BlogList Malaysia

11 July 2012

Maruah PDRM Tercalar Teruk Gara-Gara Gambar Ini

Tindakan Tegas Jika Siar Gambar Anggota Polis Untuk Tujuan Politik

Gambar Hiasan
KOTA BAHARU, 10 Julai (Bernama) -- Polis Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti politik yang menyalah guna gambar anggota atau pegawainya yang lengkap beruniform untuk dicetak pada bunting kempen, misalnya bagi tujuan mengadakan ceramah.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata tindakan itu bertujuan menjaga maruah dan imej Polis Diraja Malaysia di mata masyarakat bagi mengelak dilihat sebagai menyokong mana-mana parti politik di negara ini.


"Tindakan ini diambil berikutan PAS kawasan Rantau Panjang mencetak gambar bekas Ketua Polis Daerah Tapah DSP Abdullah Omar yang bersara pada 1998 di bunting untuk hebahan ceramah isu semasa mereka pada 9 malam ini di Pusat Tarbiyah Kampung Pohon Buluh, Meranti, Pasir Mas," katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama di sini, malam Selasa.

- BERNAMA



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas