaftaran 9M-NAA, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang Jaya pada 22 Disember lalu pada jam 12:07 pagi dan mendarat di Gold Coast, Australia pada jam 10:06 pagi hari yang sama.

Bagaimanapun pesawat itu hanya berhenti sebentar kerana ia berlepas pula dari Gold Coast pada jam 11.47 pagi dan mendarat di Brisbane pada pukul 12.09 tengah hari.

Tiada penerbangan komersial antara Brisbane dan Gold Coast kerana jaraknya hanya 110 kilometer atau satu jam perjalanan sekiranya memandu kenderaan.

Kebetulan, selepas pesawat itu singgah di Gold Coast selama satu jam 41 minit sebelum ke Brisbane, anak Najib, Mohd Norashman memuat naik gambarnya di Instagram.

Pada 23 Disember, sehari selepas persinggahan itu, Norashman memuat naik gambar beliau bermain golf di Instagram dan menggunakan tag "#goldcoast".

Keesokan harinya, Norashman memuat naik ke Instagram gambar penguin di taman tema Sea World Gold Coast.

Pada 26 Disember lalu, jet kerajaan Malaysia berlepas dari Brisbane pada 9.11 pagi dan mendarat di Gold Coast pada 9.35 pagi.

Sekali lagi, persinggahan singkat di Gold Coast itu hanya mengambil masa selama dua jam dan 47 minit.

Pesawat itu kemudian terbang ke Gold Coast pada pukul 12.22 tengah hari dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 2.47 petang. Pesawat itu kekal berada di sana setakat ini.

Kebetulan sekali lagi, Norashman kemudian mula memuat naik gambar dia di Perth pada Instagramnya.

Pada 28 Disember, Norashman menyiarkan gambar dirinya di dalam bilik sedang bermain gitar elektrik. Posting itu ditandakan sebagai "#Perth".

Keesokan harinya, dia menyiarkan gambar berbasikal dengan rakan-rakan di Perth.

Kemudian pada 30 Disember, Norashman menyiarkan gambarnya bermain golf dengan kapsyen "Cuba untuk tamatkan 2016 dengan bergaya" bersama tag "#perth" dan "#meadowsprings".

Beliau merujuk kepada Meadow Springs Gold & Country Club di Mandurah, yang mengambil masa sejam jika memandu dari Perth.

Norashman turut memuat gambar beliau kembali berbasikal bersama Najib.

Semua data penerbangan adalah berdasarkan kepada laman pengesanan penerbangan Flight Aware.

- mkini


Read More...

03 January 2017

Pengarah Siasatan Khas SPRM Berkaitan 1MDB Bersara Awal



Seorang daripada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memainkan peranan utama dalam siasatan bekas anak syarikat 1MDB dilaporkan memilih bersara awal.

Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, adalah bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM dikatakan menamatkan khidmatnya walaupun boleh terus bertugas sehingga tiga tahun lagi.

Bahri bersara mulai Jumaat lalu selepas berkhidmat dengan agensi pencegahan rasuah itu sejak lebih 30 tahun lalu.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Beliau memainkan peranan penting menyiasay SRC International (SRC) dan menjadi perhatian apabila sejumlah RM42 juta dananya ditemui pada akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak.

Ketika siasatan SPRM ke atas 1MDB dianggap kompleks dan membabitkan banyak aspek perundangan luar negara - dengan peguam negara enggan mengeluarkan persetujuan bantuan undang-undang kepada pihak berkuasa asing, kes SRC dilihat jelas melibatkan entiti dalam negara.

Wang SRC dimasukkan ke akaun perdana menteri melalui dua transaksi - iaitu pada 26 Disember 2014 dan 10 Februari 2015 - selepas disalurkan melalui dua syarikat lain, iaitu Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Sebelum ini disabitkan di mahkamah

Najib mendakwa tidak tahu menahu wang berkenaan adalah berasal dari SRC walaupun syarikat itu adalah milik kementerian kewangan. Perdana menteri juga menjawat tugas sebagai menteri kewangan pertama.

Difahamkan antara sebab utama Bahri memilih untuk bersara adalah kerana kecewa dengan hasil siasatan terhadap SRC.

Sumber memberitahuMalaysiakini, satu majlis perpusahan diadakan untuk Bahri serta beberapa kakitangan lain di SPRM pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun Bahri tidak hadir pada majlis berkenaan.

"Datuk Bahri kecewa dengan apa yang berlaku dengan kes itu. Beliau juga berasa bersalah kepada rakyat Malaysia kerana berdasarkan kes-kes seumpama itu sebelum ini, ia akan disabitkan di mahkamah," kata seorang sumber yang rapat dengan Bahri.

Bekas pengarah BOK itu pula tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen beliau. Setakat ini tidak dapat dipastikan siapakah akan mengisi kekosongan ditinggalkan Bahri di BOK.

Pada 31 Disember 2016 laluMalaysiakini melaporkan enam pegawai kanan BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan ke atas SRCdipindahkan ke bahagian lain.

Seorang daripada mereka ialah Timbalan Pengarah BOK, Tan Kang Sai.

Dua daripada pegawai terbabit dipindahkan pada Oktober, manakala yang lain pada Disember lalu.

Difahamkan empat daripada mereka dipindahkan ke bahagian siasatan SPRM, manakala yang lain dipindahkan ke SPRM negeri atau agensi lain kerajaan.

Ketika siasatan SPRM terhadap SRC sedang giat dijalankan pada Ogos tahun lalu, polis menahan tiga anggota agensi antirasuah itu atas dakwaan membocorkan maklumat siasatan 1MDB.

Bahri kemudian bersumpah atas nama Allah untuk mencari dalang yang mengarahkan penahanan anggotanya.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," katanya.

Bahri juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

Kemudian pada 7 Ogos 2015Bahri tiba-tiba dipindahkanke Jabatan Perdana Menteri. Arahan yang dikeluarkan secara mengejut itu mengundang tanggapan umum bahawa ia dibuat ekoran kenyataan keras dibuat beliau dua hari sebelumnya.

Ia mencetuskan banyak teguran dan kecaman daripada pelbagai pihak.

Arahan perpindhan berkenaan kemudian dibatalkan dan Bahri kembai ke BOK.

-mkini


Read More...

SPRM harus siasat pembelian Porsche Annuar Musa

Gambar hiasan


SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk menyiasat pembelian kereta Porsche Panamera milik Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa sebagaimana didedahkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Annuar juga perlu tampil menjawab isu itu.

"Tan Sri (Annuar Musa) harus mohon maaf kepada Tunku Ismail dan menjawab tuduhan penyelewengan wang rakyat Kelantan berkenaan pembelian Kereta Porsche Panamera milik Tan Sri," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Terdahulu, Tunku Ismail dalam catatan terbaharu di Facebook Johor Southern Tigers dengan berterus terang mendakwa Anuar Musa tidak menjalankan amanahnya ketika zaman Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.

"Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera," jelas Tunku Ismail yang mesra disapa TMJ.

Teguran TMJ itu rentetan daripada tindakan Anuar yang mempertikaikan mengenai fasiliti milik  Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta'zim (JDT).

Dalam masa yang sama, kenyataan itu juga merujuk Annuar yang dilapor mempertikaikan pendirian Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) supaya FAM ditadbir secara proksi.

Tunku Ismail turut merujuk kegagalan pasukan Kelantan dalam berdepan masalah kewangan ketika diterajui Annuar.

- sinar harian

Read More...

01 January 2017

Halalkah pergi haji guna wang 1MDB dari Pulau Cayman?



Tun Mahathir Mohamad tidak salah mempersoalkan sumber dana Malaysia Development Berhad (1MDB) dan sama ada wajar ia digunakan untuk menaja jemaah haji di Makkah, kata ahli Parlimen Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Raja Kamarul berkata perkara itu juga dibangkitkan beliau di Parlimen dua tahun lalu, selepas pendedahan bahawa 1MDB melabur dana di kepulauan Cayman.

"Saya sendiri sudah berkali kali bertanya di Parlimen sejak dua tahun lepas mengapa wang 1 MDB telah dilaburkan di sistem kewangan kepulauan Cayman, iaitu pusat terkenal simpanan wang judi, dadah dan kongsi gelap terkenal dunia, dan adakah sumber wang ini digunakan untuk membiayai haji oleh 1MDB ?

"Menteri di Jabatan Perdana Menteri tidak memberi jawapan yang jelas selain dari menyatakan "ia adalah pelaburan jangka masa pendek".

"Kalau perbuatan itu haram ia tetap haram walaupun untuk jangka masa pendek kerana ada banyak lagi pilihan lain yang halal," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Selain itu, katanya, banyak rahsia mengenai pelaburan 1MDB di tempat haram terbongkar seperti pelaburan dalam kelab malam terkenal di Las Vegas berjumlah ratusan juta dollar dan penerbitan filem berunsur lucah, Wolf Of Wall Street.

"Selebriti Hollywood Leonardo DeCaprio yang menjadi pelakon utama memberi kesanggupan memulangkan wang diterima beliau kepada rakyat Malaysia jika ia merupakan wang diperolehi dengan tidak sah," kata Raja Kamarul.

Terdahulu Mahathir mendakwa orang yang melaksanakan ibadah haji menggunakan wang 1MBD tidak akan mendapathaji mabrur kerana ia berpunca daripada wang haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Susulan itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas perdana menteri itu supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.

'Ulama cari makan'

Pada masa sama, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dilapor berkata hanya Allah layak menentukan sama ada ibadah haji seseorang itu mabrur atau tidak.

“Yang penting, dia (pemberi wang) melepaskan jalan untuknya mengerjakan haji," katanya seperti dilapor Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Raja Kamarul berkata mufti berkenaan memilih untuk menjadi  'agamawan bisu' sejak tercetusnya skandal 1MDB beberapa tahun lepas.

"Kerana sekarang beliau telah menunjuk minat dalam isu ini, saya mohon Mufti Pahang dan Datuk Asyraf dengan segala hormatnya memberi pandangan adakah wajar kerajaan Malaysia melabur wang 1MDB di pusat wang judi, dadah, kongsi gelap serta penggubalan wang haram yang terkenal dunia di kepulauan Cayman?,"soalnya.

Katanya lagi, seorang argamawan perlu bercakap benar walaupun pahit di depan pemerintah yang zalim.

"Bukan hanya menegur mereka yang tiada lagi apa-apa kuasa hari ini walaupun pernah disanjung satu ketika dahulu semasa dia berkuasa.

"Tidak sepatutnya wujud istilah ulama cari makan," katanya.


Read More...

Mahathir Hina Jemaah Haji Guna Dana 1MDB

'Siapa Mahathir nak persoal ibadat orang lain?'



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak berlagak pandai dalam hukum berkaitan Islam sehingga berani mempersoalkan hal ibadat haji orang lain.

Sebaliknya, katanya, bekas pemimpin itu perlu bersyukur dengan segala nikmat yang telah diberikan sebelum ini termasuk semasa zaman kepimpinan beliau.

“Siapa dia hendak mempersoalkan ibadat orang lain? Tidak wajar Dr. Mahathir cuba mainkan peranan Tuhan selepas mendapat pelbagai nikmat dan rezeki daripada Allah SWT.

“Jika Rasulullah SAW pun tidak tahu tentang hal ibadat individu lain, apatah lagi orang biasa. Apa yang penting, individu yang melaksanakannya benar-benar ikhlas dan tahu apa yang dilakukan,” katanya seperti dilapor Mingguan Malaysia.

Asyraf berkata demikian mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa mereka yang melaksanakan ibadah haji melalui Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak mendapat haji mabrur.

Mahathir mendakwa jemaah tersebut tidak akan mendapat haji mabrur kerana menggunakan haram yang dicuri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sementara itu Exco Pemuda Umno Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya pula meminta supaya Mahathir tidak membuat hukum sendiri apabila menuduh orang yang melaksanakan ibadah haji melalui 1MDB tidak mendapat haji mabrur.

“Siapa kita sebagai manusia ingin persoalkan soal ibadah, agak kelakar apabila Tun Mahathir menuduh begitu.

“Soal pahala, dosa, ibadah, syurga dan neraka adalah hak Allah. Kita sebagai manusia tidak perlu sibuk menghakimi manusia lain,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Katanya, dalam usia yang semakin lanjut, Mahatihr sepatutnya lebih baik berehat dan menumpukan kepada ibadah beliau sendiri.

“Kita bukan ingin menidakkan sumbangan beliau, tetapi segala tuduhan yang beliau lemparkan jika berkaitan dengan hukum agama hendaklah dilakukan setelah beliau teliti perkara tersebut,” beliau dilaporkan sebagai berkata.


Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas