Najib merasa perlu 'ambil hati' Dr M, kata Anwar
Anwar berkata, bekas perdana menteri Dr Mahathir (kiri dalam gambar) "masih memanggil pemimpin parti dan memberi mereka arahan".
"Saya tidak fikir dia (Najib, kanan dalam foto) mempunyai keberanian untuk menangani keadaan, jadi dia akan perlu ambil hati (Dr Mahathir)," katanya.
"Dia tidak mempunyai pengaruh untuk menguatkuasakan dasar atau pandangannya sendiri," katanya Anwar dalam sidang akhbar di ibupejabat PKR hari ini.
Najib, dalam ucapan penggulungannya di perhimpunan agung Umno Sabtu lepas, mengisytiharkan bahawa Dr Mahathir bersedia menyokong calon pilihan raya pilihannya walaupun jika dia (Mahathir) tidak sukakan mereka.
Najib juga memberitahu perwakilan bahawa Dr Mahathir secara sukarela bertemu dengan pemimpin akar umbi Umno untuk meraih sokongan untuk parti itu menjelang pilihan raya umum akan datang, walaupun tanpa diminta untuk berbuat demikian.
Anwar menambah: "Kita tahu hakikatnya bahawa Dr Mahathir secara sendiri telah memanggil pemimpin Umno dan pemimpin negeri.
"(Beliau telah) merayu sokongan mereka dan malah memberi mereka cadangan - jika mereka tidak puas hati ... menang pilihan raya dahulu dan jatuhkan pemimpin selepas pilihan raya."
Beliau mendakwa hampir semua pemimpin Umno negeri telah dimaklumkan mengenainya dan ketua pembangkang itu mengkritik Najib kerana didakwanya tidak mampu bertindak tegas.
"Najib telah memaparkan keberanian yang sangat sedikit sebagai seorang pemimpin. Dia tidak mampu menangani (dengan tegas) terhadap (ketua Wanita Umno Datuk Seri) Shahrizat (Abdul Jalil, yang keluarganya terlibat dalam skandal National Feedlot Corporation), jadi saya tidak boleh bayangkan bagaimana dia mampu berurusan dengan Dr Mahathir," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/215801
0 Komen :
Post a Comment