BlogList Malaysia

20 June 2012

Misteri Dan Dalang Skandal Bank Negara Terungkai





Maka skandal kehilangan wang dan mengapa berlaku KETIRISAN wang ini hingga rakyat mendapat susah hingga 7 keturunan adalah berpunca dari IBLIS IBLIS yang menipu rakyat Malaysia dengan cara terhormat!! Maka wajarlah di wujutkan satu TRIBUNAL siasatan JENAYAH bagi membongkar Skandal skandal ini agar pelakunya di hadap ke muka pengadilan.

Ikuti sambungan SKANDAL BNM seterusnya… ~ King Jason

Jika terlepas baca episod pertama yang lalu [SINI].

Jadi,empat orang adalah orang yang harus dipersalahkan dan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kerugian gergasi yang ditanggung Bank Negara [BNM] akibat perjudian di pasaran pertukaran wang asing :

1-Tun Mahathir Mohamad - Perdana Menteri waktu itu
2-Tun Daim Zainuddin – Menteri kewangan
3- Tan Sri Jaafar Hussein – Gabenor Bank Negara
4- Nor Mohamed Yakcop – Timbalan menteri kewangan

Perjudian BNM di pasaran pertukaran wang asing ini di kesan bank pusat Amerika [Pederal Reserve] dan gebenornya pada masa itu,Alan Greenspan telah mengesa BNM menghentikan segera perbuatan itu.Tetapi BNM buat pekak badak.Ia terus bermain judi dan akhirnya rugi besar lagi dalam tahun 1993.

Akhbar “Malaysia business”melapurkan bahawa pada kemuncaknya,BNM pernah berspekulasi di dalam pasaran pertukaran wang asing sehingga RM270 billion [USD90-100 bilion] Pedagang pedagang matawang asing BNM amat agresif dan digelar PEMBULI PASARAN [market bully].

Sebenarnya yang berjudi itu seorang sahaja,iaitu Nor Mohamed Yakcop.Khabarnya (berita yang hangat dikalangan staff BNM) apa yang beliau buat ialah berjual beli mengunakan komputer orang lain – pegawai pegawai di bawah beliau.

Beliau selalu datang mesyuarat lambat dan ketika mesyuarat sedang berjalan,beliau pergi ke kamar dagangan (dealing room).Beliau membuat laporan palsu kepada gabenor tetapi kerana licik,maka Gabenor percaya semua laporan sehinggalah “NASI MENJADI BUBUR” barulah gabenor sedar orang yang dipercayai selama ini telah bermain kayu tiga dengan beliau,buat cerita dongeng.

KEEMPAT Berapa besarkah kerugian yang di tanggung BNM akibat perjudian itu?

Memang sukar diketahui dengan tepat tampa penyiasatan,Lim Kit Siang pernah menyebut di parlimen jumlah kerugian ialah RM30 bilion,satu jumlah kerugian yang amat mengerunkan.inilah kerugian yang paling kerap disebut dikalangan pemain pasaran.
BNM mengakui kerugian RM10.1 bilion dalam tahun 1992 dan RM5.7 bilion dalam tahun 1993.jumlahnya RM15.8 bilion.Kira kira setengah anggaran pakar.Jumlah diakui BNM secara muslihat direndahkan.

BNM juga menggunakan “creatif accounting” bagi menyorok kerugian.Kerugian ditukar menjadi “harta”debgan mencipta istilah baru perakaunan,iaitu”diferred expenditure” atau “perbelanjaan tertunda” – wang telah dibelanjakan dahulu tetapi akan dibayar secara ansuran kemudian.Ini adalah penipuan.Tan Sri Jaafar Hussein, seorang akauntan bertauliah,menderhakai profesyen beliau sendiri.

KELIMA Siapakah yang bertanggungjawab di atas kerugian BNM?

BNM berjudi sakan di pasaran pertukaran asing semasa Tun Daim Zainuddin menjadi menteri kewangan.

Semua orang maklum, Tun Daim Zainuddin seorang spekulator besar dalam pasaran saham.Dengan nada angkuh beliau pernah di lapor berkata “Apa yang saya jana di pasaran saham itu hanyalah duit poket saya”.

Arahan Daim,direstui Mahathir

Diyakini bahawa kedua – dua mereka rapat,bagaikan isi dengan kuku.Arahan ini dilaksanakan kerana BNM memiliki seorang gabenor yang berwatak “Yes Man” bukan macam Tun Ismail Ali dan Tan Sri Aziz Taha.

Harus diingat Tun Daim Zainuddin – kerana gagal menundukkan Tan Sri Aziz Taha dengan arahan tidak munasabah – telah berjaya menekan Tan Sri Aziz sehingga beliau meletak jawatan.Gabenor Tan Sri Jaafar Hussein pula mempunyai “Yes Man” lapisan kedua,iaitu Nor Mohamed Yakcop.

Pada peringkat BNM,kerugian gergasi ini adalah tanggungjawab Tan Sri Jaafar Hussein dan Nor mohamed Yakcop sepenuhnya.Mereka bagaimanapun mengambil arahan dan membuat laporan terus kepada Tun Daim Zainuddin dan Tun Mahathir Mohamad mengenai permainan mereka di pasaran matawang ini.

Pegawai tinggi BNM yang lain tidak tahu apa apa.Timbalan gabenor BNM pada masa itu,Tan Sri Dr. Lin see Yan diketepikan.Sesungguhnya,mereka berdua telah terpesong jauh dari batasan (went overboard) dalam memperjudikan harta BNM di pasaran pertukaran asing.

Mereka bukan berspekulasi tetapi berjudi secara cuai dan tidak bertanggungjawab dengan tidak mengendahkan langsung keselamatan harta BNM dan harta negara.

Mungkin mereka bernafsu besar untuk mengalahkan Goerge Soros [baca komen G.Soros di SINI] yang dikenali “Raja Perompak” (Robber Baron),bertujuan memenangi hati bos mereka bahawa mereka mempunyai kepakaran tampa tolok banding dalam urusniaga matawang asing.

Jadi,empat orang adalah orang yang harus dipertanggungjawabkan sepenuhnya di atas kerugian GERGASI yang ditanggung BNM akibat perjudian di pasaran pertukaran asing

1-Tun Mahathir Mohamad - Perdana Menteri waktu itu
2-Tun Daim Zainuddin – Menteri kewangan
3- Tan Sri Jaafar Hussein – Gabenor Bank Negara
4- Nor Mohamed Yakcop – Timbalan menteri kewangan


Apabila Datuk Sri Anwar Ibrahim (DSAI) ambil aleh menteri kewangan dalam tahun 1991,BNM sudah terperangkap dalam perjudian di pasaran.Beliau dinafi maklumat mengenai –

Berapa besar pelaburan?
Untung atau rugi?



Semuanya disembunyikan dari pengetahuan DSAI.

DSAI pernah meminta maklumat terperinci dari Gabenor Tan Sri Jaafar Hussein tetapi disuruh pergi memintanya daripada perdana menteri.Bila DSAI dilantik Menteri Kewangan,kerugian telah mengunung – “ nasi telah menjadi bubur”.Apa yang boleh DSAI buat ialah menghentikan pendarahan.

Anwar “membuang” gabenor dan Nor Mohamed Yahcop dari BNM pertengahan 1994 selepas pembentangan laporan tahunan BNM 1993 mendedahkan kerugian dari spekulasi wang asing itu.DSAI juga melarang sama sekali BNM dari berspekulasi di pasaran matawang asing.Larangan ini berkuatkuasa hingga hari ini.

Penganalisis mengatakan Anwar akhirnya membayar kos yang tinggi atas tindakan beliau itu – di fitnah,dibuang kerja dan dipenjara selama 6 tahun.

Orang yang memberi arahan supaya BNM berspekulasi di pasaran wang asing adalah Tun Mahathir dan Tun Daim dan Proksinya diserahkan kepada Tan Sri Jaafar Hussein dan NMY untuk melaksanakannya. Jadi, Tan Sri Jaafar Hussein dan NMY mempunyai pelindung,Sebab itu mereka bebas,tidak di dakwa langsung.

KEENAM Kenapakah orang yang bertanggungjawab dibiarkan lepas bebas?

Nor Mohamed Yaccop dipaksa meletak jawatan pada julai 1994,satu hukuman yang agak ringan berbanding jenayah yang beliau lakukan terhadap negara.Malah beliau kemudiannya diberi habuan lebih besar – kembali ke BNM dan menjadi menteri kabinet.
Tan Sri Jaafar Hussein juga dipersilakan meletak jawatan tetapi dengan segera beliau dilantik menjadi timbalan pengerusi PNB sebagai habuan.Sejak dari itu,beliau hidup murung – jarang mendapat liputan media dan beliau meninggal dunia akibat penyakit barah.mati bersama rahsia rahsia BNM.

Kebal undang undang

Tun Mahathir Muhamad dan Tun Daim Zainudin pula tiada siapa yang berani sentuh.Buat penyiasatan mereka tidak mahu.Mereka tidak lut undang undang.

KETUJUH Kenapakah skandal kerugian pertukaran asing BNM ini tidak disiasat?

Lim Kit Siang mencadangkan perlimen supaya Suruhanjaya Penyiasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat skandal kerugian pertukaran wang asing ini tetapi cadangan tidak langsung diendahkan.

KELAPAN Patutkah PR [jika memerintah] menyiasat kembali skandal ini?

Di Mongolia,dua bekas gabenor dan tiga kakitangan bank pusat negara itu didakwa dimahkamah atas tuduhan kecuaian dan melebihikuasa hingga menyebabkan kerugian USD90 juta di Pasaran pertukaran asing.di Malaysia rugi 30 bilion masih tutup kes.
Tan Sri Jaffar Hussein dan Nor mohamed Yakcop melakukan kesalahan yang lebih besar dan menyebabkan kerugian gergasi,maka sewajarnya dibawa ke muka pengadilan,jenayah yang terlibat termasuk,kecuaian,menyalahgunakan kuasa. memalsukan akaun, memesongkan maklumat, pecah amanah, konspirasi dan rasuah.

Kerugian wang rakyat terlalu besar untuk dilupakan begitu sahaja.Maka wajiblah kerajaan PR menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Draja untuk menyiasat skandal ini walaupun ia terlewat 20 tahun.

*Dr Rosli Yaakop adalah bekas timbalan Gabenor Bank Negara.Beliau merupakan pengurus senior di BNM ketika skandal matawang berlaku.


Dipetik dari - http://kingofgoblok.blogspot.com/2012/06/episod-2-4-iblis-dalang-skandal-bank.html


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas